Saturday, June 4, 2011

Faktor Perogol Semakin Giat Merogol

Assalamualaikum wbt..



Sekali lagi aku hangin bila baca akhbar Kosmo! hari ni...Kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi.. Yang aku geram tu, syaitan yg buat salah tu tak pulak dihukum,malah dilepaskan saja.. Alasan yang pihak berkuasa dan pihak mahkamah suka bagi,tiada kes prima facie,satu lagi,tiada bukti.TU je diorang pandai sebut.

Korang leh baca akhbar Kosmo ! hari ni.Ada dua kes yg aku geram.Satu kes wanita India yg dijatuhi hukuman sebab MEMBUNUH seorang lelaki yang INGIN MEROGOLNYA !! Korang tak rasa pelik ke dengar berita macam tu ? Orang yg ingin dirogol plak yang salah,orang yg merogol tu tak dipersalahkan plak walaupun dia dah mati.

Ya,aku tau la membunuh tu salah.Masalahnya dia cuma mempertahankan diri dia dari dirogol.Bukan saja - saja dia amik parang pastu tetak lelaki syaitan tu.Dia pertahankan diri dia.Setakat sembur serbuk lada tu,korang ingat laki tu terus nak lari ke ? Sure laki tu akan lebih mengganas.So dia terpaksa la bunuh laki tu.Kalau korang dalam keadaan dia pun,sure korang panik kan,pastu sure la korang akan buat ape saje yg leh stopkan perbuatan laki tu.

Aku rasa undang-undang pasal ni perlu diubah la.Sape je yg disabitkan kesalahan nak merogol ke,ape ke,yg sama waktu dengannya,patut dibunuh je.Depan khalayak ramai.Macam ni barulah PEROGOL - PEROGOL kecut perut.Ni tak,habis ganas pun kena denda je,apa sangat lah setakat denda bayar duit tu.Kalau perogol tu jutawan ke,ape ke,tiap-tiap hari dia leh rogol.Betul tak ??

Satu lagi kes,4 lelaki dibebaskan atas tuduhan memperkosa seorang gadis.Diorang dibebaskan sebab tak de  bahan bukti.Aku rasa pihak polis atau penyiasat negara kita ni cukup lemah.Teknik dan taktik diorang sangat lemah.Korang cuba hantar CIA ke,pasukan-pasukan mane yang hebat-hebat gi kaji kes tu,sure diorang jumpa beratus2 bukti yg leh kaitkan laki-laki tu.

Tak kan la gadis tu bodoh sangat nak dakwa diorang rogol dia kalau benda tu bukan terjadi betul-betul.Siap nak dakwa kat mahkamah.Benda mahkamah ni bukan main-main.Aku tau la ada banyak kemungkinan.Tapi aku rasa ramai yg setuju dengan aku,melihat kepada kes ni,gadis tu bercakap benar.Tapi ?? Senang lenang je lelaki2 tu dibebaskan,sebab tak ada bukti.Aku rasa diorang kaji kes tu pun tak serius.

Sebab tu aku cakap,sebab ini la ramai PEROGOL yang BERANI MEROGOL,sebab diorang tu DILINDUNGI atau DIBELA.Memang macam ni la sistem negara kita sekarang,YANG KUAT DIBELA,YANG LEMAH DITINDAS.

Sekian Assalam.