Saturday, June 18, 2011

Nak Jadi Blogger Sejati ? Jadilah Diri Anda Terlebih Dahulu !!

Assalamualaikum wbt..



Kali ni aku nak bincangkan tentang prinsip kita sebagai blogger.Cuba korang roll back balik ketika mana awal-awal korang bukak blog dulu, apa jenis entry yg korang tulis ea ?? Blog jenis ape yg korang mahukan ? Dan adakah genre blog korang pernah berubah sejak korang mula berblogging ??

Tak dapat tangkap lagi ea apa yg aku cuba sampaikan ??

PRINSIP SEORANG BLOGGER

Salah satu yg aku cukup pantang dalam blogging adalah meniru orang lain.Bukan meniru entry.Meniru entry tu aku tak nak cakap lagi kali ni walaupun ianya salah satu jenayah jugak.Aku nak cakap pasal meniru genre atau meniru personaliti blogger yang lain.

Korang sedar tak , sekarang ni ramai blogger dah lupa apa tujuan berblogging yg asal.Asalnya dulu dia nak tulis pasal diri sendiri lah ,kisah hidup dia (tak termasuk PERIBADI ye) lah, dia nak update pasal risalah-risalah agama lah, dan macam-macam.

TAPI,setelah entry atau blog diorang tak dapat sambutan,maka diorang mula mencari jalan nak femeskan blog diorang.Maka terjumpalah diorang dengan personaliti-personaliti blogger tahap artis ni.So disebabkan nak femes jugak macam artis-artis blogger ni,diorang pun tiru sebijik-sebijik apa yg blogger tu buat.

So prinsip dan niat dan tujuan asal diorang blogging tu dah lari dari landasan yg asalnya.Semuanya berubah kerana - ingin femes.

Blogger tu buat segmen,korang nak buat segmen,blogger tu buat entry pasal isu-isu semasa,korang pun tiru jugak,blogger tu upload gambar-gambar unik,korang pun nak buat jugak.Last sekali,habis caca merba blog korang.Dah tiada keaslian atau personaliti yg tersendiri akibat meniru orang lain.

So di mana prinsip blogger korang ??? Kenapa harus meniru orang lain semata-mata nak dikenali atau maybe bahasa kasarnya "gila trafik" ??

Jadilah diri sendiri.Korang berblogging kerana apa ? Nak luah pendapat ? So luahkan pendapat.Nak share berita ? Share la berita.Tak payah nak tiru orang lain.Biarkan masing-masing ada prinsip dan genre masing-masing.

Selalunya newbie la jadi macam ni.Dia tengok blogger tu jadi femes bila buat gosip,dia pun nak buat gosip,habis ditiru segalanya.Baik tak payah jadi blogger kalau macam tu.

Jadi blogger ni,ianya lebih kepada kepuasan.PASSION.Kita puas dapat jadi diri sendiri dalam dunia blogging.Tak payah jadi hamba kepada blogger mana-mana pun.Biarkan mereka dengan prinsip mereka,kita dengan prinsip kita.

Aku tak kata korang tak boleh menimba ilmu dari blogger lain yg lebih arif.Malah aku galakkan korang rajin bertanya blogger lain bagaimana ingin meningkatkan prestasi blog korang.Yang aku highlight kan di sini adalah apabila korang ingin menjadi orang lain.Ingin meniru personaliti atau genre blog orang lain.Itu jadi masalah.

Korang rasa puas ke kalau blog korang femes,tapi idea asal sume korang ciplak dari blogger lain.Lain orang lain pendapat kan ? Tapi bagi aku, buat macam tu , amat-amat tak elok dan tiada prinsip sendiri.Aku lebih rela tak jadi blogger kalau terpaksa jadi hamba blogger lain untuk nak femes.Nak kena tiru dia segalanya.

Apakah aku tak boleh buat yg lebih baik daripada beliau ? Sudah tentu boleh.Dia manusia,aku manusia,dia ada otak,aku ada otak,yg membezakan hanya rajin dan malas je.

So kesimpulannya,hentikanlah memuja-muja blogger lain dan meniru diorang.Be your REALSELF NOT IDEALSELF.Idealself tu adalah apabila korang nak jadi seorang yg ideal,maka korang lupakan diri korang yg sebenar iaitu realself.

Sekian Assalamualaikum :D