Sunday, May 22, 2011

Tak Payah La Fanatik Sangat !!

Assalamualaikum wbt..

Fanatik ? Diambil dari kata dasar fan yang bermaksud peminat.Fanatik ni bermaksud taksub dengan sesuatu perkara,benda,personality,dan sebagainya.Contoh,peminat fanatik Justin Bieber.Maksudnya mereka yang meminati Justin Bieber sangat-sangat sehingga segala perkara tentang Justin Bieber mereka tahu.

So hari ni aku nak ajak korang diskus sikit mengenai fanatic ni.Seperti biasa,aku tak nak jatuhkan hukum sebab aku sendiri tak layak nak jatuhkan hukum.Just mengajak korang berfikir sejenak.

Boleh ke jadi fanatik ni ea ? Tak salah ke ? Tak mempengaruhi kehidupan ke ? Tak mempengaruhi akidah ke ?

Jawapannya terletak di bahu korang masing-masing,bagaimana korang aplikasikan atau definisikan fanatik tu mengikut korang.Bagi aku,fanatik tu tak salah,selagi mana tidak membuat sebarang perbuatan yg menyalahi syarak.Fanatik tu sendiri ada kebaikan dan keburukan.Contohnya,kita fanatik dengan subjek matematik.Kebaikannya kita mungkin akan score tinggi bagi subjek ni dalam exam,keburukannya pulak maybe kita tak minat subjek lain,asyik buat latihan math je.

Tetapi,aku kesal sebab masyarakat Melayu Islam kita sendiri zaman sekarang,bila fanatik ni,mula diorang nak buat perkara tak senonoh dan menjijikkan.Contoh,diorang ni fanatik pasukan Manchester United,sampai buat tatu kat badan dengan lambang kelab MU ni,tu dah fanatik sampai memudaratkan sebab berdosa besar buat tatu ni.

So pandai-pandai la korang kawal fanatik korang tu ye.Jangan la sampai orang nampak korang ni jijik hanya kerana fanatik yang melebih-lebih.Macam baru-baru ni,Justin Bieber datang Malaysia,korang bleh tengok sendiri macam mana gadis-gadis melayu dan ISLAM kita,terkinja-kinja,terjerit-jerit,time ada sorang budak gurl yg Justin tu tarik naik atas pentas time dia nyanyi lagu One Less Lonely ke ape tah tajuk lagu tu,muke teruja sangat-sangat,siap nak pegang pipi si mamat jambu tu.Elok ke buat macam tu ? Sure korang tawu dia tu bukan islam,apatah lagi dia bukan muhrim,yang sampai nak gi pegang pipi dia tu apekehal ?? Guna otak der.

Cuma ingat, "fanatik tak menghalalkan segalanya."

In fact,aku sendiri ada jugak fanatik.Aku fanatik dengan semua benda yg berwarna hijau,kecuali sayur.Haha.. check this out !!

Ni baru 5 Item je,banyak lagi,cume ini je mampu aku snap pic malam ni..hehe

So natijahnya,janganla fanatik sampai melebih-lebih. :D Sekian Assalam