Showing posts with label wangsa walk. Show all posts
Showing posts with label wangsa walk. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Popeye, Total Recall dannnnnnn.. Sehelai Kertas Putih !!!

Assalamualaikum wbt.. 

Yeah... setelah sekian lama terperuk dalam bilik sambil asyik mengadap muka dua eko kucing ni sampai naik muak, sifat kemanusiaan aku pun kian hilang, akhirnya hari ini tiba jua di mana aku telah melepaskan segala kebosanan aku bersama dua orang member, iaitu Hafiy dan Iqbal.Yela, minggu depan semua bizi nak final exam dah kan, ada yg balik kampung awal lagi, sbb exam awal.Untung la..so kitorang mengambil masa yg masih ada utk mengeratkan silaturrahim yg sedia terbina.Cewah ayat.. kelas gitu :D

Pukul 6.20 petang, aku and Hafiy dah ready memecut (aku je pecut, dia ni tido je kat belakang =='' ) GT128 selaju-lajunya menuju ke Wangsa Walk, tempat aku selalu lepak sejak masuk UIA Gombak ni.Kami dah plan dengan Iqbal nak berbuka puasa di Restoran Popeye, alah lebih kurang McD dengan KFC la.Hari tu aku ngan Hafiy pernah berbuka sekali dah kat sini, boleh tahan la makanan dia.Aku n Hafiy datang dgn moto, kesian Iqbal, sbb takde member nak teman, dia terpaksa naik LRT sorang gi sana.Tu pun aku hantar ke busstop.OK la tu kan :D

Setelah puas mengorder, kami pun merepek la sementara tunggu berbuka.Time tu dah ramai dalam Popeye tu, nasib baik sampai awal,kalau tak jadi macam diorang la, berbaris sampai ke luar.

Hafiy(kiri) dan Iqbal(tak kan belakang pulak kan =='')

Ni Iqbal nye order.Ape la order burger je sebijik..teruk kene berleter dgn aku n Hafiy..hehe

Ni Hafiy nye lak.. Ayam dia lagi ok dari KFC or McD

Ni aku nye.Biasa la, nafsu makan besar :D

Habis berbuka, kitorang g tunaikan kewajipan solat Maghrib.Hafiy lambat sikit sbb g tandas , so aku and Iqbal yg dah siap awal gi naik atas beli tiket cinema dulu.

Awww yeahhh !! Actually aku nak ajak dorang tgok Batman, tapi diorang malas.Katanya bosan.Maybe la kot.so kitorang sepakat nak tengok Total Recall.Aku tengok trailer dia pun ok what :D

So layan la plak cinema.Ini fakta ya, lelaki ni suka lepak ngan member laki.Lebih happening okeh :D Boleh tahan gak citer tu, bercorakkan sains fiksyen , graphic terbaik.Terfikir-fikir, bila la org Melayu mampu buat CGI sehebat ni.2020 kah ? 2040 kah ? atau maybe sampai bila-bila pun tak dapat buat =='' selagi duduk di takuk lama macam sekarang,.Asyik-asyik hantu..kejap hantu, kejap bohsia, kejap gangster..Naik muak aku.serius..muakkkk. !!

So lepas habis layan movie, ready la nak balik, pergi la kat parking moto aku.TIBA-TIBA !!! , kelihatan something bergerak-gerak ditiup angin dalam raga moto aku.Apabila diteliti, mendidih lah darah muda aku apabila menerima sepucuk surat cinta tahap gaban dari polis yang tetiber mencari makan di tempat yg tak pernah ada polis datang ronda-ronda.Kat luar memang nampak gelak-gelak ngan member, diorang pun gelak-gelak je, tak tahu dalam hati ni rasa cam nak cari balik je polis tu.

Serius aku tak nampak sebarang papan tanda dilarang parking kat kawasan tu.And selama aku lepak kat Wangsa Walk ni, setiap kali datang tempat aku parking tu sentiasa penuh dengan moto.So aku sebagai orang luar, ikut je la.Jenuh nak gi buat kajian lapangan pulak, check sini boleh parking tak, sana boleh parking tak.Dah tu, malam-malam pulak yg dia rajin nak datang ronda-ronda.Menurut Hafiy yg keje kat Wangsa Walk ni, memang jarang sangat polis datang ronda check parking kawasan tu.Tapi kalau ya pun situ dilarang parking, di mana signboardnya ???

Aiseh..melepas pulak la duit aku lepas ni.Dah la banyak benda dah bermain di fikiran ni.Bad luck pulak macam ni...Sabo je la.lepas hantar Iqbal ke stesen LRT, aku n Hafiy memecut pulang.Sepanjang perjalanan tu, aku diam je.Dalam hati ni serius mendidih tahap volcano dah.Kalau nak saman, bagi semua moto situ kena sekali.Ni moto aku je yg kena, padahal penuh je motor parking sebaris dengan aku.Damn it !!

Sampai je bilik, rehat jap, solat isyak n buat tarawikh 8 sorang-sorang, pastu gi mandi.Ni baru boleh update.Dah reda sikit marah ==''

Awww yeah !! Surat cinta dari Sarjan Misai.. ==''

p/s - psstt.. saman parking ni bape die punye pengeras daaaa ??


 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Saturday, August 4, 2012

Aku Tak Akan Jejakkan Kaki Aku Lagi Ke Kedai Tu !!! Never !!

Assalamualaikum wbt.. 



Haiya..sekarang ni aku rasa cam jadi kasanova pun ada. Erk ?? Pesal plak aku ni kan ?? Semuanya bermula apabila aku menerima panggilan dari pakcik yang membeli PSP 3006 dari aku dulu untuk dihadiahkan kepada anak beliau yg mendapat keputusan yang elok dalam exam.Pakcik tu kol sebab nak ambil game-game psp dari aku, so aku pun bergegas ke LRT Gombak seperti yg dijanjikan.Sambil tu sembang-sembang la dengan pakcik tu.

Tapi cerita di atas bukanlah klimaks lagi.Ia hanya mukadimah.Ini yang berlaku selepas itu.

Dah habis jumpa pakcik aku, aku tak balik UIA lagi, aku gi Wangsa Walk, konon nak cari charger jap untuk Xperia S aku ni.Hari tu bro yg jual kat aku tu tak bawak charger plak, sebab dia tak ready nak jual lagi pun, tapi iklan dia dah naik kat Mudah.my tu.So ramai la yg spamming inbox dia untuk beli, sebab dia jual murah.Akhirnya aku yang dapat..muahaha..

Tu pun belum klimaks lagi. Bila nak sampai kemuncak cerita ni =='' Mende la yg dia ni nak bagitau 

Sesampainya di Wangsa Walk, aku terus la ke kedai aksesori hp yang aku selalu lepak, sebab situ banyak casing and housing hp yg best dan gempak.Harga pun gempak jugak la kan..hehe. Sedang aku terjenguk-jenguk cari charger yg ok sikit, terdengar satu suara lembut dari arah belakang.

Awek Cun Bertudung : Err..abang cari apa ye ?? 

Aku(terkejut) : Opocot mak kau jatuh pokok kelapa !!! <- ini rekaan..

(Terkejut gak la..sebab tak pernah nampak dia lagi sebelum ni..budak baru la kot.. cun bhai.. :P )

Aku : Hurm..charger Sony ader tak ? Charger yang elok sikit la, bukan macam charger ni (sambil menunjuk kepada deretan kotak-kotak charger murah berharga rm10).

Awek Cun Bertudung : Erm, abang pakai hp model apa ?

Aku : Xperia S, (sambil mengeluarkan Xperia S aku dari kocek seluar dan bagi kat dia).

Awek Cun Bertudung : Jap ye.. ikut saya ye..(sambil membawa aku ke bahagian aksesori yg nampak cam mahal..habisla aku..bawak rm40 je ni.. ==' sape suruh belagak kaya sgt, tak nak charger murah konon)

Aku : Hurm..kalau boleh saya nak adaptor USB je.Sebab cable Sony yg ori saya dah ade.(Aku tipu.Sebab dia tunjuk charger ori Sony sekali dgn cable berharga rm39.Kapak la duit aku =='' Tapi still jaga ego )

Awek Cun Bertudung : Kalau macam tu abang ambil yang ni la, yang ni ok sikit, boleh pakai untuk semua model.(sambil menunjuk USB adaptor berharga rm29...adeh..parah gak yg ni pun..tapi..)

Aku : (dah malas fikir)..OK, amik yang ni lah..

Lepas dah habis bayar and ambil resit, aku nak check message.Tetiba, aku perasan hp aku takde dalam kocek seluar !! Aku terus gi kat awek tadi balik la.

Aku : err..adik, hp saya mana ?

Awek Cun Bertudung : Eh, saya tak pegang pun ==''

Aku : Tadi kan awal-awal tadi adik ade amik jap.

Awek Cun Bertudung : Saya dah bagi balik time abang pilih charger tadi.

Aku pun fikir, betul jugak.Tapi aku letak mane, mmg takde pun.Tak kan aku letak dalam beg pulak.Musykil aku.

Awek Cun Bertudung : (dah mula gelabah, dia g panggil kak salesgirl yg senior)..Kak, camne ni, hp abang ni hilang pulak.

Kakak Salesgirl : Eh camne boleh hilang plak.. cepat la kol, nanti ade org curi ke ape !! (dengan nada cam marah sikit)

Yang membuatkan aku terkesima, awek tu kuarkan hp dia sambil tanya number hp aku.Aku terus merah padam la muka.Semacam je, dia pun dah cam malu2 arnab dah.

Kakak Salesgirl : Eh, gune la telefon kedai =='' (sambil usha tajam kat awek tu)

Orang-orang yang datang kedai tu pun semua tengok kat kitorang.Yela, dah awek tu dgn kak salesgirl tu cam gelabah semacam je.Maybe kalau customer ada hilang barang kat kedai diorang, sure diorang kene marah dgn boss kan.

Awek Cun Bertudung : (datang balik kat aku)..err number hp abang berape ?

Aku : 017-xxxxxxx

Awek Cun Bertudung tu pun kol..

TIBA-TIBA !!!

Truutt truuut (ringtones lagu anime kedengaran).. Yang bestnya, bunyik tu datang dari arah aku ! What the hell la kan.Aku dah check habis dah, memang tak de pun hp tu tadi.Rupa-rupanya ada dalam kocek jaket aku. =='' Yang aku check tadi kocek seluar je.Aku time tu dalam otak memang dah macam "I'm done for..Habisla aku..ape la diorang fikirkan nanti"

Awek Cun Bertudung : Ish abang ni la..saje je main2.(time ni dia leh wat muke manje semacam.haish..aku puasa ni =='')

Aku : haha.. tadi check poket seluar je.rupanya dalam poket jaket.

Customer-customer lain memang tengok aku cam nak bagi flying kick je.Dalam hati diorang mesti cakap  "alah,..taktik mengorat la tu.."

Kakak Salesgirl tu senyum je sambil gi ke kaunter balik.

Aku yg muka mmg dah merah padam, blah terus dari kedai tu.. Sebelum tu sekali lagi kedengaran suara awek cun tu dari arah kaunter 

Awek Cun Bertudung : haish.. abg tu saje je kan.. nak kasik org marah (sambil cakap dgn suara lembut n dia senyum-senyum sambil tengok aku dari jauh).. hadoi la.. aku puasa la cik adik.. jgn la menduga aku sebegini rupa ==''

Aku mmg nak pengsan akibat malu yg teramat.Sah-sah nampak macam taktik nak mengorat je.Buat-buat hilang hp, suruh die kol kan jap, nanti number hp tu ade kat dia la..adoi.. mengapa nasibku sebegini !!!

Aku terus blah, kuar, naik moto, pecut balik UIA sambil otak kosong je.Muka tak habis merah padam lagi..

Aku tak akan jejakkan kaki ke kedai tu lagi !! Never !! Kalau aku nak gi pun aku akan make sure awek cun tu takde..Malu siot !!!

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D