Tuesday, April 19, 2011

Xde Pun Dalam Rukun Iman


assalamualaikum sahabat2ku yg disayangi sekalian..sempena birthday Sultan Perak ni(walaupun aku orang Kedah),marilah kita sama2 doakan Baginda panjang umur dan dapat mentadbir negeri dengan adil dan saksama..juga birthday abg kesayangan aku iaitu Mohamad Fakhrullah bin Shamsuri yg ke -22 kot,err..ye.22..semoga along sentiasa sihat sejahtera di Bumi Mesir dan berjaya dalam pengajian..untuk menyeleberate birthday along,umi dah buat satu entry khas,sila ke sini ..

OK kali ni aku hope sgt2 korang leh baca sampai habis entry ni..bukan apa,aku nak semua tahu dan sedar ttg perkara ni.sebab ianya berkaitan akidah kita sebgai Umat Islam..so korbankanlah sedikit masa dan tenaga tu..

OK cukup..kembali ke tajuk kita iaitu Rukun Iman..sape kat sini x tahu Rukun Iman ??? nauzubillah la kalau ade yg xtau,kecuali la kalau bukan Islam..so semua dah tahu n aku pun bukan la buat entry ni nak ajar balik rukun2 Iman ni..semua dah terer2..aku je yg x terer pasal bab2 agama ni..tapi ada satu perkara la yg aku rasa bertanggungjawab nak tegur sket..mengenai kefahaman dalam satu rukun Iman ni iaitu

PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Ok..memang la kita kena percaya bahawa setiap sesuatu tu berlaku dan terjadi dengan kekuasaan Allah..ya..mmg benar..tapi bukan hanya bersandarkan kepada fakta itu,bermakna kita x perlu berusaha apa2 pun,salah tu..

Sebab ada masyarakat zaman sekarang ni,bila ditimpah musibah atau kegagalan,selamber badak je dia salahkan Qada dan Qadar yakni menyalahkan Allah jugak la..contohnya kalau dia gagal dalam exam,dia kata,

"Hurm...itulah..nak buat macam mana kan..dah Takdir yg jadikan aku ni bodoh..x pandai..exam asyik fail je..redha je la.."

Ha,ni satu contoh yg aku nak tegur kepada sape2 yg pernah atau selalu atau x pernah buat macam di atas..memang la kita diwajibkan untuk

"Percaya bahawa sesuatu perkara itu terjadi dgn ketentuan Ilahi"

Tetapi x bermakna kita x payah berusaha langsung..kerana ada satu definisi yg lebih tepat berkaitan Rukun Iman ke 6 ni,iaitu

"Setiap manusia harus berusaha untuk berjaya dalam hidup mereka,tapi pada masa yg sama,harus akur dengan apa yg terhasil akibat perbuatan mereka itu kerana ianya merupakan ketentuan Allah"

See ?? Kita boleh berusaha mengubah nasib hidup kita,tapi kalau apa yg jadi tu x seperti yg kita kehendaki,so akur je la n redha..bukan redha je dari awal..sebab ada ayat dalam AlQuran,aku minta maaf sgt2,aku lupa Surah apa,tapi maksudnya seperti berikut :

"Sesunggunya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri"

So maksudnya,kita sendiri kena ubah nasib kita,baru Allah boleh ubah nasib kita..Tapi kalau kita dah berusaha,tapi hasil x seperti yg kita nak,bersangka baiklah kepada Allah kerana ada jugak ayat AlQuran yg bermaksud

"Mungkin kamu suka akan sesuatu,padahal ianya memudaratkan kamu,dan mungkin juga kamu bencikan sesuatu,padahal ianya baik untuk kamu"

So,kita hanya perlu berusaha,berdoa dan bertawakal,urusan lain dari tu,serahkan kepada Allah SWT..jika gagal,redha dan bersangkai baik,barangkali Dia sudah ada sesuatu untuk kita di kemudian hari..insyaAllah..

Kita semua belajar,bahawa Qada ni terbahagi kepada dua iaitu Qada' Mubram dan Qada Muallaq,iaitu takdir yg boleh diubah dengan usaha,dan satu lagi takdir yg tidak boleh diubah langsung..Kejayaan,kegagalan,dan perkara2 yg seangkatan dengannya,boleh diubah melalui usaha dan tawakkal,insyaAllah Allah akan kurniakan yg terbaik untuk kita..tapi takdir yg tidak boleh diubah seperti Jodoh dan Mati itu mmg xleh nak buat apa..sebab semuanya dah tertulis du Loh Mahfuz..tapi kita boleh berdoa supaya dikurnikan umur yg panjang dan pasangan yg beriman atau seperti itu..tidak salah..

So,aku harap,lepas ni xde sape2 dah yg menyalahkan takdir apabila berlaku sesuatu perkara,sbb ianya berkaitan dgn diri kita sendiri..sama ada usaha kita cukup atau x,tepuk dada,tanya Iman..namun sentiasalah percaya bahawa Allah akan membalas segala perbuatan kita tu dengan seadil2nya..

So thanks sbb korang sudi baca sampai habis..sekadar nasihat je dari aku yg x berilmu tinggi ni..segala yg baik datang dari Allah,dan yg buruk pun datang dari Allah,tetapi disandarkan di atas bahu insan yg hina ini..sekian..wasalam :D

14 comments:

Browacana said...

setuju sangat dengan hujah tuan hamba...:)

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

terima ksih krn mengingatkan..kdg2 suka terlanjur pbuatan..smpai mylhkn tkdr

Farhan AJ said...

pembawa wacana-terima kasih..

farah-sama2..hope semua dapat amik iktibar :D

Anonymous said...

Assalam...betul-betul, berusaha sampai habis keringat dulu, baru tawakal...

Anonymous said...

betul tu kdg2 yang kita tak suka tu adlh yg terbaik utk kita :D

Farhan AJ said...

adam-yup..tu la konsep tawakal yg sebenar..usaha dulu,baru berserah..

din-tu ayat alquran..hehe..

Unknown said...

owh, jodoh pon same ke..sblm ni aku tau takdir yg tak boleh diubah hanyalah mati..

patut la ramai orang kita yg slalu serahkan segalanya pasal jodoh pada Allah, tanpa dia berusaha utk mencari. fuhh..

Fariq Jalil said...

eh umi pon ade blog.. mesti masyuk kan anak beranak berblog..

aku ade jumpa 2 3 org yg slalu ckp "aku ni mmg tak pandai, tak mcm dia" time skola dulu.. siap aku bako balik, dah tau tak pandai dok melepak lagi ape kes, gi la baik baca buku.

maknanya kat sini, kalau jumpa org camni, kita bako je,, biar dia sedar skit..

papepon nice entri..

latest -
Ragam Pemandu Hebat

Muslimah Optimis said...

yeah betul tu.. setuju dengan akh.. qada itu sesuatu yang dah ditetapkan..qadar pulak sesuatu yang kita bole ubah.. hehe.. nice sharng dik bob..hihihi.. mulai saat ni akak pun nak panggil bob gak lah.. hihi..xmo panggil paan lagi..hiih

Farhan AJ said...

jejaka-jodoh pun termasuk dalam qada yg xleh diubahl..so berdoalah supaya kita dapat jodoh yg baik dan beriman..

diana-tu la pasal..artis pun kena berusaha gak :D

fariq-haha..nak g bakor orang lak..mak aku pun aktif blog :D

kak muslimah-huaaa..xmo la panggil bob..tau mana ni ?? :'(

nur aisya humaira said...

Betul tu ann..usaha dlu baru tawakal..kalau dapt byk tu, redha laa..mungkin itu yg terbaik ALLAH bgi utk kite..kan2???:)

Farhan AJ said...

betul tu aisya :D

miss ct said...

Assalamualaikum paan...
entry yg bgs... =)apa yg kita nak, kenalah usaha dulu.. bukan dpt dr langit... apa2 pun usaha itu penting..lepas tu tawakal dan doa =)

acai5097@gmail.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !