Sunday, August 12, 2012

[IFTAR] Iftar Perdana with Geng BCR !!!!

Assalamualaikum wbt.. 

Aku tau ramai geng BCR sedang tunggu sape-sape update pasal gath kan ?? Actually aku malas plak rasanya nak update, tp seperti biasa, kata2 hikmat dari Farhan AJ *habis ko sape =='' , "ini tanggungjawab seorang blogger",maka aku pun 'la budda' (tidak dapat tidak) kena la jgak update pasal gath kitorang yg mmg gempak lagikan stylo yg berlaku semalam hari *ayat serupa hindu.

Selepas dah kepenatan satu hari bermoto ke Kuala Selangor utk berbuka bersama geng Android pada hari Jumaat lepas, kelmarin aku meluangkan pula masa aku sehari untuk beriftar dan bergathering bersama geng Bloggers Chat Room (BCR) di Berjaya Time Square.Ni nak kene citer dari awal ke ni ??

ceritasekupang(admin) : ko citer dari A sampai Z !! :ape

Ops, baik bos.hehe..menurut tentatif gathering yg dikeluarkan, semua ahli kene berkumpul di bowl lane Time Square tepat jam 3.00 petang hingga 3.30. Pukul 2.30, aku masih terguling-guling atas katil, tengah fikir, "nak join ke tak, nak join ke tak" berulang-ulang kali.Si Aniqhaikal ni duk sms aku banyak kali dah, tanye aku join ke tak..Adeh..

Duit dah la nipis dah, ujung-ujung sem ni.Tapi memikirkan betapa BCR banyak berjasa kepada aku dalam membentuk aku menjadi seorang blogger yg berketerampilan, maka aku putuskan untuk join.

Pukul 3.15, aku baru nak kuar UIA, dah fikir lambat sangat.Macam biasa, park moto kat LRT Gombak, naik LRT ke KL Sentral.Sampai di sana, aku nak ke Monorail dah, tiba-tiba kedengaran nama aku dipanggil dari jauh :

Unknown : Farhan! 

Aku menoleh, kelihatanlah beberapa gadis-gadis sedang memerhati ke arah aku.Oh my, sape plak dah ni.hahahaha..Tengok muke macam GadisTerbilang, tapi baru je dia cakap kat chatroom tadi kate dia tak join.Bila aku buat muke blur, diorang panggil lagi :

Unknown : Farhan AJ !

Sah !! Ni geng BCR !! Hahahaha..mmg hampeh aku ni kan ? Tu la, sapa suruh tak masuk BCR lame sangat.Habis tak kenal member-member.Tambahan pulak aku ni sejak dalam perut lagi pemalu dengan perempuan.So kepada bunga-bunga dari BCR sekalian, harap ampun dipinta.Time kat Time Square barulah aku tau yg tegur aku tadi tu Rainys, yg selalu duk bergurau dengan aku dalam chatroom.Laaa...renis upenye.Mane la aku tau, tak pernah jumpa pun.hahaha..

Diorang cakap Monorail rosak, so kena naik LRT laluan Ampang ke Lrt Hang Tuah, dari sana kene jalan kaki ke Time Square.Fuh, nasib baik diorang nampak aku, kalau tak dah gi ke stesen monorail sana, buat penat je kaki berjalan.Kesian diorang la, dah jalan gi sana dah, kene patah balik ke Kl Sentral pulak..hehe..sabo ye.

Kat situ ramai dah berkumpul, ceritasekupang (admin) dan red (admin), bluezack, alepridz, Pejuang Cynta, rainys, snowtaratatia, ieeza, fieena, nana, dan yg lain.Kitorang semua naik LRT ke Hang Tuah.Sesampai di sana,kene jalan kaki pulak dah ke Time Square.Dah la puasa bhai, memang menguji keimanan betul la kan.Tak pe, eksesais la sikit kan.Perut tu bukan semakin kempis pun duduk melepak je dalam bilik lawan bergusti dengan kucing.Kene keluar jugak sekali sekala.

Sesampai di sana, berjumpalah kitorang dengan ramai lagi ahli BCR yg lain, aniqhaikal yg spamming sms aku tadi, suffer8zine, farid, wan, feeza macho, naim, dan ramai lagi.Pergh..ramai pulak yg join kali ni, ada hadiah tersembunyi ke ?? haha..Kalau diikutkan plan, nak main archery dengan bowling dulu sebelum berbuka di Kenny Rogers.Tapi sebab lambat sikit disebabkan monorail rosak dan beberapa sebab lain, jadual kitorang berubah sikit.

Lepas solat asar, kitorang gi Kenny Rogers dulu untuk menempah meja dan makanan.Agak lama jugak di situ, sebab bukan senang nak set makanan untuk 21 orang.Makanan diorang pulak macam-macam nama, berbelit lidah aku nak mengeja *saye makan nasi ayam je selalu ==''

Dah habis solat, kitorang gerak ke Bowling dulu.Hahha.. aku datang gath untung ni je.Bowling!! Lame dah tak main.Tapi bayangkan lah, nak main bowling dengan 15 orang, ada 2 lane je available, memang agak sakit lah kan.Tapi takpe, kite sumbat jugak bagi muat 15 orang dalam 2 lane.Lagi 6 org jadi spectator je.Aniq dengan Alep boleh pulak menghilangkan diri gi shopping.

Dah lama tak main ni, tangan agak berkarat la.Nak strike pun susah.Si Pejuang Cynta leading dari awal.Hampeh tol, tapi semua main just 4 fun je,nak serius-serius gi masuk tournament la kan.hehe..Dalam duk cakap macam tu pun, aku main serius jugak la.Aku tak pandai nak main-main.haha..

Disebabkan jadual yg agak kelambatan, main 2 lane dgn 15 orang, so kitorang terlambat untuk berbuka di Kenny Rogers.So beli je la air mineral n kurma kat kaunter makanan kat bowl tu, berbuka ramai-ramai.Buat alas perut je dulu.Sambil main tu, boleh la bergambar sekeping dua.Last sekali, aku dapat 2nd place je.Farid ni tetiber plak jadi terer..haha..padan muka Pejuang Cynta dapat 3rd place je.Muahahahhaa..

Habis main, gi solat maghrib dulu.Surau Time Square ramai bhai, tapi dari satu segi, aku bersyukur la sebab ramai lagi taat menunaikan solat.Dah habis solat, barulah bertolak ke Kenny Rogers.Ohmai, memang aku tak pernah la makan ayam sedap-sedap macam ni.Habis mewah pun KFC , McD, Pizza Hut, atau kat Popeye je.Ada 2 meja panjang ditempah khas untuk kitorang je, ape lagi, makan buat macam rumah sendiri lah.hahahaha..

Sambil-sambil makan tu, aku ambil peluang jugak la berkenal-kenalan dengan ahli-ahli BCR baru yang aku tak sempat kenal dalam chatroom.Ok what, datang iftar sambil merapatkan silaturrahim.

Habis makan, terus kitorang ke Archery yg terletak bersebelahan bowling center tadi.Ha, kat sini part paling sedih sepanjang gathering kali ni, at least buat aku la.Diorang sumer dah beli kupon archery tu.So dengan harga murah, bleh dapat banyak arrow.Aku hari tu last minute decision sikit, so tak sempat.Nak beli yg harga biasa pun, tak berbaloi.Rm10 just untuk 12 arrow je.Yang guna kupon, rm15 dapat 78 arrows.Nampak tak perbezaannya di situ ? Duit dah la mmg nipis dah.So jadi tukang melihat je la sambil kesedihan.

Nasib baik Wan ada, teman aku sembang-sembang.Dia pun malas nak main.Seronok pulak tgok bebudak ni main arrow.Rasanya semua new lagi dengan archery, so macam-macam gelagat ade.Tapi takde la yg terpanah anak orang.hahahaha..

Selepas habis main archery, tibalah masa sesi berfotogedik, yang pasti tak segedik Gadis Sore eye 5 days MC la...hhahahaha.. habis je sesi bergambar, sesi resolusi.Aku cuma memberi komen pasal permainan masa je la.Kalau masa digunakan sebetulnya, maybe kitorang sempat tengok movie lagi semalam.Ewah-ewah, demand giler ko ye..hahaha

Lepas tu, masing-masing mengambil haluan pulang ke rumah.Yang balik satu jalan tu, gerak sekali la.Monorail dah ok , tp ramai giler duk tunggu.So kitorang ambil jalan yg sama la seperti datang tadi,Jalan kaki ke LRT Hang Tuah, dari situ balik ke LRt Gombak.Aku balik sekali dgn kak snowtaratatia, sbb dia UIA gOmbak jugak.Dalam LRT tu sempat la berbual dengan dia banyak sikit.Sebelum ni tak cakap sangat pun..hehe

Sampai je kat LRT Gombak, aku pun dah penat, terus pecut balik UIA.Sampai UIA dalam kul 11.45 malam, terus rebah atas katil, tido dengan kucing yg dah kelaparan.

Overall, gathering BCR semakin lama semakin menarik.Bilangan yg join pun semakin ramai.InsyaAllah ada lagi rezeki,kita ketemu lagi.Best kot lepak dengan korang, boleh release tension, sebab final aku Rabu ni je.Start hari ni, mmg bizi study la aku,exam Calculus I rabu petang.Khamis petang aku balik Kedah.Kepada admin-admin BCR, thanks sbb organize gath kali ni dan thanks jgak kepada semua ahli BCR yg hadir semalam.Love u All !! :D

Ni gambar yg ada kat aku, plus gambar-gambar dari DSLR admin-admin kita :D













































































































 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D