Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Tugas Wartawan Adalah MenCARI Berita, Bukan MemBUAT Berita

Assalamualaikum wbt..


Firstly dengan ucapan Alhamdulillah, akhirnya blog aku kembali bernafas.. Hari tue ubah nama blog jap, tapi akhirnya aku kembali ke nama lama iaitu Tinta Penaku dengan URL kembali ke www.tintadaripenaku.blogspot.com , buat sementara waktu sebelum aku renew domain www.tintapenaku.com aku..So hope korang boleh tunggu ye.. :D

Ok so, hari ni aku nak ulas sikit pasal kerjaya wartawan ni.Setahu aku la kan, wartawan ni, sejak diwujudkan kerjaya ni, tugasnya untuk menghebahkan berita kan ?? Tak pernah la pulak aku dengar tugas wartawan adalah untuk mem'buat' berita.

TETAPI, zaman sekarang ni, maybe skop tugasan diorang dah berubah dek dibawa arus zaman.Daripada menCARI berita, diorang berubah kepada memBUAT atau meREKA berita.Sepatutnya  kalau semua wartawan berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan diorang, yang mana salah satunya adalah untuk memberi berita yg sahih, kita tidak perlu rasa was-was lagi apabila mendengar atau membaca berita yg disampaikan.

Tapi, hari ini, apabila mendengar atau membaca sesuatu berita, kita perlu buat kerja lebih pulak, iaitu memastikan sama ada berita itu sahih atau tidak, sebab tak semua wartawan zaman sekarang jujur dalam menjalankan tugas.Ada je yg berani mereka berita atau isu sendiri, semuanya dek kerana ingin menjaga periuk nasi sendiri, atau maybe diberi arahan oleh pihak atasan diorang.

Akhirnya, kerjaya yg pada asalnya murni, menjadi kotor.Ya, KOTOR !! Lihatlah, berapa ramai insan-insan yg tidak bersalah difitnah oleh media massa atau media elektronik, hanya kerana kepentingan politik dan sebagainya.Aku di sini bukan nak berceramah politik, jauh sekali nak ajak korang masuk mana-mana parti, tapi aku tekankan kat sini, kalau berita tu tak sahih, tak betul, tak payah la korang tanggung jugak dosa kering nak hebahkan.Korang lebih takut bos korang berbanding dengan Allah SWT ?? Nanti kat akhirat, bos korang tu ke yg akan bagi syafaat ?? Ha, jawab lah sendiri..

Satu lagi, kalau ye pun kekurangan isu panas, jangan la cari sampai ke lubang cacing jugak.Tengok la isu baru-baru ni, pasal pemain bolasepak muda negara kita, Nazmi Faiz tu, tak pasal-pasal je kene kad merah time lawan Qatar baru-baru ni.Bila disiasat, rupa-rupanya dia tertekan akibat berita pada pagi itu, iaitu mengenai isu kekasih lama beliau.Cuba la fikir, dia tu pemain bola sepak, dan satu lagi, dia juga manusia.Manusia mana yg tak ade sejarah hitam ?? Dia sendiri dah cakap, yg dah lepas biarlah lepas, dia nak tumpu kerjaya dia sekarang.Yang korang gatal sangat search jugak Google, nak cari gambar-gambar panas mengenai beliau.Ape masalah korang hah ????

So, sedarlah wahai pengamal media, jangan jadi nila yg merosakkan dan menghinakan nama pengamal media yg lain.Sampaikanlah berita yg benar, dan tidak membuka aib orang lain.Maybe kat dunia ni korang dapat untung berganda-ganda hasil kerja kotor korang tu, tapi kat akhirat nanti, selamatkah korang ?? 

Tinta AJ - Kat dunia cari isu panas, kat akhirat be prepare untuk api yg panas pulak..

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Sunday, March 27, 2011

POLITIK-Kene Cukup Umur Dulu Ke ??


assalamualaikum..

Actually,dari awal pembabitan aku dalam dunia blogging ni,aku xnak masukkan elemen politik even aku cukup amik tahu pasal politik,tapi kerana ada kejadian yg berlaku di facebook tadi,n atas desakan beberapa kawan,aku tulis juga entry ni nak jelaskan perkara sebenar..ada orang yg salah faham berkenaan perkara ni..aku nak hurai politik ni sebagai pihak berkecuali.aku xnak ade orang yg gelar blog aku sebagai blog politik..itu x termasuk dalam genre blog aku setakat ini,,

OK..tajuknya, adakah usia muda atau usia pelajar x sesuai untuk ambil tahu perkara2 politik ?? jawapan aku ialah tidak..Tiada salahnya kita mengambil tahu perkara berkaitan politik di usia muda and sambil belajar ni..tiada hukum atau nas langsung yg menegah perkara ni..malah digalakkan supaya apabila tiba masanya nanti,kita dah bersedia sebagai pemimpin..

Budak yg keluarkan statement yg mengatakan kita sebagai pelajar ni,x patut ambil tahu berkenaan politik yg kotor ni..bukan masanya lagi..So aku pun tegur la statement dia tu..dia kata tugas kita sebagai pelajar ni x habis lagi,so xleh ambil tahu lagi pasal politik ni..

First sekali aku nak ajak kita semua buka minda,yang dikatakan politik ni bukanlah semata2 pergi mengundi,tengok parti mana menang n boleh perintah kerajaan,bukan sekadar itu..malah ruang lingkup dan skop frasa bernama 'politik' ni terlalu luas sehingga merangkumi isu kehidupan seharian..hal dalam keluarga juga politik..peranan suami sebagai ketua keluarga juga politik..Hal pembangunan sesebuah bandar pun politik..cuma manusia yg x nampak semua ni.dalam kepala mereka,politik ni satu benda yg kotor,nak fitnah2,nak hadut2,nak dengki2,perkara ni je yg diorang nampak..

So sebab itulah diorang kata politik ni kotor..habis bagaimana dgn ayah yg berjaya dalam politik keluarga iaitu berjaya memimpin sesebuah keluarga dengan baik,adakah itu juga kotor ??? Individu yg mengatakan politik ni kotor ialah mereka yg menilai sesuatu frasa ini hanya dgn berbekalkan akal fikiran sendiri sahaja..tidak bertunjangkan pemikiran yg disulami dgn fakta dan data..

Politik ini akan kotor kalau ada pihak yg mengotorkannya..dan akan bersih kalau dijaga dengan baik..hanya kerana politik negara kita penuh dengan fitnah dan hasutan,maka sesiapa saja yg menyebut perkataan politik akan dianggap kotor ?? Ini tidak adil..satu diskriminasi..di mana dia keadilan dalam isu ini ?? kalau semua orang sudah bersikap prejudis terhadapa frasa politik ni,maka bagaimana ingin kita mencari kebenaran di sebalik semua yg dianggap kotor ni ??

Tidak salah anak muda ingin berkecimpung dalam dunia politik,sekadar menyuarakan pendapat dan memperjuangkan hak yg benar..Mereka juga punya pendapat dan hak..Hanya jangan terlalu fanatik sehingga x berpijak di bumi yg nyata iaitu mereka hanyalah pelajar..belum sampai masanya nak tegangkan leher meraih undi..

Satu lagi hujah aku terhadap statement budak tu,dia kata habis tugas sebagai pelajar baru bleh berpolitik..Aku tersenyum..Maka aku mengeluarkan satu persoalan - Bila tugas sebagai seorang pelajar akan tamat ?? haehehe..terdiam dia..mmg pun..tidak ada istilah tamat belajar yg betul2..setakat tamat skolah atau tamat ijazah saja yg wujud,istilah tamat belajar x wujud disebabkan ilmu Allah ni sangat luas,.tidak ada manusia yg memperoleh semua ilmu di dunia ni..amat mustahil..

Maka kalau kita nak tunggu 'tamat tugas sebagai pelajar' ini menjadi realiti barulah layak berpolitik,maka bila ?? Bila kita layak berpolitik ?? jawapannya sampai bila2 pun x..itulah realiti..So aku nak tegaskan kat sini,sebagai pelajar,masih boleh mengambil tahu berkenaan politik,hanya jangan sampai memudaratkan pelajaran atau memudaratkan diri sendiri..Lihat saja,dalam kampus pun ada politik..Pilihanraya Kampus itu bukan politikkah ?? di mana suara2 yg mengharamkan politik dalam kalangan pelajar tadi ????

TEPUK DADA,TANYA IMAN.

Sekian sahaja coretan ringkas yg tidak berpihak kepada mana2 parti atau individu,hanya sekadar ingin membuka minda masyarakat kita..

Wasalam..