Showing posts with label mencarut. Show all posts
Showing posts with label mencarut. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Game - Salah Satu Faktor Manusia Suka Mencarut

Assalamualaikum wbt.. 



Dalam entry yg lepas, aku ada utarakan mengenai sikap manusia yg suka mencarut.Mereka menganggap mencarut ni seperti perkara biasa, tidak ada apa yg harus dimalukan dan dikesahkan.Bagi mereka, mencarut ni ibarat makan, dah jadi keperluan dalam kehidupan seharian.Sehari tak mencarut , tak senang duduk.Tinggal solat selamber plak, tak rasa bersalah pun.

So kali ni aku nak bagitahu satu golongan yg mmg femes dengan gejala ni - Gamers.Sebelum tu, aku nak bagitahu yg bukan semua gamers macam ni, tp sebahagian besar je la.

Apa tu Gamers ??

Tengok nama pun dah tahu kan, Gamers ni adalah mereka yg hidup untuk game.Pagi petang siang malam hanya untuk game.Sampai kadang-kadang tu terlupa nak makan, hanya kerana leka dengan game.Solat tu apatah lagi la.Pendek kata yg fanatik dengan game ni, ha, tu la gamers.Kalau yg main game biasa-biasa saja, just nak hilangkan bosan, yg tu orang tak panggil gamers.

So apa kaitan gamers dengan mencarut ??

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang kena hidup dengan gamers (aku dah setahun lebih hidup dengan gamers) , barulah korang akan faham.Tak pun kalau stil tak boleh, korang pergi je lepak kat CC, tempat ramai gamers selalu lepak.Apa korang akan nampak ??

Ya, betul.Bila dah tenggelam dalam dunia game ni, diorang dah tak sedar dunia.Kalau kalah je, 'fuck', kena serang dengan musuh je, 'fuck', disconnected je, 'fuck'.Pendek kata kalau tension je dalam games tu, mencarut je la kerjanya.

Dah la memekak, mengganggu ketenteraman roommate yg lain (bagi yg ada roommate gamers) , dan pengunjung yg lain (bagi yg pergi CC) plak tu.Dah tu, mencarut bagai lagi.Pendek kata hidup tak akan aman la kalau duduk dengan gamers ni.Seolah-olah diorang tu tengah berperang betul-betul plak.Dah tak pedulikan orang lain di sekeliling.

So, dengar nasihat aku, blah je kalau duk dengan gamers ni.Bukan aku nak hasut ke ape, tapi tak kan nak sabo je dengan karenah diorang ni.Sekali dua tak pe lagi, ni kalau tiap-tiap hari  ? Mau bernanah gak la telinga ni kan ?

Aku tau maybe ada gamers yg marah baca entry ni, ade aku kesah ?? Bagi yg tak buat tu, tak payah la terasa kan ? Kot-kot la ada yg kalau menang game je, Alhamdulillah, musuh mati je, Allahuakbar, team diorang dapat bonus je, Subhanallah.. Kalau betul ada la gamers yg macam tu, bagus la kan.hehe..Masalahnya ada ke golongan macam tu ? Kalau ada pun , maybe dalam nisbah 1:1000000 je.



"Try suruh diorang sebut Alhamdulillah time main game tu, ntah2 menang terus..hahaha." :D





Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Saturday, September 10, 2011

Boleh Sebut **** Tu Kira Cool Habis La ??

Assalamualaikum wbt.. 



Fuh..lama dah kan blog ni bersarang ? Terbiar cam tu je dek kerana si tuan empunya blog ni lupa bawak balik router wimax ke kampus beliau selepas cuti raya tempoh hari.Seminggu tak dapat o9 ibarat 100 tahun lamanya.. Wah..berkias beb..hee

Hari ni kita terus masuk tajuk panas - Mencarut.So tajuk kat atas tu sengaja aku 'censored'kan.

Aku tak nak la define erti mencarut tu, pepandai la korang faham-faham sendiri.Sape tak faham lagi tu mmg saje la kan.Bergurau senda di bulan Syawal.hehe.

Zaman sekarang ni kan, aku tengok , and aku rasa korang pun perasan, sikap suka mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut ni dah jadi macam trend.Sana sini orang mencarut, tidak kira tua atau muda, sama saja.Malah ada di kawasan kampung-kampung ,aku tengok , tokwan-tokwan yg lepak kat kedai kopi tu pun mencarut selamber je.

Kalau golongan emas macam tu pun selamber je,apatah lagi golongan muda.Malu aku tengok.Kawan-kawan sendiri pun ramai macam tu.Ada apa tak kena sikit , mencarut, sikit-sikit mencarut.Kalau dulu mencarut ni selalu muncul time orang marah, sekarang time melawak pun ade gak mencarut.Pelik kan ?

Cuba korang bagitau aku sikit, nampak 'cool' dan 'matured' ke dapat mencarut ni ? Bila mencarut ni , nampak macam korang tu hebat ke ? Kira otai la bila carutan ni jadi 'zikir' harian ?? Ha ? Macam tu ke ?

Bagi aku la, orang yg suka mencarut ni , dia dahagakan perhatian.Kalau cakap biasa-biasa saja, orang tak suka kawan dgn dia.Nampak macam biasa je la, not cool man.So kena la mencarut , keluar sket carut-carut dari Barat sana, tiru habis scene filem Barat tu, fuck sana , fuck sini.Baru la orang ambil buat kawan.Baru sama-sama nampak 'cool' .Tak gitu ?

C'mon la anak-anak muda , teman-teman , use ur brain man.Actually bila korang mencarut tu, manusia yg ada otak akan anggap korang tu kurang ajar, tak berpelajaran , kurang iman, dan macam-macam lagi la.Habis semua benda dalam selimut pun korang nak sebut di khalayak ramai , korang tak malu ke ???!!

Orang yg hebat adalah orang yg menjaga pertuturannya , setiap pertuturannya berlandaskan ilmiah.Semuanya masuk akal.Kalau bergurau pun , gurauan yg ilmiah.Yang ada membawa kebaikan.Bukannya mempertaruhkan maruah diri, mencarut sana-sini , just sekadar nak buat kelakar , nak bagi kawan-kawan ketawa.Not matured man, really not matured.

p/s : orang tua-tua cakap, "cili je mulut tu". :D

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D