Tuesday, May 3, 2011

5 Tips Menangani Golongan Bajet Howt

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum..wahaha..tajuk entry macam mengundang penendang 6 das je..haha..aku tulis ni sbb time aku buat entry marah2 geng2 budak bajet hot hari tu,ada org komen kata sepatutnya aku tulis macam mana cara menangani,bukan nak kutuk2 diorang lagi..so aku menyambut baik hasrat murni si pengkomen tu..

Apa itu Bajet Hot ??

Aku suka definisi blogger ni mengenai bajet hot ..sila klik di sini > www.syakechix.blogspot.com

Berikut bukanlah cara2 yg rasmi atau diluluskan oleh SIRIM bagi menangani manusia2 bajet hot neh..tapi setelah otak aku direbus selama 2 minit,akhirnya muncul idea2 berikut yg aku rasa,agak x keterlaluan untuk direalisasikan...cekidaut !!

1.Kalau korang nampak budak bajet hot ni,korang pergi dekat dia n usha dia ramai2...kalau boleh buat muka macam aku neh *sori dalam blog xde webcam =.='' * atau dalam bahasa senang,buat muka terpegun..kalau macam kat bawah ni pun xpe..



Kononnya macam dialah wanita/lelaki yg paling hot dalam dunia neh...kalau korang ada beramai2,lagi best..sume usha pelik kat dia..tambahan plak kalau dia tengah makeup dalam LRT ke, senaman mulut sorang2 kat Bus Stop ke,boleh la korang applikasikan idea neh..sure dia akan rasa segan..

2.Kalau korang bawak DSLR ke,digital camera ke,korang shoot gambar dia banyak2,seolah2 macam photoshot artis la katakan..mesti terus dia keluarkan tudung dalam beg pastu pakai nak cover malu..



3.Kalau dia tu kawan korang,n suke bajet hot macam seolah2 dia lah boss segalanya..nak arah itu,arah ini,cube korang buat derk time dia cakap..ataupun lepas habis dia membebel,korang cakap macam ayat2 di bawah ni



i ) "err...dah habis ke ? ingatkan banyak lagi "
ii) "err..dah habis ke ? maaf saya x dengar..ape tah tadi awak cakap ?"
iii) "habis awak nak saya buat ape ??"
iv) "err..boleh ulang ?? "

dan macam2 lagi ayat yg sama waktu dengannya..

4.Kalau korang ni jenis yg selamber badak je,xtau malu sket,kalau korang nampak ade budak bajet hot kat mane2,Mid valley ke,tengah ejas rambut sambil usha budak2 laki,kot2 ada yg tengah usha dia,korang buat2 macam kemas2 sket..korang g kat dia,cakap,korang ni pengarah filem..pastu korang berminat nak ambil dia jadi pelakon dalam filem korang yg berjudul "aku budak hot" sebab nampak macam ada kebolehan....hehe..tapi kalau dia belasah korang,pandai2 la tanggung.. =;=''



5.Untuk yg jenis bajet hot dalam sikap...semuanya nak menang kat dia..korang cakap ape pun salah,dia ckap semua betul...kalau korang dah malas nak tegang leher ngan dia,korang leh pilih ayat melepaskan diri kat bawah ni untuk memberi sedikit efek kat dia..pastu blah terus..



i) "xpelah..ko je lah betul,,aku malas nak bertekak asyik nak menang,sbb tu ciri2 org munafik..ko jadilah sorang2 ye,,"

ii) "yela..ko je la betul..aku ni x betul..x pandai macam ko..pasni jgn cari aku dah..x kuasa aku nak layan manusia macam ko neh"

iii) "mesti dulu kat skolah exam ko selalu dapat 100 kan ?? sbb sume ko cakap asyik betul je..hebat lah ko ni..ajar aku bleh ?? "

dan lain2.. =.=''

Sebenarnya banyak lagi yg aku nak tulis pasal cara menangani manusia jenis macam ni..tapi xpelah..aku save dulu..aku nak tengok feedback korang dulu mengenai 5 cara neh..haha..kalau ada yg protes,aku rasa dia pun jenis bajet hot jugak..sbb tu dia terasa bila aku tulis pasal org2 macam dia..haha..

Yang akan protes entry ni,mungkin jugak golongan yg aku sebut dalam status fb aku tadi iaitu

"apabila seorang yg berego tinggi mengeluarkan satu kenyataan,kebanyakkan yg akan protes atau mempertikaikan kenyataan dia adalah org yg sama tinggi ego jugak..x payah nak sembunyi,ini kenyataan..dia tidak senang melihat org lain tunjuk hebat.so dia pun protes untuk tunjuk hebat jugak..jrang sgt ada org yg protes atau pertikai hanya untuk cari kebenaran..tepuk dada,tanya iman.."

Sekian sahaja..

" Bersama kita memerangi golongan bajet hot !!! "

Assalamualaikum :D