Showing posts with label gosip je kerjenye. Show all posts
Showing posts with label gosip je kerjenye. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Jual Gosip Liar Untuk Bagi Makan Anak Bini ??

Assalamualaikum wbt.. 



Sori lama tak update, aku kehilangan mood sikit sejak dua menjak ni.Hope korang semua sihat ye.Setelah dikecam oleh beberapa pihak, hehe, akhirnya aku update la jugak entry blog aku ni.Dah puas hati sekarang ?? Hahaha..

Baru je tadi aku menonton (skema je ayat) rancangan Melodi kat TV3 , bosan giler, Tv kat apartmen kat Bukit Merah ni tak de Astro plak dah..Terseksa jiwa raga batin aku..haha..Dah la petang tadi memancing ngan family , sekor pun tak makan umpan.Hujan plak tu..Sabo je la ye Farhan..

Bila aku tonton (skema lagi) rancangan Melodi tu, tetiber terdetik kat hati aku, knape ek ramai je suke buat gosip liar ni ? Kalau gosip tu betul, si penyebar tetap salah, kalau gosip tu salah, lagi berat kesalahan si penggosip tu.Rancangan tu sendiri pun dah sebarkan dosa tak henti-henti..

Kalau aku kecam kerja diorang, mesti ada pihak yg maybe akan cakap aku ni narrow-minded, sebab still macam katak bawah tudung saji tempurung , konon zaman sekarang ni semua orang nak cari duit, nak bagi makan anak bini kat rumah.Tak adil bagi diorang, konon semua manusia berhak pilih kerja masing-masing.

"Diam itu lebih baik dari berkata-kata"

Yes, aku tak nafikan keperluan asasi manusia tu.Tapi perlu ke bagi makan anak bini dengan duit hasil usaha korang merosakkan orang lain ?? Kalau gosip tu benar, korang salah sebab sebar aib , kalau gosip tu salah, korang salah sebab memfitnah.See ?? Which street you take still lead to sinister , my bro and sis.

Kesian la kat sesape yg rosak kehidupannya, punah-ranah rumahtangganya, hanya kerana korang yg pentingkan diri sendiri , korang fikir anak bini korang je, habis anak bini orang yg korang sebarkan gosip tu , sape nak bagi makan ??? 

Tepuk dada, tanya iman, korang tu manusia jenis apa.Kalau still nak tegakkan kerja 'MULIA' korang tu, then I'm sorry my dear, BUT you're TOTALLY wrong !! Shame on you !!

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D