Monday, June 6, 2011

Publisiti Murahan Untuk Nak Jadi Femes

Assalamualaikum wbt..



Korang perasan tak, sejak kebelakangan ni banyak je isu hangat-hangat berlaku , dan akibat isu hangat-hangat tu,seluruh 'blogosphere' *istilah mane tah aku plagiat  =='' * pun jadi hangat jugak.Kejap isu makcik hajjah tu,kejap isu budak 14 tahun mengaku tak de dara,kejap isu sabit,eh,Gambit Saifullah buat video lucah,kejap isu tiz zaqyah kene fire,dan macam-macam lagi lah.

Korang rasa tak ape yang aku rasa ? Korang fikir tak ape yg aku fikir ?

Tak ? Kesian... Ya ? Bagus :D

Aku taknak salahkan blogger-blogger yang menghangatkan isu tu,sebab zaman sekarang ni media massa dan media elektronik sendiri pun dah banyak tak boleh dipercayai,so menjadi tanggungjawab blogger nak sebarkan ape yang benar dan ape yg salah.

Cuma berkenaan isu-isu tersebut,aku rasa macam dah naik jemu.Yelah,kronologinya macam same je kan.Sorang tu buat hal,orang ramai (blogger am nya) tegur dia,nasihat dia,atau update entry pasal dia, jadi kecoh,dia plak marah-marah,maki-maki,dan akhirnya semua lawan maki,dan ada pihak yang tuduh - menuduh.

Satu benda je yang sama berkenaan semua isu ni.Ya... betul.. SUBJEK telah menjadi famous !!! ,tidak kira femes dalam kemuliaan atau femes dalam kehinaan,pokok pangkalnya,dia telah berjaya jadi femes.Kalau bukan disebabkan itu,korang rasa kalau diorang ni tak buat hal,adakah korang akan kenal makcik hajjah sesat tu ? Adakah korang akan kenal Dinda Milano mengaku tak de dara tu ? Adakah korang akan kenal Gambit Saifullah video lucah tu ? Sure korang tak kan kenal.

Semuanya aku yakin,atas dasar nak femes.Mungkin la ada niat lain yang bersampingan menyebabkan diorang buat macam tu.Tapi faktor dominannya tak lain dan tak bukan adalah NAK FEMES.

Tu je pun.Bukan ade perkara lain Manusia zaman sekarang ni nak.Femes,wang,harta,perempuan atau lelaki yg cun/nsem.Tujuan asal diciptakan sebagai Manusia iaitu untuk menjadi khalifah di muka Bumi dan beibadah kepada Allah SWT dah lama dilupakan.

Itulah Manusia.Aku cukup jijik dengan strategi kotor untuk jadi femes ni.Please la.. U make me sick.

Sekian Assalam.