Saturday, October 23, 2010

PERGINYA SEORANG INSAN YANG AMAT BERJASA

assalamualaikum...

20/10/2010

pagi tu,umi kejutkan aku n gtau yg Pak Lang ( bapa sudara aku sebelah mak ) aku masuk wad...dia jatuh pengsan kat umah tok aku...pak lang aku ni la yg duk jaga tok aku selama setahun ni...kami ni mai jenguk sat2 ja,walaupun tiap2 hari...siang dia p keja,malam dia akan mai tido umah tok aku,tolong jaga tok aku,masak,n kemas2 umah...semua ni bermula tahun lepas,malam tu,dia bermimpi allahyarham tok wan aku (suami nenek aku da..),mai jumpa dia n minta dia tlg jaga nenek aku..so,bermula dari time tu,dia start mai jaga nenek aku kat kampung,semasa ketiadaan umi...

malam sebelum tu yakni malam 19hb,dia balik umah nenek aku dari kebun getah dia kat Prik(betui tatau aku eja)...duk x duk,dia jatuh pengsan,muntah2 abeh penuh lantai umah nenek aku...nenek aku terus tepin pakndak aku n sume lah...umi n abah p antaq dia kat Hospital Jitra...so,ptg tu,aku n umi n abah g tengok dia kat wad...hurm..kesian aku tengok..nampak sgt dia tengah sakit...dia lumpuh separuh badan belah kiri...dia leh angkat kaki n tangan belah kanan ja...ada la anak dia mai sama melawat...sepupu aku la tu,,dah kawin...

21/10/2010

malam tu,aku n abah n eman p melwat paklang aku kat umah dia..dia dah discharde kul 2 ptg tadi..keadaan dia macam kat hospital semalam la..nak kata dia darah tinggi,bacaan BP dia cuma 160/78 ja...kira ok r..even yg atas tu 160...cuma,sbb dia ni,ada darah tinggi,tapi x makan ubat yg doc bagi..dia makan ubat lain yg dia bwak balik dari Mekah dulu...hurm..sedih aku tengok dia..still xleh gerakkan anggota belah kiri...ada la adik beradik dia mai duk urut..paklang aku ni bomoh urut....depa yg mai nak urut dia tu pun,dia yg ajaq...sambil duk sakit tu,dia ajaq,nak urut macam mana..punya tinggi ilmu urut dia..bila dah awal2 nak lumpuh ni,org kata,baik p mengurut,kot2 la leh sembuh..adik2 beradik dia malam tu duk bincang nak cari tukang urut la...yang agak lawak tu,bila p kat mana2 pun,hatta kampung seberang pun,bila tanya ada dak tukang urut yg leh nak mengurut ni,depa kata Musa Khamis Kampung Padang,,depa tatau yg Musa Khamis tu la yg nak kene diurut ni..paklang aku la tu..hehe..dah dia xdak,kena cari org lain la mai urut dia..

malam tu,aku n eman,tidoq umah nenek aku,dah xdak sapa nak jaga dia...umah paklang aku kat belakang umah nenek aku ja.

22/10/2010

aku n eman bangun lewat pagi tu...ada la dalam kul 11.30..padahal dalam pukul 9-10 tu,atih duk mai kejut dah aku,suh p baca yaasin kat paklang aku,dia kata paklang aku dah lemah dah....hurm..mmg bukan rezeki aku la kot...aku ngantuk sgt...sampai la bila umi mai habaq,yg paklang aku dah xdak...dah meninggal dunia..aku bangun terus..terkejut...lepas dah siap2,aku n eman p umah paklang aku...dah ramai dah org kat umah dia..hurm..mak aku kata paklang aku meninggal dunia lepas muntah darah..tapi..dia nampak p dengan aman ja..alhamdulillah lah..syukur..meninggal dunia pada hari Jumaat lak tu,,bukan senang..

dalam pukul 4 tu,depa dah mandikan dia..aku p jugak la tengok..depa kafankan dia,,aku nak p tolong sama,macam yg aku buat time allahyarham tokwan aku meninggal 3 taun dulu...tapi..ramai sgt..lagipun,dah ada pakcik2,tok2 imam yg duk tolong kafankan dah..xpe dah la..

aku n eman ikut dalam van jenazah nak bawak p masjid nak disembahyangkan..jenazah disolatkan lepas abeh azan asar...alhamdulillah...ramai yg mai nak solat...time baca doa tu,macam besa la,ada la yg mai huluq sampul berisi duit...aku teringat kata2 abang aku,x payah amik la..nanti takut berubah niat jadi x ikhlas...lagipun,yg meninggal tu bapak saudara aku..x payah la..so,aku tolak...

lepas solat asar,jenazah dibwa ke tanah perkuburan yg berhampiran..kat sinilah bersemadinya jenazah allahyarham tokwan aku,mak lang aku,tok long,n kebanyakkan saudara mara aku belah mak..so,nanti senang nak mai melawat...aku,abah n eman,tolong angkat keranda nak letak dalam liang lahad...alhamdulillah...semua berjalan dgn lancar.aku n eman tolong kambus sekali kubur tu,,dgn cangkul...saja la tolong pakcik2 tu...mmg la depa ni dibayar,,,tapi,apa salahnya tolong sikit2...lepas ni xleh tolong apa dah..sedekah doa ja...

so,dalam kul 6 tu,jenazah selamat disemadikan n ditalkinkan...

aku n abah rush balik nak beli barang2 keperluan aku untuk balik kampus esok pagi...kami balik time maghrib..aku kemas2 beg aku serba sedikit...sebab mlam ni ada majlis tahlil lak...lepas solat maghrib,kami p umah allahyarham paklang aku...lepas dah buat majlis tahlil serba sedikit,kami balik umah..fuh..penat giler..aku kena kemas beg2 lak..sok kul 11.30 pagi,aku dah naik bas balik PJ..urm.x sempat tahlil malam kedua...xpelah..buat ngan kawan2 kat sana..insyaAllah

aku masih teringat,baru 3 hari lepas aku sembang elok ja ngan allahyarham,dia masih sihat elok ja...dia suka tanya kat aku perkataan dalam bahasa inggeris,pastu dia catit atas sekeping nota..hehe...kami semua pelik awat allahyarham tiba2 minat belajaq bahasa inggeris ni,padahal usia dia dah hampir tua..dia la yg selama ni jaga nenek aku,masak kat nenek aku,n macam2...hurm..lepas ni sape plak la nak jaga nenek aku..

Alhamdulillah..allahyarham adalah seorang yg sgt baik ketika di dunia...beliau banyak membantu org2 yg datang meminta rawatan...ramai yg kenal allahyarham sebab p berubat ngan dia...hurm..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat n ditempatkan bersama para anbiya'...insyaAllah

AL-FATIHAH KEPADA allahyarham MUSA BIN KHAMIS....MENINGGAL DUNIA PADA PUKUL 11.00 PAGI HARI JUMAAT 22/10/2010 MASIHI BERSAMAAN 14 ZULKAEDAH 1431 HIJRAH

WASALAM...

2 comments:

Macho riCha said...

Terima kasih kerana masukkan cerita Pak Lang Musa dalam blog ni... Ada lah sikit untuk dibuat memo-Abang Kulim

Farhan AJ said...

abang ea?erm...sama2...pak lang banyak berjasa kat kami...

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !