Tuesday, June 28, 2011

Dah Jadi Otai@Femes , Jangan Lupa Asal - Usul !!

Assalamualaikum wbt..

Ok, firstly , aku bukan nak cakap aku dah jadi otai, jauh sekali la dah jadi femes.Merepek je semua tu.Aku just nak ingatkan kepada semua kawan-kawan blogger yg amat aku sayangi, termasuk silent reader dan loyal reader blog aku, tentang satu nasihat dan peringatan.

DAH JADI BLOGGER OTAI/FEMES/PRO, JANGAN LUPA ASAL-USUL !!

Ops, ni bukan entry nak marah-marah, jauh sekali nak tengking-tengking.Aku tengah demam panas, tak de energy nak marah-marah.Nanti dah mampus sembuh, siap korang. * miahahahaha :D *

Ada orang tanya, aku pulak berasal dari mana di dunia blogosphere ni ??

Ya, seperti mana blogger-blogger lain, aku juga punya medan sebagai "batu loncatan" untuk mengharungi dunia blogger ini.Di sini aku mendapat dan mempelajari semua ilmu-ilmu berkaitan blogger ni.

Di mana ??

Di Bloggers Chat Room atau lebih dikenali sebagai BCR.




Ya, aku tau, ada berjuta-juta group blogger, chatroom blogger, forum blogger, dan pelbagai lagi kat Malaysia ni.Aku tak nafikan semua tu.Cuma, BAGI AKU, BCR ni lain dari yg lain.Sumpah ini bukan entry nak bodek admin-admin kat BCR sana tu.

Di BCR, mana ada sape yg mencarut-carut macam chatroom lain.Kami kat sini seolah-olah satu family.Ya, satu family.Saling membantu antara satu sama lain.BCR ni bukan tempat blogger otai, bukan tempat blogger newbie, bukan tempat blogger femes, tetapi BCR adalah tempat SEMUA blogger dari pelbagai kategori untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu blogging.


Bukan tu sahaja, kat BCR ni jugak, macam-macam jenis masalah dibincangkan di sini, sehinggalah masalah peribadi dan juga masalah serius.Semua ahli BCR akan melontarkan buah-buah fikiran yg bernas bagi menyelesaikan masalah yg timbul.

Aku wujud di dunia blogosphere ni, melalui BCR.Aku tak nafikan yg aku sudah berblogging sejak tahun 2008, tapi ketika penghujung 2010 barulah aku mula serius dalam dunia blogging ni, dan medan tempat aku mengumpulkan ilmu blogger, adalah di BCR ini.Seawal aku masuk di sini, tak pernah sekali pun diorang buat aku macam newbie ke, budak hingusan ke, malah diorang layan aku dengan baik,dan mengajar aku apa yg aku stil tak tahu pasal blog ni.

Sesimple ilmu seperti grafik dan penghasilan entry yg baik, sehinggalah ilmu yg advance seperti SEO,web hosting, domain, HTML Script,Java Script, hacking, semuanya dibincangkan di BCR.Aku dah sayang sangat-sangat kat BCR ni.Cuma, sejak akhir-akhir ni aku jarang boleh lepak kat sana, sebab aku dah masuk semester baru dan aku semakin sibuk.

InsyaAllah, time cuti nanti, aku akan luangkan masa di sana kembali, seperti dulu.Kepada sesiapa yg berminat nak join BCR ni, korang bleh klik pautan di bawah dan daftarkan nama di sana.Setelah admin BCR approve pendaftaran korang, korang bleh la menjadi ahli keluarga BCR seperti aku.

http://www.bcroom.net/

Dan ini janji aku buat BCR, sejauh mana pun aku menapak dalam dunia blogger ni, setinggi mana pun pencapaian aku , dan sampai bila-bila pun, aku tak akan lupa , bahawa aku 'lahir' dari BCR.Kepada blogger yg dah otai dan femes tu, korang tolong jangan lupa mana asal-usul korang.Sentiasa la bertegur sapa dengan orang lain.Korang otai takat mana pun, nanti masuk tanah jugak,sama macam orang lain jugak.

Buat korang yg nak kenal BCR dan ahli-ahlinya, bleh layan video klip ni yg dihasilkan oleh ahli BCR jugak, merangkap DJ , iaitu Misz Nadea .Sekian Assalamualaikum :D