Wednesday, July 20, 2011

Buat Satu Entry Je, Pastu Tak Payah Update Seminggu !!

Assalamualaikum wbt..

Waa..macam pelik je tajuk entry kat atas tu kan..Sebenarnya..dulu.. bila aku masuk blog-blog otai, aku cam jeles jugak la..Entry last diorang tu, ntah dah berapa minggu yg lepas dah..Tapi tengok online visitor stil maintain, malah lebih banyak dari aku.So aku tertanya-tanya la camne leh jadi macam tu kan ? Jarang update tapi visitor maintain ??

Salah satu kemungkinan adalah maybe diorang guna iFrame.. Tapi aku tak nak la tuduh sesaper..Masing-masing ada otak kan..Guna la sebaiknya..Apa guna online visitor beriban-riban tapi semuanya tu palsu semata-mata kan ?? Korang menipu diri sendiri dan orang lain.

Tapi, ada satu lagi kemungkinan yg positif, di mana dapat membuatkan online visitor blog kita sentiasa maintain..Iaitu dengan memperbanyakkan entry-entry yg berkualiti.

Apakah entry yg berkualiti itu ??

1) Entry yg still informatif sepanjang masa.Contohnya entry genre 'How To' macam entry cara-cara meningkatkan follower ke, tutorial nak buat banner ke, dan sebagainya..Entry yg macam ni, sentiasa ada orang yang inginkan dan diorang akan search.Ianya tak terhad kepada masa-masa tertentu berbanding entry berbentuk berita dan informasi semasa.

2) Entry yang menggunakan bahasa dan format yg betul dan piawai.Maksudnya entry tu seolah-olah satu karangan atau panduan yg sistematik.Tidak dipengaruhi dengan bahasa-bahasa pasar atau bahasa - bahasa bualan harian.Dan tidak dipengaruhi dengan kaler-kaler font yg berwarna-warni sehingga menyakitkan mata yg membaca.

3) Entry yang mempunyai 'aura' .Apabila orang baca entry ni, diorang akan rasa something like 'power' dari entry tu.Olahan bahasa yg menarik ditambah dengan penyusunan ayat yg sekata, dan mempunyai satu nada dalam entry tu, mampu membuatkan pembaca berasa kagum dan teruja untuk baca  berulang kali dan menyebarkan kepada rakan mereka yg lain.Contohnya entry berbentuk nasihat dan teguran yg tegas dan mempunyai nada sinis.

Pendek kata, entry yg berkualiti ni, relevan sepanjang masa dan menarik minat.Dengan memperbanyakkan entry berkualiti, korang tak perlu memerah otak untuk update setiap hari blog tu.Memadai dengan sekadar mempromotekan entry-entry yg latest sahaja.Kerana entry-entry yg berkualiti ini akan 'menampung' trafik korang untuk satu jangkamasa yg agak lama.

So kepada yg agak terhad masa dan komitmen terhadap blog tu, korang perlukan entry sebegini.Satu entry yg berkualiti dan mampu menyamai beberapa entry lain yg kurang berkualiti.Sepanjang aku berblog, ada satu je entry yg mana aku publish dah 3 bulan, tapi sampai sekarang, tiap-tiap hari ada saja orang yg baca entry tu...korang tengok kat bawah ni..



Entry tu tak de la berkualiti sangat pun, aku marah-marah je..Tapi ntah kenapa...Tiap2 hari ada je orang masuk baca...Sampai mengalahkan entry yg latest plak..So , hope korang dapat memperbaiki mutu penulisan entry, supaya tak payah nak perah otak cari idea nak update tiap2 hari...Sekian Assalam..