Friday, March 9, 2012

Bila Kena Kat Diri Sendiri, Baru Nak Menggelupur !!

Assalamualaikum wbt.. 



Kabare ? Wes mangan ? Wahaha.mende la aku merepek ni.Weh rindu la kat korang wahai pembaca-pembaca blogku yg setia *tu pun kalau ada pembaca* 

Sori la lame tak update, aku amat kebizian terlampau akibat tekanan hiperaktif daripada sahabat-sahabat baru aku bernama assignment.Hehe..so hope sume faham lah ye.Bukan sengaja tak nak update, walaupun kekadang  tu mmg malas pun.hoho

So berkenaan tajuk kita hari ni, nampak cam sengal sket kan ? Eh , tak sengal pun ?? Ah lantaklah..bagi aku tajuk ni sengal..wakakaka..

Korang marah tak kalau ade kawan-kawan perli atau mengata korang ??


Sape jawab tidak, aku nak bagi tiket percuma 5tahun 4bulan di hospital sakit jiwa bertaraf 5 bintang.Hehe..konfirm la jawapannya adalah YA.Sebab sape la manusia waras nak buat rileks je kalau diperli atau diejek kan?


Tapi kan, sebelum korang nak marah-marah tak tentu pasal bila diperli atau diejek ni, korang cuba flash back balik sikap korang.Adakah korang pun perangai macam tu je ? Suka memerli atau mengejek, atau dalam bahasa kurang femesnye, "membahan" ??

Kalau korang pun jenis kaki bahan orang jugak, so tak payah nak melenting sangat la bila ada kawan lain bahan korang.Sedar la diri tu sket.Ko bahan orang boleh, orang bahan ko balik tak bleh plak.Ramai je manusia macam ni zaman sekarang, rasanya zaman dulu pun dah ramai makhluk macam ni.

Kalau dah sedar diri tu tak suka dibahan atau diejek, so bawak-bawak la bertaubat.Korang dulu kene stop membahan atau mengejek kengkawan, barulah diorang akan stop bahan korang balik.Manusia ni sifat semulajadinya suka membalas.Bukan setakat manusia, setiap apa pun dalam dunia ni terikat dgn hukum action-reaction, macam prinsip Le Chatelier dalam Chemistry tu plak la kan.heheh..

So, nasihat aku, korang muhasabah la diri tu dulu sebelum nak melenting tak tentu pasal.Sebab banyak benda boleh berlaku kalau korang suka melenting bila diejek atau dibahan, dalam masa yg sama korang pun suka membahan org.Antaranya mungkin korang akan kehilangan ramai kawan, akibat dicop sebagai 'anak manja' .. Kena bahan sket, dah nak terjun bangunan la, ape la..hehe.. The worst yg bleh jadi pun, mungkin korang plak kene penampo je.Sebab melenting tak tentu pasal.

So beringatlah ye wahai kawan-kawanku.Kalau tak suka diri sendiri dibahan atau diejek, korang dulu kene stop membahan orang.Barulah hidup ni aman sentosa dan barulah korang boleh hidup happily ever after (ayat dalam tale story)..hehe

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D