Sunday, June 12, 2011

Sape Cakap Tak Boleh Sebar Aib Orang ??

TAK MAMPU BACA SAMPAI HABIS ?? SO JANGAN BACA DARI AWAL.

Assalamualaikum wbt..



Kali ni aku nak bangkitkan balik isu sebar AIB hari tue,sebab aku geram ramai sangat blogger otai ke,blogger tak otai ke, yg kononnya pandai sangat,dan berfikir gune otak la sangat, yang mengecam tindakan aku dan blogger-blogger lain mendedahkan beberapa isu panas termasuk Gambit Saifullah dan paling panas isu Adinda Milano Evans tu.

Aku tau Adinda tu dah bertaubat.Tak pe baguslah.Tapi bukan kes dia dah bertaubat tu yg aku nak ketengahkan.Aku nak ketengahkan hukum sebar AIB orang.SEPERTI KORANG,aku juga cetek ilmu pasal agama ni.DAN SEPERTI KORANG juga,kita semua tau bahawa PAKSI untuk kita sandarkan sesuatu hukum adalah AGAMA,dan BUKANLAH logik akal manusia, tidak kiralah akal OTAI ataupun NEWBIE.

So , aku dah rujuk seorang senior aku yg berada di tahun akhir Pengajian Feqah Islam di Universiti Al-Azhar mengenai hukum menyebar aib ini.Hujung taun ni dia akan tamat pengajian dan bergelar Ustaz.

So,berbanding logik akal atau pandangan membabi - buta yg dilemparkan oleh beberapa blogger, so aku rasa lebih baik kita mendengar pendapat ORANG YG SEPATUTNYA berada dalam bidang ini.

So ini reply mesej FB yg aku dapat dari beliau.Beliau sedang sibuk dengan final Exam,so beliau minta maaf sebab bleh eply pendek je.

Demi Allah SWT, aku tak de ubah walau satu ayat pun dari kandungan mesej kami neh.

Ini Soalan Aku -

assalamualaikum ustaz.. maaf ganggu..ana ada sedikit kemusykilan mengenai satu isu iaitu MENYEBAR AIB

baru2 ni, kami golongan blogger gempar dengan isu seorang budak perempuan umur 14 tahun,yang mana dengan bangganya mendedahkan di blog dia,bahawa dia sudah tidak ada dara.malah dia bangga dengan fakta itu..

so ramai la blogger yg update entry pasal tu.malah menyatakan nama dan blog si budak perempuan tu..

malah ada yg share entry blog budak tu di facebook masing..

ana sendiri pun ada mention hal tu dalam satu entry blog ana,dan ana jugak ada share di fb ana..

masalah di sini,ramai yg mengecam tindakan tu,seolah kami ni menyebarkan aib budak tu.. 

dan ramai la yg berhujah,lebih elok jika kita tegur dia secara sir,dan tidak mendedahkannya kepada orang ramai..

masalahnya,ana tahu la mmg tegur diam2 tu lebih afdhol..tetapi peratus dan kebarangkalian budak tu nak baca teguran sembunyi itu dan berubah,amatlah sedikit.sebab entry kontroversi beliau tu saja dah mencecah ribuan komen,

dan ana rasa beliau langsung x akan layan teguran secara sir seperti yg diwar2kan oleh beberapa orng rakan ana.

berkenaan sebar aib tu,adalah tindakan ana dan kawan2,menulis berkenaan isu tersebut,dan share di fb,termasuk di dalam kategori sebarkan aib,sedangkan budak tu sendiri menghebahkan tentang perkara itu..

dan semua orang ada akses untuk bukan entry blog budak tu..soa adakah itu dikiran sebagai aib atau perkara malu yg tidak mahu dketahui oleh orang lain sedangkan,dia sendiri dah sebarkan dengan bangganya..

mohon anta jelaskan isu ni ,dan kalau boleh,sertakan dgn dalil supaya ana tidak sesat :D

maaf sgt ganggu anta..tapi ana perlukan penjelasan..

syukran kathiran :D

assalamualaikum :D


Ini Jawapan Dia -

waalaikumsalam. Mintak Maaf lambat jawab. Sibuk sikit. Ana bg jawapan pendek dulu. Hukum Membincangkan dan menceritakan AIB (Maksiat) Orang lain terbahagi kepada dua. 1. Haram-bila orang itu org yang kehidupannya baik,tetapi dia tersalah langkah dan terjerumus dlm maksiat,dan dia tidak menghebah2kan atau berbangga dgn maksiatnya 2. Boleh (Dibenarkan- tapi tak bermaksud digalakkkan) bila orang itu memang terkenal dgn maksiat atau dia sdri yg mendedahkan danberbangga dgn maksiatnya. yang ni kita dibenarkan utk bincang dan cerita kepada pihak sepatutnya untuk diambil tindakan. dan supaya orang lain ambil pengajaran.

INI FACEBOOK BELIAU - https://www.facebook.com/profile.php?id=591167457

* Beliau akan bagi dalil dalam masa yg terdekat ini,so aku akan update di entry INI.Beliau tengah sibuk.Tetapi sudah semestinya beliau bercakap menggunakan ILMU yg beliau belajar,dan bukan semata-mata menggunakan LOGIK AKAL.

Dalam kes 2, hukum sebar AIB adalah diBOLEHkan walaupun tak digalakkan.So korang rasa isu AdinaMilanoEvans tu termasuk kategori 1 atau 2 ? Kalau menggunakan otak aku yg cetek ni,aku rasa kategori 2.Kalu ikut logik akal korang yg pandai sangat tu, aku xtau la..

So korang nilai sendiri lah apa kebenaran di sebalik hal ini.Time isu tu kecoh pun,aku dah jelaskan beberapa kali bahawa niat aku dan blogger lain mengulas isu ini,bukan nak aibkan dia.Tetapi nak semua masyarakat tahu dan pandang serius hal ini.Korang plak ramai yg fitnah kononnya kami ni GILA TRAFIK.Sekarang ni korang nilai lah sendiri berdasarkan sudut AGAMA oleh senior aku ni,dan bukannya dari sudut AKAL korang.

Aku malas ulas panjang-panjang.Korang pun ada akal,korang pun belajar agama,korang nilai la sendiri.Assalam.