Assalamualaikum musuh sahabat dunia akhiratku sekalian..
Ketahuilah kalian bahawa sedangkala aku menaip entry ini,seluruh anggota2 badan meronta2 minta dipukul direhatkan,penat kerana baru balik dari mini gathering bersama ahli2 Kami Blogger Utagha..kisahnya seperti berikut :
Segalanya berlaku begitu pantas..
Tengahari tadi,setelah balik dari berfoya2 meneman mak aku membeli barang2 mainan keperluan dapur,seperti biasa,aku mengadap laptop kesayangan aku sambil mengusha awek facebook kesayanganku dan blog beserta BCR kesayanganku jugak *semua ko nak sayang* ..tiba2 kelihatan notification mengatakan Kak Shida telah mengetag nama aku pada salah satu komen di group Kami Blogger Utagha *ayat skema xleh blah XD* ... lantas aku pun check la,ape la yg kak shida tag nama aku neh..rupanya petang ni ade parti mini gath dekat Taman Tasik Darulaman,kol 6 ptg..disebabkan rumah banglo aku hanya sekangkang kera saja dari tempat tu,so kak shida ajak aku join..wahh..seperti orang mengantuk disorong papan tarik papan,aku setuju..sebb aku pun bosan gak duk umah :D
So seawal pukul 5.30 petang aku sudah tertido terpacak di halaman Taman Tasik Darulaman yang femes ni..fuh..semangat lak aku petang neh,padahal duk segan2 lagi nak jumpa depa satgi neh..aku kenai kak shida ja..yg lain aku x jumpa lagi time gath kat Aneka baru2 ni..
Aku jalan2 dulu la,sambil menantikan kedatangan depa neh..adoi..lambat la plak..dan akhirnya aku menerima hukuman panggilan dari kak shida,mengatakan depa dah sampai..aku nampak depa dari jauh..so aku pun p la kat depa dan berkenalan dgn Adam dan Mikro,dan juga kawan2 yg lain..
Lepas dah suai kenal serba sket,sambil duk bergusti melawak x habis2,kami g kat kaunter pertanyaan bot tu n beli tiket untuk 7 orang...aku dgn adam naik bot kayuh dua,mikro kak shida n tatia,naik satu bot,manakala kak Munet dan Fharhana naik kayak..wa..semangat lak depa nak naik kayak ni..so kami pun memulakan ekspedisi menawan Tasik darulaman..wakakakka..so biarlah gambar2 ni je menjadi pembual bicara...
Baru ja sampai..
Kak shida kata dia nak berenang.. x macho naik kayak katanya..haha..abaikan2
Menjelaskan post "ngantuk...ngantuk...ngantuk...." di KBU petang tadi :D
Mikro dengan pose istimewa
Mikro ! Adam ! Bergabung ! Meletup ! hahahha
Masing2 Dengan Pose Istimewa
Depa ni dari tadi asyik langgaq tebing XD
Ralit pose x sedaq bot nak langgaq tebing tu XD
Kami berdua terkandas awal..parking tu..
Bot lanun berjaya ditangkap XD
Berjaya menculik dayung kak munet untuk dijadikan titi
Tu ! Tu ! Ada ikan tilapia naik bot !
Melihat matahari terbenam
Depan Mercu Tanda Taman tasik XD
Malu nk amik gambaq..tapi ada lubang plak kat celah2 jaket tu.. XD
Kak Munet
Fharhana
Tudia..depa dua mai dah...habeh la kita..hehe..
Mai nak bergambaq ja ..
"Awat hangpa mai dua ja ?",kata Mikro .
Penat diri,nak duduk la plak
Tengok sapa paling pose sakan
Lepas dah puas posing,kami pun memutuskan untuk g makan kat Mahani Johari Taman Mahsuri..tapi aku dah sampai sana,depa antaq mesej kata x jadi lak,sbb kak shida kena balik awai.hehe..so aku balik la rumah..
So inilah gath ke 2 bersama KRU KBU yg aku hadir..hope lepas ni leh join banyak lagi gath dgn depa ni...best wo..dapat kenai ramai ahli2 yg lain..kepada semua yg hadir tadi,thanks sbb ajak aku n thank sbb hadir..hangpa mmg terbaaaeekk !!
Sekian..assalam :D