Saturday, April 2, 2011

Pasang Aircond dan Kipas Pada Masa yang Sama Satu Tindakan Kurang Pandai ??

assalamualaikum..

Pelik dak tajuk kat atas tu ??? mesti pelik kan ?? ha benda ni excelli dah berkurun aku nak gtau kat ampa semua,cuma otak ni banyak semut,asyik lupa ja..haha..

Kat umah ampa ada kipas dak ? mesti ada kan ? aircond ada dak ? mesti sesetengah ada kan ?? tapi pernah dak ampa buka2 dua2 tu dalam satu masa ?? Kalau ampa anggap dengan membuka dua2 alat di atas tu dapat menambahkan kesejukan,ampa dah SALAH.

Aku duk pelik jugak tengok sebenaqnya orang buat macam tu..sebab xkan la korang xtau camna dua2 alat tu berfungsi ?? OK kalau x tau meh cheq nak habaq mai..



KIPAS

Ok,aku jelaskan secara ringkas la kan..x masuk bab prinsip tekanan udara ka,apa ka,suma x masuk..sbb aku nak bagi semua faham camna kipas ni berfungsi..aku highlight kan kat sini kipas siling..yg pasang kat siling umah tu..kipas ni cuma memutarkan udara yg berada di atas dan memandu udara tersebut ke bawah dgn kelajuan yg tinggi...secara x langsung mewujudkan angin yg kuat..angin adalah udara yg bergerak..so kita rasa sejuk sbb angin tu laju ja pun..bukan ada elemen lain..kalau bilik kita panas,kita akan rasa panas jugak even pasang kipas..sebab ia x merubah suhu bilik pun,ianya menghasilkan angin ja..


AIRCOND(AIR CONDITIONER)

Ok,makhluk canggih ni plak prinsip dia lain dari kipas..secara ringkasnya,prinsipnya ialah menghasilan udara sejuk..sapa yg belajaq sains,dia mesti faham..udara sejuk lebih berat dari udara panas..sebab tu belon yg leh terbang tu dipanggil belon udara panas,sebab udara tu ringan n kurang tumpat berbanding udara biasa,so belon tu leh la terbang..tapi aircond ni menghasilkan udara sejuk yg mana lebih berat n lebih tumpat berbanding udara bilik kita yg biasa..so udara yg sejuk ni akan turun ke bahagian bawah bilik iaitu di mana kita berada..dan udara asal di dalam bilik yg panas tu akan naik ke bahagian atas bilik kita,atau lebih tepat lagi di bahagian siling..dan disedut keluar oleh aircond tu sendiri..sbb tu setiap aircond,kalau korang perasan,ada satu lagi kawan dia,iaitu kotak yg ade macam kipas tu,dipasang di luar rumah..untuk mengalirkan udara panas dalam bilik kita tadi..


OK sekarang korang dah faham prinsip kedua2 alat di atas..so kenapa aku cakap pasang kedua2 alat tu dalam masa yg sama merupakan tindakan yg kurang pandai ?? Aku x cakap la bodoh..tu x berperikemanusiaan sgt bunyinya..maksud aku kurang pandai ja..sbb buat tindakan tanpa mengetahui sesuatu fakta..

Jika kita switch on kedua2 alat tersebut dalam bilik kita,kedua2 prinsip alat tu akan bergabung..aircond akan mengalirkan udara sejuk ke bahagian bawah bilik dan udara panas akan naik ke bahagian atas..manakala kipas pulak akan memutarkan udara di bahagian atas bilik turun ke bahagian bawah..so kedua2 udara panas dan sejuk akan bergabung,menjadikan suhu bilik tu bukannya bertambah sejuk,malah bertambah panas..

So lepas dah baca pasal ni,sapa2 yg selalu buat macam ni,rasanya boleh la hentikan perbuatan tu ye..dah la membazir elektrik,x mendatangkan faedah plak tu..hehehe..sekadar berkongsi ilmu,sekian.

Wasalam

18 comments:

SyedGraphix Dot Com said...

seb bek rumah aku xde aircond XD

Farhan AJ said...

ceh,...cover lak

gadish misteri said...

ouh . xbape nak memahami walaupun ada blaja . yang gadis tahu ... gadis tak boleh tidur kalau aircond tak berfungsi .... :D

Mr.Kerro said...

Paan aku konpisu ayat nih >>

...udara sejuk lebih ringan dari udara panas..sebab tu belon yg leh terbang tu dipanggil belon udara panas,sebab udara tu ringan n kurang tumpat berbanding udara biasa,so belon tu leh la terbang..

tapi aircond ni menghasilkan udara sejuk yg mana lebih berat n lebih tumpat berbanding udara bilik kita yg biasa..

p/s: udara sejuk lebih ringan dari udara panas. atau udara sejuk lebih berat dr udara panas :blur

Unknown said...

ahaks..kipas tu guna prinsip Bernoulli je..halaju tinggi, tekanan rendah..halaju rendah, tekanan tinggi..udara bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah..so, jadi la angin..

aircond plak guna principle of heat transfer..di mana suhu bergerak dari suhu tinggi ke suhu rendah..maka, suhu dalam bilik boleh maintain sejuk bila haba dalamnya dikeluarkan secara heat transfer..

bukan main cite panjang lebar..kesimpulannya, jgn bazir elektrik je utk dua bnda yg lebih kurang fungsinya. ahaks..

ps: fungsi lbh kurang..tp prinsip berbeza..

Farhan AJ said...

@kerro-hahaha,,,aku salah tulis..tukar2..

@jejaka-tu la..satgi aku terang guna istilah sains pakat garu kepala..haha

Anonymous said...

udara sejuk LEBIH TUMPAT dari udara panas dan yang lebih tumpat akan duk bawah.. dats all ^^ ~ udara panas adalah kurang tumpat, sbb tu BELON UDARA PANAS naik ke atas :)

en farhan :
quote : "manakala kipas pulak akan memutarkan udara di bahagian atas bilik turun ke bahagian bawah..so kedua2 udara panas dan sejuk akan bergabung,menjadikan suhu bilik tu bukannya bertambah sejuk,malah bertambah panas.."

are u sure, bilik akan "bertambah panas"..? pd saya ia cuma lambat sejuk sahaja.. dan takkan bertambah panas.. tq

Farhan AJ said...

quote pasal udara sejuk panas tu saya terbalik..dah ade yg tegur..but thanks..

yg pasal bawah tu,saya nak cakap yg kalau dah udara panas campur udara sejuk,mesti la lagi panas dibandingkan dgn udara sejuk sahaja..kan ?

Anonymous said...

nope.. mmg betul udara sejuk kat bawah dan udara panas kat atas.. dan jika pasang kipas, udara panas akan turun dan bercampur dengan udara sejuk.. TAPI, itu hanya kalo "udara panas ada kat atas"

tp bilik aircond adalah "close system".. sy tak pernah jumpa bilik yang dipasang aircond, udara panas tertinggal di sebelah atas,sbb udara panas dah disedut oleh aircond :) sbb tu aircond sume duk atas, nak senang sedut udara panas lah..

tp dun wuri, sy faham apa yang saudara maksudkan tu, cuma percentage nak jadi panas atas sbb itu adalah tersangat kecil :)
----------------------------------
semua fakta tu dah betul, cuma yang bertambah panas tu tak tepat secara fizik nya.. should be lambat sejuk..

seolah2, bilik yang dipasang aircond dengan kipas serentak, bila kita masuk ianya lebih panas dr yang diluar.. logiknya pun kita tau kan..

btw mukan sy nak tunjuk pandai, cuma sbb ada anak murid sy tanya, "betui ka bilik jadi panas kalo bukak aircond ngan kipas serentak?" terkebil2 kejap sy dengar fakta tu,hehe.. baru sy faham..

btw mmg membazir pun.. pasang kipas ngan aircond hanya membuatkan aircond tu jadi kurang efisyen dan bilik jd lambat sejuk.. ^^ piss~

Farhan AJ said...

haha..tu la kan..maybe cara saya terangkan tu agak ksilapan..hehe..btw thanks tegur...mmg susah nak sejuk kalau udara kat atas tu belum disdut,dah dipaksa turun balik..haha

tiqosmile said...

oh patut la abg aku tak nak kitorang beli aircond,,,

Mss Ieza said...

ptt larh p umh mbr blik die pnas jep =="

Farhan AJ said...

hahaha..tiqo n ieeza ni lawak la..

Unknown said...

laa...aku tak tau pun yang ni...terima kasih la bagitau...bagus ni...

agen bandarq said...

Main bandarq ya di KlikQQ , ada prediksi bola Juga , Capsa Susun

Abang Zack Semporna said...

Ermmm betul la tu.... #Budakpulau bohey dulang semporna booking sekarang😂😂😂 0168605891

nawawi said...

Semua pendpt korang ni tak tepat, lain kali referlah pd pakar electrician/Chargeman. Yg sebenarnya pasang kedua2 serentak lg jimat letrik dgn syarat:
1. ON a/c pd Low Fan & set temp antara 26~28°C.
2. ON kipas siling Low Speed/no 1

Hasilnya tenaga yg digunakan hanya sedikit

Unknown said...

Nk selesa dan ada belanja lebih pasang la a/c, kurang mampu pasang la kipas angin.. Ingt, Beli la perkakasan yg 5 star utk penjimatan lebih

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !