Showing posts with label anonymous akan serang laman web malaysia. Show all posts
Showing posts with label anonymous akan serang laman web malaysia. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Nak Komen Tu Sila Guna Akal Yang Dikurniakan Oleh Allah SWT Ye

Assalamualaikum wbt.. 



Excelly aku dah pun maklumkan kat korang dalam entry aku yg lama-lama dulu, aku malas nak layan anonymous-anonymous ni, tapi tak pe lah, tetiber rasa rajin plak nak layan golongan pengecut ni.Meh kita hayati pantun indah dari seorang anonymous yg komen entry aku yg pasal tayang gambar gf/bf tu..


bialah mrk tue na ltk gbr BFkew GF kew.. 
hak individu msg2.. blog masing2.. kita tadew hak na larang.. so ta prlu lah na wat entry yg bleyh myakitkan aty org len spt niyh.. bln2 pose niyh owg buat pahala.. bkn buat dosa.. sapew2 yg terasa bile bace entry niyh..penulis da dpt dosa.. then sapew2 yg sokong sgt penulis niyh pown dpt dosa..termasuklah penulis tue sndri.. ha ! see kan da berganda-ganda dosa.. pikir-pikir lah sebelum menulis.. tulis blog utk kebaikan bkn utk myakitkan aty mne2 manusia :)

Okeh la guys.. c'mon la..kita bagi can la sket kat dia ni kan, sempena bulan puasa ni...Penat-penat dia komen panjang-panjang, kononnya apa yg dia tulis tu la yg bagus, apa yg aku tulis ni dosa kan.

Meh aku nak jawab setiap point dalam komen dia -

Biarlah mereka tu nak letak gambar gf/bf,hak individu, blog dia , kita xde hak nak larang

Okeh..kalau korang tanya aku la, org yg komen ni mengalami kecelaruan identiti mahupun kecelaruan agama.Pendirian dia seolah-olah nak suruh kita semua buat bodo je bila tengok orang buat dosa.So kalau kita jalan-jalan , tetiber nampak ada orang mencuri ke, seluk poket ke, tengah bercomolot tengah orang ramai ke , orang macam ni akan buat dono.Sebab ape ? Sebab sense of Muslim tu tak de dalam diri dia.Bagi dia, hal kau , hal aku, kubur kau, kubur aku.Ha, ni la dia contoh manusia yg macam tu.Sedangkan Nabi SAW dah suruh kita ubah dan cegah kemungkaran sedaya mampu kita.Tapi dia ? Dia ni hanya nak duduk diam, selagi orang tak kacau hidup dia.

Aku nampak orang buat dosa, *kalau korang still tak sedar la yg tayang gambar bf/gf tu bleh membawa kepada dosa* ,  so tak kan aku nak duk diam ? Kalau aku tulis kat shoutmix, malu la dia kan , sbb orang lain bleh baca, kalau aku komen entry dia pun , malu la jugak dia kan ? So aku buat entry TANPA menyebut siapa pun yg berkenaan, sapa yg terasa , baguslah, at least dia tahu dia tu buat dosa.

Tak Perlu La buat Entry Nak Menyakitkan Hati Orang Lain

Wowowow.. kejap-kejap.. Cuba korang fikir, dia nak sakit hati apesal kalau dia tak buat kan ? Betul tak ? Kalau aku baca entry macam ni kat blog orang lain pun, aku tak de nak sakit hati pun , sebab ape ? Ya, betul, sebab aku tak letak pun gambar gf kat blog aku.Gf pun takde.SO aku nak sangka baik kan, so aku tak nak tuduh la dia ni ada letak gambar bf/gf dia kat blog.Tu dia dengan Tuhan je la.Aku dah tegur kan, dah laksanakan tanggungjawab aku.

Bulan Posa ni Orang buat Pahala, BUkan Buat Dosa

Hahaha..adoi la.. so dia nak cakap bahawa aku buat dosa ? Tegur orang buat dosa dikira buat dosa jugak ?? Tahniah la ye wahai anon..Anda dah buktikan tahap ilmu agama anda sangat tinggi macam ulamak.Aku pun merangkak lagi dalam hal-hal agama ni, tapi dia dah sampai tahap tinggi.Iaitu tegur orang buat dosa,adalah dikira sebagai berdosa jugak.Okeh, I learned a new thing today..hehehe..thanks la Syeikh Anon.

Sapa Yang Terasa Dengan Entry ni, Penulis Dah Dapat Dosa,Pastu Kalau Ada Yang Sokong, Diorang pun Dapat Dosa Jugak, See, kan dah dapat dosa berganda-ganda ?

Yang ni aku kena tenangkan diri selama 2 minit , sebab tak tahan nak gelak baca komen dia ni.Macam komen kat atas jugak la, dia belajar mana hukum macam ni ? Kalau kita ada tegur orang buat dosa, pastu kalau dia terasa, kita berdosa ? Kalau ada orang yg bersetuju bahawa menegur perkara dosa tu adalah baik, maka diorang pun dikira berdosa jugak ? C'mon la Anon, jangan la tunjuk sgt kejahilan tu.Aku pun jahil agama jugak, tapi tak de la worst sangat macam ni..

Okeh..sudah-sudah la tu..Kesian muka Anon tu merah padam baca entry ni.Tak perlu la aku dedahkan identiti anon ni, kesian kat dia.Kalau aku buat, maka ini barulah dikatakan aku buat dosa.Sebab aku aibkan dia.Maka aku lebih selesa menggelarkan dia sebagai anon je.Lain kali kalau nak jadi anon pun, make sure la IP Address tu orang tak leh trace, okeh ? :D

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Wednesday, June 15, 2011

Korang Pandai Sangat Block,Sekarang Korang Terima Pulak Hackers-Hackers Ni !!



Assalamualaikum wbt..

Ya..kali ni aku dah malas nak hipokrit.. Secara jujurnya,aku sendiri benci dengan tindakan kerajaan yang meng'block' 10 web file sharing baru-baru ni.Salah satu alasan yang diorang pakai untuk buat tindakan tu adalah,nak menyelamatkan industri filem negara.Kononnya nak elak cetak rompak.

Berikut adalah 10 laman web file sharing yang telah diblock oleh KERAjaan :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Tapi yg peliknya,diorang tak guna otak ke bila nak buat tindakan tu ?? Ada antara website yg diblock tu,yg langsung takde directori filem Melayu.Diorang ingat filem Melayu ni hebat dan popular sangat kah ? Diorang ingat setakat cerita Karak,Kongsi, Penunggu Istana dan pelbagai lagi filem yg aku klasifikasikan sebagai 'sampah' tu , ada ke orang nak upload masuk dalam directory website-website international seperti di atas ??

Biarlah korang nak kata aku ni sebagai pembelot bangsa ke,apa ke,yang pasti, aku bukan jenis hipokrit.Aku dah ulang banyak kali,aku tak pandai berlakon.Bila aku benci,aku cakap aku benci.Bila aku menyampah,aku cakap aku menyampah.

Setelah movie-movie sampah di pawagam ni tak dapat sambutan, duit tak masuk poket,maka diorang guna taktik lain pulak,iaitu dengan menyekat kebebasan rakyat yang membayar bil internet beratus-ratus sebulan ni untuk download movie dari internet.Kononnya nak menyelamatkan industri filem negara.haktuih ! Setakat duk tayang artis-artis yg pakai macam orang tak dak agama tu, tiada guna korang nak bela filem-filem macam tu.Inikah yg korang gelar 'rezeki halal' ?? Check balik agama korang tu.

Bila dah kena gertak dengan kumpulan hackers bertaraf antarabangsa yg digelar Anonymous ni,baru nak kecut perut.Korang dah ceroboh hak asasi rakyat untuk akses internet, pastu korang nak buat macam orang tak bersalah plak.

Group hackers ni dah mengamuk sebab berang dengan tindakan 'pentingkan diri' yg ditunjukkan oleh kerajaan ni.Diorang cukup berang sebab dikatakan KERAjaan Malaysia ni dah sekat kebebasan internet rakyat negara ni.So pukul 3.30 petang esok,dikatakan bahawa mereka akan menyerang laman web kerajaan iaitu www.malaysia.gov.my . 

So pandai-pandai la korang hadapi serangan tu.Rakyat tak akan menolong hatta menyokong korang,sebab kami sendiri ditindas.Lepas ni rasanya mula la Dato' sana sini duk tawarkan hadiah kepada sapa yg berjaya halang serangan hackers tu.hahaha.. nampak tak betapa lemahnya kita ni ?? Mungkin ada yg dijanjikan pangkat Dato jika dapat halang hackers tu.

Dan nampaknya kumpulan-kumpulan hackers dari Malaysia sendiri pun dah mula mengorak langkah dengan menyokong tindakan hackers anonymous tu.Diorang sendiri dah mula hack laman-laman web kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan beberapa laman web IPTA dan IPTS.

Ya,mungkin ada yang menganggap tindakan ini seperti kurang ajar atau biadap dan satu jenayah.Tapi tidak terfikirkah korang,KERAjaan juga dah kurang ajar dengan menghalang akses rakyat terhadap internet ? Kita bayar bukan sedikit untu bil internet, sekurang-kurangnya rm38 ke atas.Kalau yang pakai P1 4G tu,Yes 4G ke,Unifi ke,dah cecah ratus-ratus,takkan la nak ngadap laman web www.1malaysia.com.my je kot.

Korang bebas membuat pendapat sendiri , tapi aku tetap dengan pendirian aku,KERAjaan patut diajar bagaimana menghormati hak rakyat.Sekian Assalam.

p/s - sepatutnya diorang block laman web lucah,bukannya laman web file sharing.biasa la tu,kalau diorang block,camne diorang nak download kan video klip 18sx tu kan ?