Friday, May 6, 2011

Bagus Sangat Ke Budak Sekolah Agama Ni ???

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum...

Wah..tajuk entry aku ni tak habis-habis kontroversi..haha..

Kali ni aku nak ulas satu dialog yang sering kedengaran bila budak sekolah agama menegur budak yang bukan skolah agama ... cekidaut

Al-Fatih  : Mat,boleh aku cakap sikit ? 

Mat        : ha,pehal ?

Al-Fatih  : aku tengok ko selalu kuar malam-malam..lepak ngan kawan-kawan..kadang-kadang aku tengok   solat isyak pun ko x sempat buat..aku sebagai kawan ko ni,terasa la nak tegur ko..yela,xnak la kan kawan-kawan sendiri tinggal-tinggal solat ni..x best la kan..

Man        : ala ko ni fatih..aku tau la ko budak skolah agama..mane buat sume benda2 ni..aku ni budak sekolah biasa je..aku x baik macam ko..aku sedar tu..

Al-Fatih   : ................


OK..sekarang aku nak tanya korang,ape korang dapat simpulkan dari dialog di atas ???

Budak skolah agama ni semua baik,n budak skolah biasa ni jahat ??? tak..tak..tak..dan TIDAK SAMA SEKALI !!

Sebenarnya dialog di atas ni cukup aku benci bila dengar...selalu sangat time aku nak tegur kawan-kawan yang bukan dari skolah agama,mesti aku dapat jawapan seperti di atas...kadang-kadang tu kawan-kawan yang dalam skolah agama sendiri pun jawab macam tu...

Korang ingat semua budak sekolah agama ni baik ke ?? Dan korang ingat semua budak skolah biasa ni jahat ke ??? Kalau itulah pegangan korang selama ni,nyata korang dah silap 200% ... Aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak walaupun aku dari budak skolah agama,cuma aku nak cakap something berkaitan isu ni..

PERSOALANNYA, mengapa budak-budak skolah biasa harus mengeluarkan jawapan di atas apabila ditegur oleh budak skolah agama ?? Setelah aku kaji dan buat pemerhatian,aku dapati ada dua sebab mengapa diorang bagi jawapan di atas iaitu :

1) Merasa kecil atau inferior bila berhadapan dengan budak skolah agama..mereka merasakan diri mereka ini jahat dan tak layak berkawan dgn budak skolah agama..

2) Sebagai permit atau alasan supaya mereka bebas berbuat jahat...

Kalau anda (budak skolah biasa) adalah golongan nombor 1, aku nak bagitahu korang,iaitu TIDAK semua budak skolah agama ni baik,dan korang pulak tak jahat pun..jangan terlalu merasa kecil atau tidak layak untuk berkawan dengan budak skolah agama,kerana diorang ni pun sama je macam korang..

Cuma yg lebihnya,diorang ambil 3 subjek tambahan iaitu Bahasa Arab,Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah,dan satu lagi Pendidikan Syariah Islamiyah...tu je..dan maybe bi'ah(suasana) di sekolah mereka ini lebih teratur,lebih islamik,dan dikenakan tarbiyah Islamiyah yang lebih..tapi selain dari tu,diorang same je dengan korang..so tak payah la rasa kecil sangat ye ??? :D

TETAPI kalau anda golongan nombor 2,aku cukup kesal..tolong la buang fakta bahawa "budak skolah agama xleh buat benda jahat,budak skolah biasa boleh buat benda jahat" ....sebenarnya DUA-DUA tidak boleh buat jahat..even korang bukan skolah agama,tapi korang stil Islam kan ?? Korang stil solat kan ?

Dan tuntunan Islam untuk melakukan ibadah fardhu ni,ialah ke atas SETIAP umat Islam yang telah akhil baligh,dan BUKAN pula ke atas setiap Umat Islam yang bersekolah agama sahaja..kan ?? Betul tak ape aku cakap ni ??

So kalau betul,tolong la jangan jawab macam dialog di atas setiap kali ada kawan-kawan korang yg skolah agama tegur korang,just terima dengan baik..

Hakikat masyarakat kita zaman sekarang ni,yang skolah agama pun ada yg buat jahat,dan yang skolah biasa pun ada yang lebih alim dari skolah agama tu sendiri..Korang masuk universiti nanti,korang nampak la ape aku cakap ni..Yang dulu skolah agama mungkin akan berubah jadi liar,dan yang skolah biasa mungkin akan jadi Budak Masjid...

YANG PENTING , hati kita tu...kalau hati tu nak jadi baik,maka baiklah kita..dan kalau hati kita tu sebaliknya,maka jadilah sebaliknya...So jangan nilai seseorang tu berdasarkan skolah,tapi berdasarkan hati dan akhlak dia sendiri..tu lebih penting,,.

So sekali lagi aku nak cakap,aku x menyebelahi mana-mana pihak..just nak tegur diri sendiri dan juga orang lain..Supaya kita tidak salah dalam memilih pegangan berkenaan perbezaan skolah ni..No heart feeling..Sekian saja..Assalamualaikum :D *Key off*