Showing posts with label tintapenaku. Show all posts
Showing posts with label tintapenaku. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

BLOG TINTA PENAKU PING SITE [OFFICIAL]

Assalamualaikum wbt.. 



MAKA, DENGAN INI, DIUMUMKAN, BLOG TINTA PENAKU TELAH MAJU SETAPAK LAGI DENGAN MELANCARKAN GROUP KHAS UNTUK SEMUA BLOGGERS (korang la tu) PING ENTRY IAITU


So, semua yg bergelar blogger tu adalah dengan hormatnya dijemput untuk join.Jangan risau, tak de istilah otai dan newbie kat sana, yang ade hanyalah 'blogger' saja.

Aku tau maybe tak ramai yg kenal blog aku atau aku sendiri, tapi aku rasa tak kesah kan kalau korang same-same nak memeriahkan group tu.Sambil-sambil korang PING entry latest korang kat sana, boleh jugak korang usha-usha entry orang lain.

Bila dah join, sila baca PERATURAN GROUP tu dulu ye.Mudah sangat peraturan die.. heheh..

Semua adalah dijemput, sape yg nak join , sila klik nama group yang besar tu kat atas 

*Semua akan diapprove.Tiada diskriminasi.Ini satu jaminan :D


Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Wednesday, June 8, 2011

TintaPenaku.com@Aku Setuju Dengan Korang !

Assalamualaikum wbt..



Ya,selepas entry yg latest semalam ni dicopy dengan izin oleh CikEpal di SINI, dan aku jugak dah baca semua feedback di entry beliau yg mana 4x ganda banyak dari komen entry serupa di blog aku,dan juga setelah menikmati trafik yg mencanak naik macam Gunung Everest akibat direfer oleh blog CikEpal,maka,aku sebagai admin TintaPenaku.com

Bersetuju dengan Semua Pendapat Korang ! :D

Yap,maybe sometimes susah orang nak terima pendapat kita,atau nak berfikiran macam kita.Tapi itu tak bermakna kita kena provoke dia sampai terdiam.Itu tak bermakna kemenangan.Langsung tiada ciri-ciri kemenangan jika kita provoke seseorang supaya menerima pendapat atau cara kita berfikir,sehingga dia terdiam.

Kemenangan ialah KEDUA-DUA PIHAK MENDAPAT UNTUNG.

Contoh dari isu menegur orang, jika kita dapat menegur seseorang yang buat salah tu dengan cara yg paling baik,dan dia dapat menerima teguran kita lantas berubah menjadi lebih baik,MAKA,itu barulah namanya KEMENANGAN.

Tidak perlu maki hamun dalam menegur,dan maafkan saya kerana menggunakan istilah MARAH dalam menegur semalam.Sepatutnya istilah yg lebih afdhol dan sesuai adalah TEGAS.Kerana saya sendiri tidak senang jika ditegur dengan kasar dan marah-marah.So kita kena expected the same jugak dgn orang yg kita nak tegur.Mereka juga tak suka ditegur dengan marah-marah.Hanya perlu TEGAS.

Aku sebagai admin TintaPenaku.com pun sedar yg kadang-kadang entry aku ada jugak yg offensive,dan menggunakan perkataan-perkataan yg agak kasar.Ya,ia menggambarkan sikap peribadi aku iaitu seorang yg agak cepat marah.Tapi insyaAllah aku akan ubah sedikit demi sedikit.Korang doakan la aku ye.Dan juga kita doakan kepada beberapa individu yg mencetuskan kontroversi baru-baru ni,supaya diorang sedar dan bertaubat.amin..

So,dengan ini saya Farhan AJ dari TintaPenaku.com meminta maaf kepada seluruh ahli blogogsphere ini,dan juga kepada pembaca-pembaca blog saya ni,dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan komen-komen membina dari anda.Teruskanlah sokongan anda terhadap TintaPenaku.com

Sekian, May Peace Be Upon You !! :D

Wednesday, May 25, 2011

TintaPenaku.com Masuk 1tube.my ????!!

Assalamualaikum wbt..





Hip hip hoorey ! Hip hip hoorey ! Pang !!! Adeh sape lak tampo aku nieh ?? Ala..orang nak happy sket pun tak leh.kecoh r lu der..hehe.. alhamdulillah,setelah 4 bulan aktif dan berhempas pulas dalam dunia blogging,akhirnya follower aku mencecah jugak 1k !!! .. Terima kasih kepada semua sekali yg menyokong perjuangan blog aku nih..Dan satu lagi,aku best sgt2,semalam aku buka shoutmix,pastu ade krew 1tube.my datang,jalan2.Aku pun macam konpius la kan,pehal lak bro ni datang.

So aku pun terjah la 1tube.my tu walaupun pada awalnya aku mmg malas buka sbb blogger2 dan vlogger otai je ramai dalam tu.Tapi disebabkan curiosity memenuhi segenap ruang otak aku,so aku terjah jugak.Dah bukak tu,aku tengok cam tak de pape pun.Hahaha.. kejam gilos ayat.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng !! Aku terpandang satu video yg agak2 eye-catchy sikit nih,tak de la sampai tahap eye-sore,nape kat video tu cam ade lambang header blog aku ea ?? Sekali lagi curiosity memenuhi hypothelamus otak aku,medulla oblongata turut bergetar. * semua ni hanya untuk menimbulkan suspen je,diharap dapat buka tali pinggang keselamatan anda tu,tak de pape pun =.='' * 

Video tu bertajuk Santai: Bloglist Enchik Nine

Eh eh ! Macam pernah dengar je nama ni.Enchik Nine ni member aku dalam BCR.owh betul la hari tu aku ade join bloglist dia.Tapi tak sangka la plak dia buat review blog,dah tu,dalam video lak tu,selalunya orang buat dalam entry blog je kan.So aku mmg terkesima,terpegun,terpaku,dan segala macam ter lagi lah tatkala melihat video tu.Hehe..

Terbaik la bro !! Terharu aku .. yelah,sape la yg ada hati nak review blog picisan dan murahan macam blog aku ni.UV tak tara mana,follower pun ciput,admin tak nsem * ini ayat poyo,sila abaikan =='' * , so sape la nak review kan ? Tapi sebab dah aku join segmen bloglist dia hari tu,so dia buat la kan..

And semua komen-komen dia tentang blog aku,aku terima.Pujian pun aku terima,teguran pun aku terima.And kepada enchik nine,aku minta maaf sbb tak letak blog ko dalam bloglist.Aku tak baca sgt syarat-syarat hari tue.Sori sangat2.Tak pe,aku dah letakkan.

So kepada pembaca,cakap banyak pun tak guna kan,korang usya la sendiri video nih >> Cekidaut !!



So sekali lagi aku ucapkan thanks berjuta-juta lemon kepada Enchik Nine sebab sudi review blog aku.Pasnie sape-sape nak review lagi,dipersilakan.Kalau nak review blog aku kat Alexa pun lagi bagus :D har har har,eh ni gelak macam Hamzah Ian,ah,abaikan.Hehe..

Sekian sahaja,May peace be upon You !! :D

p/s - ok aku agak poyo.. aku tau sape2 pun leh upload video kat 1tube.my tu,tapi aku terharu sbb org review blog aku.FYI,blog aku belum pernah direview. Sadis kan pengakuan ini ?? sob ! sob ! sob ! :'(