Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa

Assalamualaikum wbt..

Pemandangan dari luar 

“Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Memikul”, itu sahaja yg mampu aku ucapkan apabila mengenangkan nasib anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa,Batu Empat Belas, Hulu Langat,Selangor  yang ditimpa kejadian tanah runtuh lewat petang semalam.Mengucap panjang aku bila baca berita tersebut di beberapa blog lewat malam semalam.Dan juga aku tonton berita Tv1 pagi tadi untuk maklumat lanjut.

Time kejadian tu,diorang stil buat akiviti asrama , dan ada sedikit kerja-kerja penyiapan kerana petang itu ada majlis ramah mesra bersama pihak FINAS. Tragedi  berlaku lewat petang menyebabkan seramai 24 mangsa tertimbus di dalam kejadian tersebut,20 pelajar dan 4 orang warden.

Mayat mangsa sedang dikafankan :'(

Sehingga pukul 5.05 pagi tadi,kesemua mangsa dah berjaya dikeluarkan.Namun,dari 25 mangsa yg dijumpai itu,seramai 16 orang telah dipanggil menemui Ilahi.Innalillah.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para salafus soleh. 5 mangsa masih dirawat manakala 3 lagi cedera parah dan berada dalam keadaan yg kritikal.Mangsa terakhir dikeluarkan pada pukul 5.05 pagi tadi.Berita paling terkini ialah usaha mencari telah pun berhenti kerana kesemua mangsa telahpun berjaya dikeluarkan.

Beberapa pihak telah menghantar anggota masing-masing untuk membantu menjalankan operasi mengeluarkan mangsa seperti Pihak polis,bomba,jabatan pertahanan.Beberapa menteri turut hadir iaitu Muhyiddin,Shahrizat, dan juga Menteri Pertanian *sori aku tak sebut panggilan hormat ye* .. Ketika pihak lain sibuk mengeluarkan mangsa,Shahrizat mengeluarkan kenyataan bahawa rumah anak yatim itu tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Rakyat.

Soal daftar atau tak tu,tolak tepi la dulu.Bagi hal kerja-kerja menyelamat habis dulu.Jangan condemn diorang lagi.Jangan menimbulkan sentiment,seolah-olah korang tak ikhlas membantu.Muhyiddin pulak mengatakan bahawa kerajaan pusat akan menanggung semua kos pengebumian mangsa yg terkorban,di samping kos perubatan mangsa yang cedera.Alhamdulillah, ada la jugak kebaikan dia boleh buat.Bagus la tu.

Aku mewakili blogger-blogger yang lain,mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban,di samping yang cedera.Semoga kalian tabah menerima dugaan dan cubaan dari Allah SWT.Ketahuilah bahawa kalian telah dipilih olehNya untuk menerima dugaan ini,dan jika kalian tabah dan sentiasa bersangka baik kepadaNya,maka insyaAllah,kalian akan dinaikkan darjat disisiNya.

Al-Fatihah untuk kesemua mangsa tersebut.Sekian Assalamualaikum.