Sunday, March 18, 2012

Dengan Perut Sendiri Pun Nak Berkira ???

Assalamualaikum wbt.. 



Kaifahulukum ?? Hopefully semua bikhair la kan.. tak tau maksud ?? Bukak kamus..hehe

Tengah sengkek-sengkek ni kan, tergerak la perut yg lapar ni nak menaip something yg ada kaitan dgn perut dan sengkek.Hehe..Perkara ni dah lama aku usha2, buat survey-survey kat member-member, buat kajian lapangan dan segala bagai yg mungkin, dan sudah terbukti, mmg ianya satu fakta yg sah. *mende la aku merepek ni*

Korang penah tak come across member-member yg asyik merungut tak de duit nak makan ?? Bukan yg sekali dua tu, ni yg boleh kate tiap2 hari merungut sedemikian.Padahal, selama korang kenal member tu, dia bukanlah datang dari keluarga yg susah, kaya pun tidak, maybe sederhana la kan.Tapi apsal boleh takde duit nak makan plak kan ?? Pelik bin ajaib ni..

Maka, untuk mendapatkan kepastian , bagaimanakah hal ini boleh berlaku, kita kena buat satu kajian bagi membuktikan hipotesis yg telah kita buat.

Korang kene perhatikan, dia ni selalu berbelanja untuk keperluan yg mana satu..

Tapi setakat yg aku perhatikan la, kebanyakkannya orang yg jadi macam ni, bukan sebab takde duit, bukan.Mak bapak dia bagi duit dah cukup untuk makan, tapi dia yg tak makan.Guna duit tu beli benda lain atau ke arah yg lain, yg tak berapa nak penting.Contohnya lepak main game kat CC.

Cube korang flashback balik time mak bapak korang bagi duit belanja tu, ade tak diorang cakap macam ni ??

"Ni anak mak, duit mak bagi rm500 ni, 200 buat belanja makan, yang 300 lagi tu buat belanja main game kat CC"

Haha.. ader tak diorang cakap macam tu ???

Kalau ade, so aku tak boleh kate ape-ape la.Maybe korang dah terlebih loaded.Dan kalau korang mmg loaded, so tak sepatutnya wujud masalah takde duit nak makan ni.

Tapi ni yg tak berapa nak loaded ni, still nak habiskan duit ke arah lain.Time makan, alahai, ambil nasi seciput, telur pun separuh, pastu letak sayur sket, ok cukup.Macam tu je ?? Korang dah menzalimi perut korang sendiri.

Prinsip hidup aku, tak de duit nak beli barang yg kita nak, still ok lagi, jangan takde duit nak makan je.Aku kalau bab makan, aku tak akan berkira dgn perut aku sendiri.Aku bagi je dia makan ape yg aku nak, sebab duit mak aku bagi tu mmg firstly untuk makan.

Tapi manusia-manusia yg kedekut dgn perut diorang ni, sanggup makan benda ciput tu semata-mata nak save duit ke arah yg lain.Korang bayangkan, hujung minggu je, gi lepak CC, berkampung ramai-ramai dalam  CC tu, main sampai seharian.Berapa RM dah habis ?? Takde 2-3 ringgitnye..paling2 tidak pun RM10..RM10 tu, aku nak bagitau korang, cukup untuk 2x makan aku dalam sehari.

Dan kebanyakkan yg selalu bising-bising pasal harga makanan mahal tu, majoritinya dari geng yg ni lah.Yang suka habiskan duit ke arah lain, and then bila takde duit nak makan, sibuk nak bising cakap makanan mahal lah, ape lah.Aku akui, memang kadang-kadang ada makanan yg tak logik sikit harganya.Yang tu tak pe la nak bising pun, ni dah letak lauk-lauk sikit, kene RM3.80 , terus nak bising.

Bagi aku RM3.80 tu still ok la even aku pun bukanlah dari keluarga yg loaded, sederhana je, adik beradik pun 8 orang.Nak bising pehal.Kalau korang letak ayam seketul, telur sebijik, sayur, then letak kuah sket, kene RM5 ke, RM 6 ke, logik la kalau korang nak bising pun.

So ingatlah wahai kawan-kawan, duit yg korang dapat dari mak bapak tu, firstly make sure korang ade duit yg mencukupi untuk makan dengan kenyang.Kalau ada lebih tu, simpan, atau kalau korang nak beli barang yg korang nak pun, berpada-pada.Jangan kedekut dgn perut sendiri, tu je aku nak ingatkan.Yang membolehkan korang buat kerja-kerja tu adalah badan korang, mendapat tenaga dari makanan yg korang makan.Games tak bagi korang tenaga pun.Ingat tu.

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D