Wednesday, April 20, 2011

Muak Aku Dengan MELAYU !!



Assalamualaikum para pembacaku yg budiman sekalian..

Tatkala membaca akhbar bertaraf "perdana" pada pagi ini,mata aku terpandang akan iklan filem-filem baru tempatan seperti Senjakala dan Penunggu Istana...terus aku terfikir dan tersedar akan sesuatu perkara-

Melayu ini Stereotaip

Cuba korang renung balik,Malaysia yang kita sayangi dan bangga ini,yang dikatakan setanding dengan negara2 maju di luar,sebenarnya hanya pandai meniru..Aku tidak katakan perkara ini benar dalam semua aspek..Namun ada beberapa perkara yg jelas membuktikan akan hal ini..

FILEM

Filem melayu ni stil berada di takuk lama..X pernah maju sedikit pun dari dulu..sama saja macam filem indonesia,hanya niche atau genre saja yg berbeda(ops!),berbeza..kalau filem2 atau drama2 indon hanya pandai mengisahkan ttg cinta , asyik2 ada pihak yg bercinta,ada pihak lain yang cemburu dan merancang plan jahat,hanya itu yg ada dalam drama2 indonesia.2x5 juga dengan filem2 Melayu,asyik2 cerita rempit,bohsia,dan yg paling aku naik menyampah,sorang buat filem seram,semua nak buat filem seram..ape xde idea lain dah ke pengarah2 filem Melayu skarang ni ????

Scene2 filem Melayu ni semuanya lembab..background music je lebih..lagu sana,lagu sini,lakonan semuanya kaku dan x menjadi..pergerakan semua pelakon lambat dan tidak real..scene seorang wanita nak bangun dari kerusi nak buka pintu rumah pun,lambat nak mampus,dengan lagu latarnye yg bosan,aku sempat masak Maggi dulu sementara tu..kalau berlakon orang kaya,xde benda lain dah,"hari ni papa meeting,petang ni papa main golf"..yang tu diorang tau sebut,asal orang kaya je,main golf..macam dah xdak sukan lain untuk orang2 kaya nih..orang miskin lak,mesti yg tipikal sgt2..

Filem semuanya genre sama je..xde langsung nak pelbagaikan.. Niyang Rapik..Ngangkung..Sini Ada Hantu..Hantu Kak Limah..Zombie Kampung Pisang..Jangan Pandang Belakang,Jangan Pandang Belakang Congkak,dan yg terbaru dan belum keluar,Senjakala dan Penunggu Istana...ini sajakah kemampuan pengarah2 filem MELAYU ???? !!!

Bosan aku..asyik2 citer hantu..asyik2 citer hantu..bagi la penonton rasa genre lain plak..penyiasatan ke..misteri2 dunia ke..sains fiksyen ke..yang paling aku nak tergelak,ada dalam filem melayu dulu,untuk alat perhubungan ,diorang leh guna alat permainan kanak2 yg femes dulu, Digimon Slash Card ??? diorang ingat orang x perasan ke ?? Sebab tu aku kata x real..macam main2 je..


Ni la Digimon Slash Card Yang Digunakan Dalam filem melayu..kalau x silap aku citer MySpy..kalau x percaya korang tengok balik movie tu

Diorang x tawu ke yg penonton dah muak dengan citer2 seram ni ?? Hanya kerana citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu meletup,yang lain pun nak buat citer seram jugak ?? Dah la hantu x real langsung.. kalau yg genre seram komedi tu,lagi la hampeh,hantu x menakutkan dan x real langsung..makeup je lebih..macam Jangan Pandang Belakang Congkak..


Sebab Filem Ni Meletup,yang lain semuanya nak tiru

Satu je filem Melayu yang aku tabik,iaitu Hikayat Merong Mahawangsa...yg ni aku puji..sebab genre dia lain dari yg lain,dan lakonan hebat..yang kritik2 tu semuanya penonton yg x tahu menilai..hanya nak cerita berunsur hiburan je..x membuka minda langsung..

Program2 Tv

Ni pun satu lagi..Kita dapat lihat program2 realiti TV di Malaysia ni macam cendawan tumbuh lepas hujan..lepas satu,satu muncul..AF lah,Mentor lah,OIAM lah,macam2...lepas tu yang jenis lain macam Master Chef dan Jaguh Kampung plak muncul..semuanya mengejar popularity..At least rancangan Imam Muda tu ada jugak kebaikannya..tapi asal reality Tv ni diambil dari negara barat jugak macam American Idol,So You Think You Can Dance,dan lain2..

Kemon la MELAYU,I know u can do better than this !!!

So apa aku cakap ni mmg berlaku,dan aku secara individu,dan sebagai rakyat Malaysia,amat muak dengan stesen2 TV dan filem2 MELAYU dan rancangan2 MELAYU neh..semuanya STEREOTAIP !!

Kepada yang berpandangan bertentangan dengan aku tu,ikut suka korang lah..aku no komen..ini pandangan dan luahan perasaan aku jep..Nak setuju atau tidak,tu bukan tujuan aku tulis entry neh..'

Sekian.. Wasalam..

28 comments:

naqiah said...

merong memang best!!

misSbLurRy said...

salute sama merong

Zulma Izati said...

best.. n btol apa yg di katakn tu..
skrg ni asyk2 cita hantu ja yg kluaq.. xdk cita len dh kot nk buat..
suka jgk hikyt merong mhwgsa tuh...
sjrh tu..

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

yup..hehe,..sukenye sume sependapat ngan aku :D

D i n said...

betol tu sebab kak limah dah meletop semua pakat kalot nk buat crita seram sampai aku naik nyampah kot :D

aku lebih suka + rela tengok crita behind enmy line yang diulang 100 kali.. :)

Zulma Izati said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

@din-betul tu,,yang lain suma nak tiru je..

@zulma-hehe..fitrah manusia la..suka apabila ada orng sependapat :D

pencaricinta ILAHI said...

kdg2 xnk ngaku diri ini org drpd bgsa melayu..

noonaQQ said...

lau noona btul2 nk tgok citer melayu,noona x kn pilih filem m'sia..boring sgt..perasan x,lau filem melayu,asyik ade je tingkap umh terbuka tertutup sbb mahkluk halus.. time dorg nk halau hantu la.. ntah la..kire mcm tu kot. boring btul. sbb tu noona tgok citer hantu korea,jepun thailand ke..ade jgk seram nyer..x mcm m'sia ni..huhu

lgi 1,paan...ehem2,blog paan lmbt loading ler..hehe

noonaQQ said...

lau noona btul2 nk tgok citer melayu,noona x kn pilih filem m'sia..boring sgt..perasan x,lau filem melayu,asyik ade je tingkap umh terbuka tertutup sbb mahkluk halus.. time dorg nk halau hantu la.. ntah la..kire mcm tu kot. boring btul. sbb tu noona tgok citer hantu korea,jepun thailand ke..ade jgk seram nyer..x mcm m'sia ni..huhu

lgi 1,paan...ehem2,blog paan lmbt loading ler..hehe

touyakaruma said...

Ingat lagi citer realiti TV Joe Jambul ....... citer lelama memang best

dakkos said...

kat TV plak tiap2 mlm cerita hantu, tapi cite Mata Ayer kt TV3 cite seram tapi dh jadi cite lawak plak dgn dailog2 org Perlis ...

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

yeah..sume yg korang cakap tu betul...sbb tu aku x suka filem melayu..err..noona-nanti an ringankan blog ye.. :D

Mss Ieza said...

xsmpat lg tgk cite merong..urmm..
tp baby 2 mang cute :angguk
:hoho

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

hahaha..baby jugak yg dia tengok,.. :D

mama comel said...

betul tu..melayu ni ble kuar 1 cte antu 40 cte nk menyusul..seram romantis la seram lawak la..mcm sampah..haha.. seram romantis? ape 2?? tgh2 seram ttbe leh 'ehem2' lak kot..hahaha

CikTomyam said...

merong memang best..^^

hik3..kemonlaaa...~~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang kebanyakan cliche filem2 di malaysia ni...

boleh kata semua nak sama ja...

kalo genre seram meletup kat pasaran semua pakat nak buat filem seram..

nak tahu kenapa??

sebab semua orang minat filem macam tu so secara tak langsung orang yg otak bisnes ni memang akan fikir pasal keuntungan...

cuba kalo depa buat filem cinta sedangkan masa tu filem seram yg meletup, kompom depa rugi...

tapi memang salute kepala otak adik beradik KRU

tgk la filem depa, cicakman, yg terbaru hikayat merong mahawangsa.

memang terbaik~~

agak2 ni pandangan jauh ke depan x? haha...

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

semua komen terbaik..haha..sokong kak GKSB.. :D

Siti Safiyyah said...

aku tak suka tengok cite hantu walaupun cite tu tak menakutkan.. err..cite merong cambest tapi belom berkesempatan nak tengok lagi T___T

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

ss-same la..belum sempat tengok lagi :(

aien zell said...

rasanya x berbaloi kalau g wayang tengok cite2 tempatan ni..mengarut je..banyak yang klise...
tp,siyes cakap hr 2 x ralat pun beli duit tikit untuk tgk merong..
lepas ni tunggu epik lain dari KRU n cerita karak..ahaha..>.<

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

aien-hahaha..tau xpe..bosan cite tempatan..xde feel

picairin said...

for me merong punya setting jak best... tu pom time perang tu namak seh tipu... tapi cita omputih pom ada gak part nampak xreal jugak...jalan cerita merong cam kelam kabut sket... maybe cerita panjang yang terpaksa dimampatkan dalam masa 1 jam lebey kot...just my opinion..tamau gaduh pom...hehe...just drop by utk komen...=)

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

picairin-nevermind der..aku terima semua pendapat..hehe..maybe ade kelemahan jugak dalam citer tu..betul la ape ko cakap..mmg jalan cerita merong ni panjang..so bila nak mampat dalam beberapa jam je,mmg susah la..tapi apepun,it's a good start ea ?

Acai Budak Tepeng said...
This comment has been removed by a blog administrator.
inahornaw said...

tapi kan, saya suka junior masterchef australia sbb saya sangat respect budak2 yg masak2 tu....lagi bagus dr rancangan nyanyian kanak2...

ATHIRAH AZLAN said...

Betol tu..sy mmg dh cemuih tgk ceta melayu sekarang..niat nak menyokong ceta melayu tapi macam tak patut ja..harap2 nnt depa blh bt something yg bru..yg lain dr apa yg selalu depa buat..
yup..merong mahawangsa sangat best!

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !