Monday, April 4, 2011

'RAHSIA' Di Sebalik Lagu Open Your Eyes Nyanyian Maher Zain


Assalamualaikum semua pembacaku sekalian yg amat kusayangi...ayat kerek giler..haha..

Okeh,aku nak tanya satu soalan bodo leh x ?? Sape kenal Maher Zain ?? hahaha..bodoh kan ?? Sure2 la semua yg bernama manusia kenal artis terkenal ni,yg menyanyikan banyak lagu2 berunsur dakwah Islam..aku pun cukup respect mespect la dgn Mar ni *bajet kawan baik je panggil pendek2..haha*..

Korang penah dengar x satu lagu dia yg berjudul "Open Your Eyes" ?? Yang mendayu2 tu ?? dah nama pun Die hard fan dia mesti la korang tau kan ? OK yg tu je aku nak tau..Korang nak tau x rahsia di sebalik asal usul lirik n lagu tu ?? Ok yg dah tau duk senyap2..x payah bising..aku nak gtau kepada yg xtau lagi je..

-Actually lagu tu bukan Maher Zain yg reka-

Hoh ?? Ape ko merepek ni ??

Sabor2..biarlah aku habiskan tintapenaku ni dulu..chewah guna nama blog plak..haha..OK,actually lirik lagu tu dihadiahkan kepada Maher Zain oleh seorang paderi Kristian kalau x salah aku la..aku x sure paderi ke x,yg pasti dia tu Kristian..aku cari dalam google tapi x jumpa maklumat ni..Maybe dia xnak identiti dia diketahui..yg pasti sumber yg aku dapat ni mmg betul..siap ada video klip lagi..tapi dah lama la so aku x ingat dah katne aku tengok video tu..

OK.ceritanya macam ni..Pada suatu malam,si paderi tu mundar-mandir dalam bilik dia..Dia memikirkan ttg penciptaan alam semesta ni..macam biasa la kan,persoalan wajib dalam setiap otak manusia ekspecially golongan yg sedang mencari sinar hidayah ni..atau golongan kuat agama ni..Di hadapan dia ada satu naskhah alQuran..

Paderi ni runsing..sebab dalam hati dia ada macam sinar2 keislaman..dia rasa macam Islam ni betul dah.tapi dia still x yakin..Dia xdak apa2 untuk kuatkan keyakinan dia tu..Lantas dia duduk kat tepi tingkap bilik dia,tempat dia selalu merenung alam semesta sambil berfikir ttg pencipta alam ni..Macam2 persoalan timbul dalam hati dia..Siapakah yg mencipta seluruh alam ni tanpa sedikit cela pun ?? Siapakah yg benar2 berkuasa yg dapat memerintah seluruh alam ni menjalankan tugas masing2 ???

Akhirnya,dia buat keputusan untuk mendapatkan kepastian..So dia cuba bercakap seolah2 dia sedang bercakap dgn Tuhan Islam yakni Allah SWT..aku x sure ayat dia yg betul2,tapi bunyinya lebih kurang macam ni la ,

"Wahai Tuhan,hatiku tergerak untuk memasuki agamamu,tapi aku masih ragu2 dan tidak yakin dgn segala yg aku lihat.Jadi aku mohon kepadaMu,tunjuklah kepadaku sedikt ZatMu...sedikit pun jadi lah..agak keyakinan aku kuat untuk memeluk agama mu."..

Tapi nyata tiada apa yg berlaku..Paderi tu hampa..Tapi dia cuba lagi..Dia cakap macam tadi jugak,cuma dia macam pujuk sikit la,dia kata,keluar percikan cahaya ka,api ka,sikit2 jadi la agar dia percaya.

Tapi tetap xdak apa yg berlaku..Paderi tu kecewa sgt2..Semangat dia untuk masuk Islam semakin luntur..Lantas dia bagi peluang terakhir kepada Tuhan yg dia sedang cakap,dia kata kalau xdak apa2 jgak yg berlaku,dia cancel nak masuk Islam..

Walaupun dia ugut macam tu,stil xdak apa2 yg berlaku..So si paderi ni mengalah..dia duduk di depan naskhah alquran tadi n menyelak sehelai halaman naskhah alquran tersebut..

Tiba2 terkejut dia membaca ayat pertama yg tertulis di halaman yg baru diselaknya..Ayat itu dah menjawab segala pertanyaan paderi tu yg terbuku selama ini..Aku stil cari ayat tu dari Surah mana,tapi mmg susah nak google sbb maklumat ni x disebarkan secara meluas..Aku dapat tengok pun dari seorang ustaz..

Tapi ayat tu berbunyi seakan2 rangkap pertama lagu open your eyes tu la.."Apakah engkau masih tidak dapat melihat kekuasaanKu,dengan penciptaan Langit,Bumi,Siang Malam dsb..."Lebih kurang macam tu la..yg aku tulis tu bukan ayat AlQuran,aku nak kata maksudnya lebih kurang macam tu la..Sapa2 yg tahfiz ka yg tau ayat surah mana tu,tlg gtau aku ye..aku nak update kat entry ni..

So paderi tu terkesima.Allah SWT dah jawab segala pertanyaan dia tadi secara cash.Mmg tersentak dan berasa amat kerdil dan rasa bersalah sbb ugut Allah SWT dgn pelbagai cara tadi..Lantas si Paderi tu datang berjumpa Maher Zain dan mengucap syahadah di depan artis Islamik tersbut..aku cakap ni seperti yg diceritakan kepada aku la oleh ustaz tu..lantas dia mengarang satu lirik lagu berdasarkan ayat AlQuran tu dan diberikan kepada Maher Zain untuk disebarkan kepada seluruh Umat ISlam di seluruh dunia..

Allahuakbar...segala puji Allah SWT..Dia memberi hidayah kepada sesiapa yg diingininya..Semoga kita jugak dimasukkan dalam golongan yg diberi hadiah..amin..sekian..wasalam..

24 comments:

coretan cerita hati said...

Allah is amazing !
apa2 pertsyaan just check it out dalam QURAN jep...
btw... open ur eyes.... mmg best plus gempak !

Mss Ieza said...

subahanallah..
ssunguh nyew pabila Allah mngatakan 'kun' maka akn jadilh..
xdew cpew yg mmpu jika Allh m'hendaki ia nya tjadi.. :)

Mss Ieza said...

*Allah

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

@coretan n mss ieza-subhanallah...itulah kekuasaanNya..Dia memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendakinya..

Encik Suami said...

kadangkala..hidayah yg Allah beri tue sekejap je.Kdg2 makan masa.
Beruntunglah paderi itu krn telah menemui jawapannya.
Syukur Alhamdulillah. Semakin bertambah umat yg beragama islam dibumi ini.

jemput terjah new entri

1) Mood:Tak Byk Cakap

nur aisya humaira said...

aisya thu dgr lagu je,tk thu plak cite disebalik lagu ni...:)

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

@encik suami-tu la kan..x semua orang dapat hidayah..moga2 kita dapat..

@aisya-xpela..skunk dah tau kan..hehe

CikTomyam said...

Allahuakbar..! so amazing..
Orang islam patut ambil iktibar semua nie..lalai sgt kita semua kan..~~

Anonymous said...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=404145789615............

nie link untuk video tu.....peristiwa tu dye sndiri yang alami....

Cik Ladies said...

subhanallah..kuasa allah.. =)

CIK GADIS said...

wow!thnk 4 sharing bro.. =))

p/s : lgu maher zain yg is allah satisfied with us best gilos! <3

LATEST :
KEMALANGAN TRAGIS

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

@cik tomyam-tu la kan..kita rasa kerdil je bila baca peristiwa ni..

@anon-thanks 4 da help..

@cl-subhanallah..

@CG-u r most welcome :bagus

Nurul Afifah said...

alhamdulillah..bertambah saudara kita...Allah mmg hebat...Dia mmg berseni...subhanallah...

iM AkMa said...

sesungguhnya, kekusaan Allah merangkumi seluruh alam... hmm.., macam mana nak berdakwah kepada orang yang bukan islam nih?? dengan cara yang lembut dan tidak mendatangkan apa2 musykil....

Ashaari said...

al-jasiyah ayat ke 3&4........

Fitri a.k.a BoBoy said...

Ya Allah Ya Subhanallah..
xde tuhan yg wujud melainkan Mu Ya Allah..
u r da Greatest Ya Allah..
mcm2 da y Dia da tunjuk kn pd kita..
thx for da info ya Farhan..

Fariq said...

wah nice info... kalo seorang kristian sanggup mencari kebenaran.. kenapa tidak kita kan..

blogtube said...

tersentuh hati bila membacanya artikel nie 'tiada tuhan melainkan ALLAH s.w.t' maha pencipta alam semesta

ronda ronda bersama tintaku@myobw...

alyn_venira said...

alhamdulillah...
thanks for da info.. i like it!!!
boleh x ksi link video tu.. sbb nak wat rjukan.

zalizalu said...

adus.. tersentak jiwa...

Fyruz said...

assalamualaikum..
tersentuh jiwa ini lepas baca kisah paderi tu..

k0m4nd3r said...

Kalau tak silap, ni cerita masa Cat Steven (sekarang Yusuf Islam) masuk Islam. Dia mencari-cari bukti kekuasaan Allah. kemudian dia jumpa surah Al-Rahman. ada antara ayat yang bermaksud:
13Then which of the favors of your Lord will you deny?

Itu seingat saya lah. tidak ada pengesahan untuk cerita ini. tapi kita sebagai umat Islam, rajin-rajinlah baca surah Al-Rahman terutama apabila merasa ragu-ragu tentang kekuasaan Allah.

Gimi said...

Allah memberi hidayah kepada siapa yang mencari bukan orang yang menunggu hidayah datang kepadanya..

tqs pasal info ni...bru tahu

Mohammad Aiman said...

salam..
eh eh eh..
baru dapat baca belog yang dishare nih..
ala, salah lah..

yang paderi tu. bukan.
tu robert apa ntah nama die.
tapi die orang femes la. pastu die share pasal pengalaman die tuh. mcm video tu tunjuk, yang kak ende post tuh. sume2 tu lah. die cakap tu time convention ape ntah. tapi dah lama la. n citer die tu femes sgt lah, kisah die masuk islam camne. mengharukan. betul, mengharukan ;)

n, kawan abang aku, dok UK, die amik video tuh.
die amik video laki ni tgh cerita kisah die masuk islam, pastu die gabungkan ngan lagu Open Your Eyes. sebab kebetulan open your eyes pun cerita pasal kejadian Allah juga. kawan abang aku tu, die pulak jenis mamat fotografi. so, die buat lagu maher zain open your eyes, n part tengh2 die masukkan ceramah laki robert ni (nama die skrg abu bakar x silap aku)

pastu abis je ceramah ni, die sambung balik lagu open your eyes dalam video tuh. lirik die letak skali, n gamba2 pemandangan cantik sepanjang video tuh. tu sume die sendiri yang snap pakai kamera die.

pastu, die dah siap video tuh, die pun post kat youtube..
oleh sebab video tu rating tinggi, jadi femes n ramai share, n ramai download. n ramai pulak upload.. last2 kat youtube berlambak video yang sama, sampaikan susah dah korang nak tahu video yang paling awal n ori dari kawan abang aku tuh, mana stu dalam youtube..

pasal lagu maher zain open your eyes. laki tu xde kaitan pun ngan maher zain. kebetulan cerita die camtu, n kawan abang aku tu amik n gabungkan ngan maher zain. sampaikan ramai salah faham pasal nih.

lagu open your eyes actually mz sendiri yang reka nak buat lagu pasal kejadian allah. dalam ikim time die datang malaysia dulu, ada die citer. die cakap, satu malam, die tgh bwk kete.. tgh2 malam buta.. jalan sunyi, n sepanjang die mandu tuh, die tgk sekeliling, sangat cantik. bintang, bulan, bukit gunung sejuk mata mandang. n die terpesona ngan ciptaan allah. n die kata kat diri die, nak share ngan sume orang benda nih. n die terus propose lagu pasal kejadian allah, untuk dijadikan lagu..

n itu lah ceritanya... this is the truth, trust me.
sebab video robert tu kawan abang aku sendiri yang buat, n aku kenal die.

yang asal usul lagu mz, tu mz sendiri ada cerita kat ikim last year. =)

sekadar nak jelaskan perkara sebenar~
salam alaikum...

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !