Monday, May 9, 2011

Jangan Jadi BODOH !!

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum...wbt..

Hurm malam ni aku nak sentuh sikit bab akidah umat Islam sekarang ni..macam yg korang tawu,hari ni Internet telah berkembang maju..sehingaa hampir semua perkara dan hampir semua maklumat boleh didapati di Internet..Tapi,jangan terlalu alpa,kerana melalui Internet jgak,golongan Kafir boleh meracuni pemikiran kita..

Aku nak sentuh satu perkara..korang pernah dapat tak mesej berantai atau apa-apa saja yg menyuruh korang forward atau share kepada orang lain ?? Pastu dia cakap kalau korang tak share,nanti macam-macam jadi..pernah kan ?? Yang menyedihkan, ramai dari kalangan UMAT ISLAM yg terpedaya dengan kaedah ni..maka diorang pun forward dan share la ape saja yg dihantar oleh msej tu,kerana bimbang ancaman mesej tu ..

Bodoh tak ?? SURE la bodoh...sejak bile korang belajar bahawa MESEJ boleh membinasakan ?? Bukankah satu-satunya yang boleh membinasakan itu hanyalah Allah SWT ??? Ke ade sape nak pertikai statement aku ni ? Silakan..aku sanggup berdebat..

Kenapa korang sanggup memperbodohkan diri sendiri,mengorbankan akidah Islamiyah korang,semata-mata kerana takut dengan ancaman benda bodoh tu ?? JAWAB !!!!

Aku bagi contoh ayat ni..ada seorang ni antar kat Formspring aku..dia suruh aku forward.. :-

"you love your mom.send this to 20 people.one girl didn't and her mom died 365 days later.I love my mom, sorry I can't ignore it ♥"

Faham tak ? Meh aku nak translate..

"Kamu sayang mak kamu..hantar ayat ni kepada 20 orang.ada seorang wanita tidak menghantar ayat ni dan mak dia mati 1 tahun kemudian.saya sayang mak saya,jadi maaf,saya tidak boleh abaikan ayat ini"

Sapa yang baca dan forward benda ni kepada kawan-kawan dia,aku nak kata dia BODOH..Serius aku nak kata..sebab apa ?? Serendah-rendah ilmu agama dia pun,takkan la dia percaya dengan ancaman surat ni..Kalau betul la mak budak perempuan tu mati pun,korang percaya ke ianya disebabkan oleh surat ni ?? Bukankah YANG MEMATIKAN itu hanyalah Allah SWT ???!!!

Dan ada satu lagi kes yg femes dulu,berkenaan surat dari penjaga Kaabah...dia suruh forward risalah tu kepada 20 org,sapa yg forward,akan diberi rahmat dan ganjaran,manakala sapa yg x forward,akan ditimpa kecelakaan...pastu diorang pun sertakan la beberapa bukti mengenai surat tu..ada ahli perniagaan yg bankrup la sbb x forward surat tu..bla..bla..bla..

Nonsene !!! Sapa la yg cerdik sangat nak percaya benda ni ?? Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah fatwakan surat berantai ni HARAM..so just ignore that bullshit...guna la otak sikit kan..

Aku dah penat dah nak layan surat-surat ni..yang menyedihkan lagi,ada junior-junior dari skolah aku sendiri yg duk promote surat-surat ni..suruh aku dan kawan-kawan dia forwardkan,nanti kena binasa la,ape la..tak pasal-pasal je kena ceramah dengan aku..name je skolah agama,benda macam ni punya simple pun boleh percaya..

Yang pasal ade pokok yg mengeluarkan air baru-baru ni,riuh abes satu 1Malaysia *hahahha* pasal pokok tu..Pastu ramai la yg datang minta number ekor la,yang tadah amik nak buat minum la,air penawar la..last-last jabatan kesihatan kata tu air kencing serangga...kahkahkah..amik ko !! X pasal je minum air kencing..tu la balasan apabila tak guna OTAK..

Umat ISLAM zaman sekarang ni memang dah lemah sangat-sangat iMAN diorang..ape-ape yg berlaku,pelik-pelik sikit,terus nak percaya..nak taksub..guna otak la sikit..kuatkan la ImAN tu sikit..Aku pesan ni kepada diri aku sendiri dan orang lain..

P/s: Hari ni baru join blog list Enchik Nine, jom lah join sekali. Anda akan dipromosikan pada post harian Enchik Nine!

Assalamualaikum