Showing posts with label sahabat sejati. Show all posts
Showing posts with label sahabat sejati. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Korang Ingat Senang Ke Nak Cari Sahabat ?? Susah Beb !!

Assalamualaikum wbt.. 



Sebelum aku meninggalkan bumi CFS IIUM ni malam esok, aku nak tinggalkan satu entry terakhir aku di sini.Tentang sedikit sebanyak apa yg aku dapat dan pelajari di sini.

Mungkin bagi sesetengah orang, 'kawan' dan 'sahabat' adalah sinonim.Sama je maknanya.Tak ubah macam 'kenalan' atau 'rakan' jugak.Betul tak ?

TETAPI, semakin lama hidup dan semakin dewasa, aku nak kelaskan semua frasa ni kepada beberapa tahap atau peringkat.Sebab perkataan-perkataan di atas tu bagi aku, tak sama langsung atau tak sama tahapnya.

'Kenalan' , di tahap pertama , adalah orang yg kita pernah berjumpa , mungkin sempat bertanyakan nama saja..Mungkin hanya bertegur sapa ketika berselisih di tengah jalan.Apa nama penuhnya, keluarganya, tempat tinggalnya, langsung kita tidak tahu.Maka, 'kenalan' aku letakkan di peringkat terbawah sekali.

'Kawan' dan 'rakan' , di tahap kedua, adalah orang yg kita kenal namanya, familynya , tempat tinggalnya.Mungkin juga rakan sebilik kita, atau rakan sekelas.Mungkin jugak kita tiap-tiap hari pergi kelas bersamanya, atau bermain bersamanya.Time kita senang atau happy, dia sentiasa bersama kita.Tapi tahap kawan atau rakan ni, kalau kita dalam kesusahan, dia sukar nak menolong.Perlbagai alasan diberikannya.Maka kawan atau rakan , aku letakkan hanya di tahap kedua.

'Sahabat' aku letakkan di peringkat tertinggi, kerana seorang 'sahabat' boleh dikatakan adalah cermin kepada diri kita sendiri.Kalau baik sahabat tu, baiklah kita.Sahabat juga lebih kurang sama dengan kawan atau rakan tadi, cuma dia berada di tahap lebih tinggi kerana mereka sentiasa ada bersama kita, senang atau susah, menangis atau ketawa, kaya atau miskin.Inilah sahabat yg betul-betul ikhlas bersama kita.Bukan seperti rakan atau kawan yg hanya ingin bersama kita ketika senang saja.

Cuba korang try scan semua yg menjadi rakan korang tu, berapa kerat sangat yg mencapai tahap sahabat ? Korang jangan ingat dia tu roommate korang ke, classmate korang ke, diorang dah layak menjadi sahabat.Tidak, tidak sama sekali.Percayalah cakap aku, seorang sahabat amat susah dicari.Even dia setiap hari bersama kita, pergi kelas, main bola, semuanya dengan kita, belum tentu dia layak menjadi sahabat.

Cuba uji diorang dengan minta pinjam duit, tolong ke kedai beli barang ketika kita sakit, tolong beli makanan ketika korang sibuk dengan perbincangan kumpulan ke, apa-apa ke.Adakah diorang sanggup ? Bila korang jatuh sakit, diorang jaga korang, beli ubat untuk korang.Ada ke sahabat yg macam tu ? Kalau ada, tahniah, korang amat bertuah.Maka jagalah hatinya sedaya mampu korang.

Ada ke yg nak tanya aku berapa banyak sahabat aku di CFS IIUM ni setelah setahun setengah aku disini ? Jujur aku katakan, mungkin tak lebih dari 2 orang sahaja yg aku berikan tahap 'sahabat' .

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Monday, June 27, 2011

Allah SWT Masih Sayang Aku Rupa-Rupanya

Assalamualaikum wbt..



Malam tadi * atau lebih tepat lagi, tadi * ,sedang elok aku o9 blog dan fb, ada sorang kawan lama aku ni, dulu belajar sekali time darjah 6 sampai Form 3, tetibe je dia post wall tacing kat fb aku..hehe.. katanya, dia nak study macam dulu-dulu dengan aku.Aku pun tetibe, macam terkesima la plak kan, "pehal Karim (bukan nama sebenar) ni .. tetibe wat tacing kat wall fb aku ni..,"getus hati aku.

Aku pun, on chat la , saja sembang ngan dia.Hurm.. dia tanya pasal study aku. and almost everything about me currently.So aku pun citer je la kan.Lama gak sebenarnya aku tak on chatbox fb ni * bukan belagak artis ye =='' * .So aku pun saja la layan dia sembang.Rindu gak sebenarnya kawan-kawan lama nih.

Dia kata, kalau aku ada pape prob, roger la dia.Dia dah habis wat foundation dalam kursus yg hampir sama dengan aku,so dia kata kalau ada prob pasal akademik, roger la dia.Budak 4.0 flat bhai !!! Terkesima aku dapat tau result dia.Yela, dulu kat skolah menengah, asyik aku je dapat markah tinggi-tinggi *cewah riak lak aku nih ==''* Tengok-tengok , humangaih, 4 flat uh.. Aku ni nak capai 3.0 pun terkial-kial.Miahahhaa !

Lama gak aku sembang ngan dia.Korang leh bayangkan la dari kul 11 kot,sampai 4 pagi.Sebenarnya, aku happy sgt leh sembang ngan dia.Ye la, dia ni salah sorang kawan baik aku dulu.Dulu kami satu usrah.Makan sekali,study sekali,main sekali,tido sekali,usrah sekali.Pendek kata semua buat sama-sama la.Ukhwah kami mmg erat time tu.

Tapi, lepas f3, diorang semua pindah masuk skolah baru.So tinggal la aku sorang-sorang terkontang kanting kat skolah lama.Tak pe lah, citer lama.Malas dah aku nak open book balik.Korang leh baca kat sini semua tu > Entry Nak Berubah.. Aku dah cerita kesemuanya.

Apa yg aku nak cakap sebenarnya, aku bersyukur sangat dapat chat ngan dia malam tadi.Sebab tiba-tiba, aku rasa bersemangat nak study.Sebab aku rasa seolah-olah kehidupan aku yg lama sudah kembali.Di mana aku sentiasa bersemangat nak study sebab ada kawan-kawan di sisi.

Untuk pengetahuan korang, aku dah lama hidup 'lonely' sejak Form 4.Walaupun secara fizikalnya, memang ramai kawan-kawan di sisi, tapi diorang totally tak sama dengan sahabat-sahabat aku yg pindah tu.Diorang lain.Sahabat-sahabat aku ni amat mengenali dan memahami aku.Kalau korang ada belajar pasal rukun-rukun Usrah tu, kitorang dah sampai peringkat Tafakul dah.

So, aku luahkan la balik sebenarnya apa yg terjadi lepas diorang pindah form 4 dulu.Aku dah tak menjadi diri aku.Seperti yg aku selalu sebut, aku hilang identiti.Sehinggalah sekarang.Diorang kat sana,terkejut beruk dapat tau result SPM aku cukup makan je.Padahal dulu selalu score.So, aku cerita kat dia malam tadi, dari A sampai Z.Dan sampai satu tahap, aku berlinang air mata.Ya kawan-kawan, lelaki ego ini mengalirkan air mata.

Sebab apa ? Sebab aku rinddddddddddddduuuuuuuuuu sangat-sangat zaman usrah dulu.Time duk ramai-ramai dengan kawan-kawan sefikrah.Time tu, aku rasa 'hidup' .Ada orang ambil berat, dan ada orang mengiktiraf aku.Tapi sekarang, insan seperti diorang tu dah tiada.Kat UIA ni, sorang pun tak sama macam diorang.Jujur aku cakap, aku dah tak jumpa lagi insan macam diorang.So aku rindu sgt nak jadi macam dulu.

Sekian saja.Sori tak leh habiskan cerita.Mood sebak nak mai dah.Baik aku habiskan dulu entry ni.Kang rosak keyboard kena air mata banyak-banyak.Kepada sahabat aku tadi tu, syukran sangat -sangat sebab still ambil berat pasal aku.Seriously aku tak sangka yg aku stil jadi satu topik yg korang bincangkan kat sekolah baru sana dulu.Bermakna korang still care pasal aku.Terharu meyh.

Sekian Assalamualaikum.

p/s - InsyaAllah aku akan berusaha nak dapat gak 3.5 ke atas sem ni.Takbir !!

p/s 2 - Sejak bila entry aku mood touching ??==''