Friday, July 8, 2011

Bingung - Nak Ubah Ke Tak Ea ??

Assalamualaikum wbt..



OK,aku memutuskan untuk kembali aktif dalam dunia blogging..Walaupun masalah flag spam blog aku kat facebook masih belum selesai , thanks kepada sape yg busuk hati gi report abuse blog aku neh, tapi aku stil tak kan ngaku kalah atas sebab yg bodoh tu.Benda remeh tahap kuman tu tak kan bagi kesan terhadap semangat blogging aku.

Cuma, setelah 2 minggu , hanya mengadap je blog aku ni tanpa bersemangat nak update atau aktif balik, so aku berkira-kira untuk menukar header blog aku neh.Walaupun header ni dah jadi nostalgia sebab ini la header yg paling lama aku pakai, memandangkan header-header time aku budak-budak hingusan dalam blog dulu semuanya bertahan tak sampai 2-3 hari, tapi aku rasa, aku harus tukarkannya sekali lagi.

Tapi,macam sayang la plak nak tukar.Yela , saban hari , ada je yg masuk and puji header kat atas nuh.So, rasa cam rugi lak kalau aku tukar,walaupun aku sendiri dah naik muak mengadap header besar gedabak tu.

SO,walaupun aku ni bukanlah banyak reader mahupun peminat, tapi aku nak jugak bertanya kepada korang, apa pendapat korang berkenaan header blog aku ni.Patut ditukarkan atau biarkan saja yg lama ??

Aku AMAT memerlukan pendapat korang, sebab pembaca iaitu korang yang menentukan jatuh bangun aku dalam dunia blog ni.So, hope korang dapat bagi pandangan masing-masing.Thanks :D

Sekian Assalamualaikum.