Showing posts with label blogger chatroom. Show all posts
Showing posts with label blogger chatroom. Show all posts

Monday, July 11, 2011

BCR Gathering !! Bowl Tournament at Mid Valley Megamall Megalane !!

Assalamualaikum wbt..



Miahaha..hari ni aku cukup happy dan ceria.Sebab ape ek ?? Sebab aku baru balik dari gathering Bloggers Chat Room atau nama femesnye , BCR !! Kitorang ada tournament bowling , sambil-sambil mengeratkan sillaturrahim.

Aku bertolak dari UIA dalam kol 12, naik bus.Time aku naik tu, aku terperasan ada sorang mamat dari UIA gak naik, muke macam kawan aku,tapi lain sket.So aku abaikan je la.Sampai je kat Mid Valley Megamall tu, dah kol 12.20 la lebih kurang.

Boss kitorang, Jejaka Terhangat (JT) cakap kumpul kol 1.So stil awal,aku naik la kat bowl dulu, usha-usha kot ada lane kosong nak warming up.hihihii..Tapi sume penuh.Takpelah.Aku nervous jugak neh.Aku mane pernah jumpe sape pun dari BCR ni , kecuali kak Naqiah@cintatulip sebab dia tu dari group aku Kami Blogger Utagha jugak.Dah 2 kali aku join gath dengan dia.

Dalam kul 1 tu, JT kol aku dah, suruh jumpa depan MPH Bookstore.Dari jauh Nampak boss tu duk pegang dua nset kat telinga dia.Wah..bizi sungguh dia ek.Tapi yg memeranjatkan aku, mamat kat sebelah dia tu !! Rupanya mamat yg aku nampak naik bas  tadi.Budak CFS UIAM jugak rupanya.First year, PejuangCinta.Hahaha..baru kenal. Tak perasan sama-sama naik bas tadi.

Pastu JT bawak kitorang naik ke tempat bowl la,di pertengahan jalan,jumpa Alepridz.Pastu kitorang same-same naik atas sambil menantikan kedatangan yg lain.Kemudian, sorang-sorang mula hadir.First, SyedGraphix datang dengan Aufa Faqihah.Pastu Kak Naqiah dan yg lain pun sampai.Diorang bawak hamper-hamper dan hadiah.Wow..ni yg nak kena menang neh.

Ahli-Ahli BCR yg Hadir : 

5)Juan (kawan Abdul Farique)
13)Lynn
17)Shai
18)Moi
19) Aku (Farhan AJ)

Ok, sesi gambar bermula !!


Ni time baru sampai tempat bowl.Masing-masing baru berkenalan.Ade la yg nak menyamar, tapi niat jahat tu gagal..hahahahahah..
Dari kiri : Alepridz, Pejuang Cinta , dan.....korang fikir sendiri lah sape lagi sorang tu..yg pastu bukan aku :D

Yang kanan tu xkan la korang xkenal kan :P Abam artis kira, SyedGraphix !!

Wah..boss yg kacak ditemani ahli-ahli yg setia :D wakakaka ayat xleh blah 
Macam duet je:D

Tu Syaf yg pakai kemeja cerah tu, yg kat tengah pakai jaket hitam tu TheSyafiqMokhtar

Datang simpan barang-barang kat foodcourt..suruh Kak Naqiah jaga, kitorang nak g solat

Kak Naqiah bersama red@mr.cool .. posing sakan noh depa ni 

Wah.. tudia otai-otai mai dah semua.Yang duk ngadap lappy tu Suffer8zine, abang otai kita, di sebelah tu Abdul Farique beserta kawan beliau , Juan yg pakai baju kaler hijau tu.

Ni menu guwa.Jangan banyak cakap..hahahaha

Macam biasa la kan Kak Naqiah..perut lapaq pun, posing tu nombor 1 !!

Aku dan geng, Alepridz !!

Aku xnak korang fokus muka, aku nak korang fokus pinggan si Red ni..berlubang Nasi Pattaya tu dibuatnya... "ni cara aku makan" , katanya la ==''

Diorang dua ni dating je dari awal.Nyampah aku..hahahha

last sekali x habis plak dia..haha..dibiarkan je lubang tu..

Okeh... bersiap siaga nak rempuh Midvalley Megalane !! hahahha..

Nak men pun, posing la dulu kan..Aku digandingkan bersama si Alepridz ni dan BeutyLover untuk tournament bowling ni.

Ok..no komen..kak Naqiah..biasa la kan..hahahhaha

Pergh..jejaka kacak BCR berkumpul :D

Kononnya macho la tu kan kak naqiah kan ?? heheh :lari

Wah.. Boss yg berkaliber... duk susun group..

Ha..lupa nak kenalkan..yg baju biru sebelah kanan tu CeritaSekupang, n yg pakai cap tu geng baru BCR, ShaI

Otai mau baling.. tepi sume ! tepi sume !


Tengah game dah time ni..Saja la amik posing ramai-ramai... Yg tudung putih tu Lynn, malu sgt sampai xnak main bowl..haha.. yg Tudung pink hitam tu, BeautyLovers, geng aku tu :D

Admin of the Year !!! hahaha..

Si Alepridz ni membuat balingan..

Wah.. abang macho pegang bola pun nampak macho r :D

Ni sorang lagi abang macho..Syaf@Sekadar Nukilan Ikhlas !!!

Eh , dah habis ek main bowling..hehehe.. nak tahu keputusannya ??? Jom kuar mid plak..Nak bagi hadiah kat luar depan Stabucks tuh..hahahah

Berkumpul sambil menantikan pengumuman hadiah..

 Aku pun tak lepaskan peluang amik gambar dengan semua yg hadir..Ni aku bagi tngok la sket beberapa ahli BCR yg aku amik gambar berdua :D

Aku bersama otai blogger, Suffer8zine .. wah..bangga eden :D
Wah

BL dan Lynn.. kalau amik gambar, on je, suruh main bowling, malu plak..hahahha

Ha..baru ada gambaq aku..hahahaha.. cari la mane aku.. :p

Okeh..macam biasa..abaikan..hahahhahahahaha

Boss nak berucap tu,  ssysshhhhh !!!

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah saguhati kepada semua peserta yg hadir..Ni aku sertakan beberapa je..Nak letak semua jenuh la..hahaha

Pejuang Cinta


Sape ek mamat tu ?? ==''

TheSyafiqMokhtar

Wah..wajah abam-abam kachak :D Syafrizal 

Lynn.. muka cover cute tu.. layan je lah.hahahha

Pehal CeritaSekupang ni..nak ragut Boss..hahaha

Lepak ramai-ramai sambil tunggu pengumuman keputusan berkumpulan plak..

Berkongsi tempat ketiga, Team Jejaka Terhangat dengan Team TheSyafiqMokhtar

Gambar naib johan aku tak sempat ambil, so gambar johan je la yg ade..hehehe.. Team Aku, Alepridz n BeautyLover dapat johan beb !! Caya la sama korang !!

Lepak-lepak dulu,sambil buka hamper nak bahagikan makanan.. :D

Ni hamper Johan, saje kasik tugu sket..hehehe..

Team of The Year !!! miahahaha.. 

And after habis semua sesi penyampaian hadiah and bergambar, masing-masing mula bersurai..Memang terbaik la gath hari ni.Aku yg tengah runsing fikir banyak masalah, tambahan hujung minggu ni, terus jadi happy dapat jumpa geng-geng blogger BCR ni.Dah tu, dapat jadi peserta terbanyak markah lak tu, 151 , hahaha..syukur la..susah uh nak menang.Ramai yg terer macam Syaf, JT, Suffer, Alep, dan lain-lain.

Hope yg tak dapat hadir tu, jangan la sedih and jeles ek.InsyaAllah lepas ni kite suruh JT organize lagi event macam neh.Heheheh.. best r korang sume !! Gempak dow...

So, aku n PejuangCinta (yg baru sedar kitorang same U) pun bertolak balik ke kampus UIA dan sampai kul 6.40..Alhamdulillah..semua berjalan lancar..Semoga lepas ni dapat jumpa korang lagi.InsyaAllah..

Sampai je bilik, mandi, solat, lepas solat maghrib je, aku 'hilang' .. Haha...penat giler..Ni pun kunci jam nak bangun, sebab nak update pasal gath ni la..nampak tak pengorbanan aku neh ?? hahaha.. sengal..Jom geng ! guwa mau tido meyh..ngantuk sgt.. So long.. 

p/s- ada sorang lagi yg join tapi xde gambar, sebab beliau malu sgt..hahaha.. aku pun jadi segan nak tegur..siapa lagi kalau bukan............ abang kawasan !! Feeza Macho !! Thank sebab hadir Feeza..ko la..malu sgt..aku dah le jenis segan dengan gurl..amik ko..xsempat sembang langsung..hehehe..

Love You BCR !!!!! Assalamualaikum...

Tuesday, June 28, 2011

Dah Jadi Otai@Femes , Jangan Lupa Asal - Usul !!

Assalamualaikum wbt..

Ok, firstly , aku bukan nak cakap aku dah jadi otai, jauh sekali la dah jadi femes.Merepek je semua tu.Aku just nak ingatkan kepada semua kawan-kawan blogger yg amat aku sayangi, termasuk silent reader dan loyal reader blog aku, tentang satu nasihat dan peringatan.

DAH JADI BLOGGER OTAI/FEMES/PRO, JANGAN LUPA ASAL-USUL !!

Ops, ni bukan entry nak marah-marah, jauh sekali nak tengking-tengking.Aku tengah demam panas, tak de energy nak marah-marah.Nanti dah mampus sembuh, siap korang. * miahahahaha :D *

Ada orang tanya, aku pulak berasal dari mana di dunia blogosphere ni ??

Ya, seperti mana blogger-blogger lain, aku juga punya medan sebagai "batu loncatan" untuk mengharungi dunia blogger ini.Di sini aku mendapat dan mempelajari semua ilmu-ilmu berkaitan blogger ni.

Di mana ??

Di Bloggers Chat Room atau lebih dikenali sebagai BCR.




Ya, aku tau, ada berjuta-juta group blogger, chatroom blogger, forum blogger, dan pelbagai lagi kat Malaysia ni.Aku tak nafikan semua tu.Cuma, BAGI AKU, BCR ni lain dari yg lain.Sumpah ini bukan entry nak bodek admin-admin kat BCR sana tu.

Di BCR, mana ada sape yg mencarut-carut macam chatroom lain.Kami kat sini seolah-olah satu family.Ya, satu family.Saling membantu antara satu sama lain.BCR ni bukan tempat blogger otai, bukan tempat blogger newbie, bukan tempat blogger femes, tetapi BCR adalah tempat SEMUA blogger dari pelbagai kategori untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu blogging.


Bukan tu sahaja, kat BCR ni jugak, macam-macam jenis masalah dibincangkan di sini, sehinggalah masalah peribadi dan juga masalah serius.Semua ahli BCR akan melontarkan buah-buah fikiran yg bernas bagi menyelesaikan masalah yg timbul.

Aku wujud di dunia blogosphere ni, melalui BCR.Aku tak nafikan yg aku sudah berblogging sejak tahun 2008, tapi ketika penghujung 2010 barulah aku mula serius dalam dunia blogging ni, dan medan tempat aku mengumpulkan ilmu blogger, adalah di BCR ini.Seawal aku masuk di sini, tak pernah sekali pun diorang buat aku macam newbie ke, budak hingusan ke, malah diorang layan aku dengan baik,dan mengajar aku apa yg aku stil tak tahu pasal blog ni.

Sesimple ilmu seperti grafik dan penghasilan entry yg baik, sehinggalah ilmu yg advance seperti SEO,web hosting, domain, HTML Script,Java Script, hacking, semuanya dibincangkan di BCR.Aku dah sayang sangat-sangat kat BCR ni.Cuma, sejak akhir-akhir ni aku jarang boleh lepak kat sana, sebab aku dah masuk semester baru dan aku semakin sibuk.

InsyaAllah, time cuti nanti, aku akan luangkan masa di sana kembali, seperti dulu.Kepada sesiapa yg berminat nak join BCR ni, korang bleh klik pautan di bawah dan daftarkan nama di sana.Setelah admin BCR approve pendaftaran korang, korang bleh la menjadi ahli keluarga BCR seperti aku.

http://www.bcroom.net/

Dan ini janji aku buat BCR, sejauh mana pun aku menapak dalam dunia blogger ni, setinggi mana pun pencapaian aku , dan sampai bila-bila pun, aku tak akan lupa , bahawa aku 'lahir' dari BCR.Kepada blogger yg dah otai dan femes tu, korang tolong jangan lupa mana asal-usul korang.Sentiasa la bertegur sapa dengan orang lain.Korang otai takat mana pun, nanti masuk tanah jugak,sama macam orang lain jugak.

Buat korang yg nak kenal BCR dan ahli-ahlinya, bleh layan video klip ni yg dihasilkan oleh ahli BCR jugak, merangkap DJ , iaitu Misz Nadea .Sekian Assalamualaikum :D