Showing posts with label bersih pertahan rakyat. Show all posts
Showing posts with label bersih pertahan rakyat. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

(Edisi Bersih 2.0) Janganlah Berpecah - Belah Kerana Ideologi Berbeza

Assalamualaikum wbt..



Ye, aku tau , hari ni, semua perasaan yg terpendam selama ni dah terluah.Yang sokong sebelah sana,dengan hujah mereka, yang sokong sebelah sini, dengan hujah mereka jugak.Masing-masing nak tegakkan 'kebenaran' masing-masing.

Ya, aku juga punya pendirian aku.Aku juga punya pemimpin yg aku sanjungi dan aku hormati.Serupa dengan korang.Biarlah korang nak sokong mana pun, tapi janganlah sebab kita punya ideologi berbeza, kita nak bergaduh sampai menumpahkan darah.

Aku sokong pembangkang, ya , aku mengaku, sebab aku percaya dan sokong perjuangan Islam.Ya, aku tau, tiada manusia sempurna.Kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan.Tapi kita nak tengok siapa yg paling sikit buat salah.

Aku xnak berpolitik kat sini.Aku cuma harap, kalau ye pun kita punya ideologi berbeza, elakkan la memaki hamun antara satu sama lain.Ia hanya membuktikan betapa kita tidak matang dalam berhujah.Kita ni mahasiswa, kita ni remaja, kita yg akan memimpin negara ni suatu masa nanti,insyaAllah.SO, tak payah la nak bertegang leher hanya kerana perbezaan ideologi.

Aku sendiri dah beberapa kali bertegang leher,berdebat,berhujah dengan orang lain, hatta kawan baik sendiri, hanya kerana perbezaan ideologi politik macam ni.Tapi setiap kali habis je berhujah tu, aku rasa sesuatu yg tidak menyenangkan.Tambahan pula kalau bertegang leher tu,dengan kawan baik sendiri,atau orang yg rapat dengan aku.Tekanannya 3x ganda lebih daripada berhujah dengan orang asing.

Aku cuma nak cakap , ko sokong PAS ke,ko sokong UMNO ke, ko sokong PKR ke, just be urself.Jangan nak bergaduh berbunuhan hanya kerana berlainan pendapat.Aku sokong PAS, sorang kawan baik aku sokong UMNO.Masing-masing kuat pertahankan pendapat masing-masing.Kat wall aku penuh dengan link entry-entry pembangkang,kat wall dia penuh dengan link entry-entry kerajaan, tapi kitorang still kawan baik.Masing-masing pandai jaga hati masing-masing.

Bukan tak de, banyak gak kawan-kawan aku yg berlainan pendapat dari aku, bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dah cedera kat kepala ngan lutut sebab Bersih 2.0 tadi, dia gelak je, siap cakap 'padan muka'.Ni la yg aku nak tekankan.Kalau ye pun tak suke, tak payah la nak sebut depan-depan.Jaga hati kawan-kawan sama.Tambahan lak aku ni jenis panas baran.Cepat je nak marah-marah,tapi aku dah xnak gaduh-gaduh dengan kawan hanya kerana berlainan ideologi.

Tiada guna nak gaduh-gaduh.Kita masih muda.Siapa tahu, suatu hari nanti, kawan kita tu dibuka pintu hati untuk menerima kebenaran yg haq.InsyaAllah suatu masa nanti, siapa tahu,UMNO dan PAS mampu bersatu membentuk SATU negara yg benar-benar mengamalkan Agama Islam dalam pentadbirannnya..InsyaAllah..kita doakan..

Sekian, Assalamualaikum :D

Gambar Sekitar Bersih 2.0 9 Julai 2011

Assalamualaikum wbt..

Nah, aku share gambar-gambar sekitar perhimpunan Bersih 2.0 hari ni.Korang tengok la riak wajah polis sekor-sekor tu.


Semua siap siaga nak jadi 'hero' hari ni

Peserta demo berkumpul

Bila sorang kena tangkap, semua riuh.Polis-polis suka la,muka masuk gambar.leh naik pangkat lepas ni :D


Nak baca Kosmo! pun kene halau ke ? hahahaha

Minta derma pun kene tangkap ?? 

Duk bahagi gula-gula, Najib bagi sorang sebiji :D

Senyum tu !!!!!! Yeah, dapat tangkap sorang, esok naik pangkat :D


Guna Isu Bersih 2.0 Untuk Tunjuk Hero !!

Assalamualaikum wbt..



Meremang bulu roma aku.Bukan sebab takut,tapi sebab marah, dan menyampah dan meluat yang amat sangat bila tengok ade la beberapa hamba Allah ni yg saje guna isu Bersih 2.0 ni untuk 'up' diri dia.Dia p kat group sini, duk up topik pasal Bersih, pastu duk berhujah panjang lebar, menyusahkah rakyat la, pengganas la, semua nak menang kat dia..

Dia pi kat satu group lain plak, duk buat benda yg sama.Ada otak ke dak dia ni ?? Orang lain ada otak la der, kalau budak 5 tahun lu bleh la nak tipu, nak manipulate otak, ni budak-budak U yg lu nak tunjuk lagak hebat ni pesal ? Dah lama hidup ??

Semua orang alert pasal isu Bersih 2.0 ni.. Semua orang dah mumayyiz, dah ada akal nak bezakan mana baik dan mana buruk.Hanya orang yg akal dia masih tak terbuka lagi je akan cakap Bersih 2.0 tu untuk mengganas, untuk rosakkan perniagaan orang la, ape la.HANYA orang yg akalnya masih belum sedar kondisi kemakmuran kat Malaysia ni je akan cakap macam tu.

Sebab apa ?? Sebab diorang tak tahu matlamat sebenar Bersih 2.0 ni..Diorang pun dengar-dengar dari kawan je.Sebab tu kawan baik dia, duk buruk-burukkan Bersih ni, so dia pun kena la kata macam tu jugak.Nanti kene pulau plak kalau dah berlainan ideologi.Guwa sikit pun tak heran kalau hilang kawan, kalau dia nak terasa bila guwa kata Bersih 2.0 ni matlamatnya murni.

Cuba la korang pikir, diorang nak buat perhimpunan AMAN je pun.Diulang !! perhimpunan AMAN !!! Ingat, negara kita mengamalkan konsep Berpelembagaan.So dalam perlembagaan, Perkara 10 (1) (b), ada menyatakan, rakyat berhak bersuara dan rakyat berhak membuat perhimpunan aman . Bukannya diorang nak datang ajak kerajaan lawan tumbuk ke, lawan gusti ke ape.Diorang sikit pun tak kacau orang lain.Cuma nak tuntut pilihanraya dijalankan secara adil je.TU je !! 

Yang nak jadikan Bersih ni menjadi tak bersih, adalah golongan yg nak menentang tu la.DIORANG la yg akan me'nidakbersih'kan Bersih 2.0 ni.Cuba korang fikir, diorang ni nak demo secara aman, kalau xde orang kacau,masakan diorang ni nak jadi ganas tetibe.Tengah buat kerja baik,tiba-tiba orang datang serang, korang akan buat apa kalau jadi macam tu ? Sure la melawan kan ?? Kalau guna otak la... ==''

Tapi, baru nak demo tuntut pilihanraya aman, terus ada pihak yg jadi cacing kepanasan.Menggunakan kuasa yg ada, media massa, media elektronik, diorang burukkan gerakan murni ni dengan macam-macam isu BODOH ! Komunis la, ape la.Pakai baju Bersih pun kena tangkap.Adoi la..Mana la diorang letak otak ni.Maskot DiGi pun kena tangkap..haha. ni yg lawak.

Korang fikir la, diorang yang tangkap and rampas baju Bersih tu.Diorang ada je kuasa nak seleweng maklumat yg diorang sumbat kat telinga korang melalui TV.Diorang buat-buat la macam diorang jumpa baju tu dengan molotov la, parang la, mercun la, pastu risalah Komunis la. WTH ?????!!! Tak logik langsung.

Yang aku naik menyampah, ade je mamat-mamat atau minah-minah yg nak capub, duk jaja isu ni kat group blogger la, group kampus la, saje nak tarik perhatian.Ye la, isu ni kan tengah panas, so sape yg leh cakap panjang lebar pasal isu ni,sure dipandang tinggi kan ? Bleh la nak eksyen kat awek-awek kan, kononnya dia tu penegak kebenaran.Get lost la !

Dah,malas nak bising.Kepada sahabat yg pergi esok ni, semoga berjaya.Guwa nak join , tapi pihak yg sedang kepanasan ni dah jadi kecut perut sangat sampai pihak kampus guwa dah edar notis pengharaman outing untuk esok kat kitorang .. Diorang sengaja menempah gelombang reformasi.

sekian,Assalamualaikum..

p/s - guwa dah malas jadi senyap,guwa dah malas memerhatikan saja Dajjal berwajahkan Manusia bermaharajalela kat Malaysia ni.

Friday, July 8, 2011

Untuk Makluman Sesiapa Yang Pergi Bersih 2.0 Esok !!



Firstly, guwa tak pergi Bersih 2.0 esok , sebab guwa stil fikirkan status guwa sebagai pelajar.Kalau jadi apa-apa, kesian mak bapak guwa, kalau guwa tak boleh sambung pelajaran, susah diorang nanti.Tapi semangat guwa tetap bersama saudara seagama yang pergi keesokan hari.Pertahankan apa yang perlu dipertahankan.

So ni guwa ada sedikit maklumat untuk sahabat-sahabat yang pergi Bersih 2.0 esok :


No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor-nombor diatas dalam handphone masing-masing... Apa-apa berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.


Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.


“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.


BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.


“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.


“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”


Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.


"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.


Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.


Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.


Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,


“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.


Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.


“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.
-Perisik Rakyat