Saturday, May 14, 2011

Nokia vs Sony Ericsson

Assalamualaikum wbt..



Wah..lain bebenor entry aku hari ni.haha.Selalu duk bajet hot emo je kan,atau tak habis-habis fire orang.Tapi hari ni malas la plak nak buat sume tu.Hari ni meh nak bagi korang tips-tips sikit pasal handphone ni.Kepada yg tengah konpius monpius nak beli handset tu, ce cube usha-usha sikit info yg aku bagi nih.

Untuk mereka yg ingin membeli orang gaji handphone dengan budget yang sederhana, that means between 500-1000 (urusniaga dalam ringgit malaysia sahaja =.='' ), mesti akan konpius antara nak pilih handphone jenama Nokia atau Sony Ericsson (SE).Yelah,kalau tanye sape pun yg mengikuti perkembangan handphone ni,kedua-dua jenama ni je yg mendominasi negara kita ni.Tu pun kalau dah tolak jenama-jenama mahal macam Apple Iphone atay Samsung HTC la..diorang ni geng kelas atasan.Kita cakap untuk kelas sederhana.

Malahan,kedua-dua jenama ni,Nokia dan SE ni , saban hari mengeluarkan model-model terbaru.Antara yg femes dari Nokia sekarang seperti E7,C6,N8, manakala dari SE adalah seperti Xperia X8,Xperia X10 Mini.Nokia masih obses dengan OS Symbian diorang manakala SE dah berjinak-jinak malah dan optimis dalam menghasilkan phone dengan OS Android.Tak kurang jugak yg menggunakan OS Qualcomm Snapdragon.

So,apa yg Nokia ada melebihi SE,dan apa pula yang SE ada,yg melebihi Nokia ?? Zasss...Jom terjah !!

User Interface (Antaramuka)

Bagi aku la,aku prefer Nokia lagi.Sebab interface Nokia lebih mesra pengguna berbanding SE.Interface Nokia ni ibarat komputer.Senang nak mark,nak pindah file antara storage,ada antivirus untuk Symbian.Tak banyak transition animation yg melembabkan RAM.Macam SE,interface dia banyak menggunakan graphic yg tinggi.Untuk pengguna yang menaip mesej dgn laju atau ape-ape je la dengan laju,Nokia lebih sesuai untuk diorang.

Operating System (OS)

Untuk yang ni pulak,aku prefer SE pulak.Sebab Nokia ni,aku mmg minat OS Symbian diorang,cuma macam ada something kureng sikit la.SE lak sekarang ni banyak menggunakan Android,which is kita sedia maklum,didatangkan dengan Android Market,dan berjuta-juta applikasi percuma boleh dimuat turun,sume gempak-gempak plak tu.Memang la Nokia ada Ovi Store,tapi applikasi dalam tu so-so je.Tak gempak macam Android Market.Lagipun,Android OS lebih stable berbanding Symbian.And peratus untuk 'hang' tu rendah.

Reka Bentuk

Aku rasa dari reka bentuk,SE gempak lagi la.Sebab dia perlbagaikan reka bentuk macam Candybar,Slide,Side-slide,Clampshell,dll.Cuma aku rasa SE takde lagi jenis QWERTY kot,macam BB tu.Nokia plak,mmg banyak jugak reka bentuk,cuma kebanyakannye sama je.Cuma ada 1 atau 2 perbezaan je.Maybe dah kurang idea sangat dah kot.E7 dengan N8 tu lebih kurang je,cuma E7 ade slide je.Reka bentuk SE jugak sumer stylish.Gempak dow.Nokia ni sume macam banyak petak je.

Music

Music ni aku susah la nak cakap.Sebab masing-masing ada music edition tersendiri.Nokia ada XpressMusic manakala SE ada Walkman.Dua-dua gempak,cuma Walkman maybe lebih gempak kot sebab ada Equaliser Mega Bass,ditambah pulak dengan earphone SE Bass Reflex,memang gempak bagai la.Nokia walaupun ada Equaliser Bass Booster,tapi stil tak leh challenge ke'gempak'an Mega Bass SE.Tapi dari segi earphone jack lak,aku selesa Nokia.Sebab kebanyakkan model Nokia sume guna standard earphone jack,iaitu 3.5mm,macam yg korang guna kat Mp3 dan Mp4 korang tu.SE lak menggunakan Port dia sendiri,yg panjang sikit tu,dan share lak dengan port untuk charge.So susah la korang nak dengar lagu sambil charge.

Camera

Fuh ! Bab camera ni sulit dan rumit sikit.Dua-dua mmg sama gempak.Sony maybe gempak la sebab diorang ada CyberShot,tapi Nokia pun tak kurang hebatnya sebab banyak model yg menggunakan Carl Zeiss Vario Tessar lens.Lensa jenis ni mmg kualiti gambar dia bagus.Tapi mmg menang kat SE lagi la kot,sebab camera application diorang lagi senang nak handle,dan flash diorang lebih gempak.Nokia N82 je kot yg gempak bagi aku dalam family Nokia,sebab guna Xenon Flash.

OK,tu je la kot sikit-sikit yg aku tau pasal Nokia dan SE neh.Actually banyak lagi aku nak membebel,tapi bimbang entry ni jadi panjang berjela,so better aku stop dulu,sambung buat part 2 pulak nanti.Wakakakkaa..So semoga korang buat pilihan yang tepat ye.Sekian Assalamualaikum :D