Monday, April 25, 2011

Sempurna Sangat ke Kau Ni ???!!!


Assalamualaikum kanak2 ribena sekalian XD

Dah solat ? Dah makan ? Dah mandi ? Dah cuci akuarium muka ? Sume dah ? Bagus anak mak ni .. XD

Ok..kali ni guwa xmau cakap banyak2..*padahal entry ko selalu paling kurang 6 perenggan =.=''*..Kali ni guwa mau cakap pasal satu benda je,even guwa x jamin panjang mana guwa mau elaborate pasal ni..

Pernah x korang nak nasihat sesape,kengkawan ke,sesape je la,pastu nasihat korang dibalas dengan frasa di bawah ni ?? :

"Ek eleh..nak tegur aku konon,.tengok diri sendiri tu dulu,ko sempurna sangat dah ke nak tegur-tegur aku ni ??"

Atau ayat2 lain yang sama waktu dengannya ?? Pernah ? 

Kalau pernah sure korang sakit hati kan ? Rasa macam nak bunuh smackdown cekik belai sekeh dia je kan ?? 

Ketahuilah,mereka-mereka ini sebenarnya bukan tawu ape pun,hanya kerana diorang ego nak terima nasihat,sebab tu yang diorang cakap macam tu...Kalaupun korang dah jadi sempurna,korang tegur diorang tadi,belum tentu diorang nak dengar nasihat korang tu..

Sebab tu guwa mau ingatkan satu benda untuk peringatan manusia-manusia yg selalu cakap macam tu time kawan2 bagi nasihat,atau kepada sesape la yg nakkan nasihat yg berguna :

"Tiada manusia SEMPURNA !!!!" kecuali junjungan besar kita Nabi Muhammad (PBUH) ..

So xkan la korang nak tunggu Nabi datang bagi nasihat kat korang baru korang nak dengar ??? Guna akal la der,Baginda telah wafat.habis kalau korang stil nak orang yang sempurna nasihatkan korang,baru korang nak dengar,nampak sgt korang x guna akal yang diberikan Tuhan ni dengan betul,sebab satu2nya manusia yg sempurna telah wafat..diulang..WAFAT !!

Mengaku je la,korang mmg xleh terima nasihat kan ?? ego melangit macam aku ni kan ?? Ngaku je la..senang..habis cerita..

Sebab tu la Baginda meninggalkan para sahabat,para ulamak,para ahli sufi,para golongan salafussoleh,dan orang2 alim agama untuk menasihati kita...Baginda pernah bersabda,"Ulama itu pewaris nabi"..tapi x bermaksud golongan2 ni je yang boleh bagi nasihat..sesape pun boleh bagi nasihat..

Baginda jugak pernah bersabda,guwa kurang sure la hadis ape,tapi hadis ape pun,fadhilat amal die kite leh guna..bunyinya macam ni la..

"kalau nak tunggu seseorang itu sempurna,barulah boleh menyampaikan sesuatu ajaran,maka tidak akan berkembanglah Islam di muka bumi ni"

Korang nampak tak tu ?? Baginda dah leh predict ape yang akan terjadi di zaman kita ni..So Baginda dah beri peringatan siap2..So x payah la ego sangat nak terima nasihat tu..demi kebaikan kita jugak..

Saidina Ali r.a. pernah berkata ,"Meskipun satu kalimah yang diajar,dia adalah gurumu"

And kalau x silap guwa la,Saidina Abu Bakar pun pernah berkata,"jangan tengok siapa yang menasihati kamu,tapi tengok apa yang dinasihatkan olehnya"..Maksudnya,korang x payah la nak nilai sesape yg nasihatkan korang tu,biarlah dia orang miskin ke,pengemis ke,kawan korang yg kurang pandai dari korang ke,ape2 ke,asalkan apa yang dinasihati tu,benda yang betul dan tidak menyesatkan,korang terima je lah..xpayah nak ego2 lebih2..

So,tu je aku nak cakap kali ni..sebab aku geram tengok ramai sangat yg sombong,taknak terima nasihat..dan menggunakan pelbagai helah hanya kerana ego,tak nak terima nasihat..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya..sekian Assalam :D