Tuesday, July 26, 2011

Salahkah Untuk Menjadi Seorang Yang Fanatik ???

Assalamualaikum wbt.. 



Even aku ada paper Calculus esok, aku tetap nak update jugak entry.Maybe sebab dah naluri sebagai blogger kan, sentiasa nak berkongsi sesuatu dengan manusia dan sahabat yang lain.Hehe..

Korang fanatik tak ? * ape jenis soalan ni ? =='' *

Tidak kira lah, fanatik team bola sepak ke, fanatik citer korea ke, fanatik ape ke, yang pasti, ader tak korang terlalu obses dengan sesuatu perkara ??

Aku yakin setiap manusia ada rahsia sulit perkara yg dia terlalu ambil berat, obses, terlalu ingin tahu , atau dikenali sebagai fanatik.Bila sudah fanatik ni, macam-macam dia sanggup buat , untuk mendapatkan, untuk ambil tahu, untuk tahu perkembangan semasa, untuk melihat, dan macam-macam lagi lah.

Persoalannya di sini, tidak mengapakah menjadi seorang yg hensem fanatik ??????

Bagi aku secara peribadi, tidak ada masalah untuk kita menjadi fanatik.Korang nak fanatik dengan pasukan Mancheester United ? Korang nak fanatik dengan drama Korea ? Korang nak fanatik dengan blog ? Korang nak fanatik dengan politik ?? 

Semua tu ikut suke korang lah.CUMA SATU je yang perlu korang ingat, JANGAN MELAMPAUI BATAS.Tu je.Lagipun, kita semua umat Islam.Islam ni bersifat sederhana.Tak lebih tak kurang.Islam tidak terlalu menekan dan tidak terlalu mengabaikan umatnya dalam sesuatu perkara.Malah dalam agama lain seperti agama Buddha pun, mereka mementingkan kesederhanaan , dan percaya , bahawa, kesederhanaan atau 'middle way' adalah cara untuk mencapai ketenangan jiwa atau wisdom.

Aku pun fanatik jugak.Aku terlalu fanatik dengan semua yg berwarna hijau - kecuali sayur =='' .Kalau bleh semua barang aku, aku nak jadi kaler hijau.Jam tangan , handphone, baju, seluar, keychain, dompet, kasut, sweater, jersi, semua dah kaler hijau.Dari sekolah menengah , sampai ke Universiti pun, semua kenal sikap aku yg amat fanatik dengan warna hijau.Sehingga serban dan baju melayu pun aku kaler hijau.Hihihi...

Ni baru sikit.. tu pun ada dua nset kawan aku yg aku berjaya
 hasut supaya bertukar ke warna hijau jugak..hahahaha


Cuma, aku takde nak fanatik sangat sampai nak beli benda yg mahal semata-mata nak benda tu kaler hijau.Aku tak kan bazirkan duit semata-mata nak fanatik aku tu tercapai.Sama la macam fanatik lain.Kalau fanatik citer Korea pun misalnya, jangan la sampai tak tidur.Nanti badan penat.Malas nak gi kelas, malas nak study, badan tak sihat.Dan macam-macam lagi kesan buruk akan berlaku.Semua sebab fanatik yg melampaui batas.

So, akhir kata, tak salah jadi fanatik, yang salah tu kalau dah melampau, bagi je penampo sebijik kat dahi tu..hahaha.. 

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D