sudah sekian lama wasilah ini ana tinggalkan dek kerana semangat yg masih belum cukup untuk berkarya...kata org,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan...sebelum2 ini,apa saja masalah yg ana hadapi,ana luahkan di akaun facebook...sehinggakan kawan2 pun dah naik jemu dgn luahan ana...
sejak akhir2 ni,ana sering berasa tertekan...kerana pelbagai masalah..ntahla,apabila difikirkan kembali,semua masalah itu,berpunca daripada diri ana sendiri jugak..pertamanya masalah akademik....kalau nak difikirkan,tidaklah begitu bermasalah kerana setakat ini,ana masih boleh mengikuti apa yg diajarkan oleh lecturer dgn baik,alhamdulillah...berkat ilmu yg dikurniakanNYa,,,
masalah kedua pula ialah berkenaan adik2 angkat ana...hurm...ntaha...maybe Allah SWT nak menguji ana,kerana ana berani sgt mengambil sehingga 6 orang adik angkat perempuan dan 3 orang adik angkat lelaki..walaupun ana sudah mempunyai 5 orang adik kandung
bukan niat ana mengambil adik angkat untuk tujuan suka2...semuanya ada sebab yg tersendiri..ana tidak tahu kenapa,tapi ana dikurniakan oleh Allah SWT satu perasaan yg amat kuat...bukan pada semua org ana akan merasa perasaan ini...hanya pada sesetengah org...untuk lebih khusus,adik2 angkat ana...bila ana mula berkenalan dgn mereka,setelah melalui beberapa proses taaruf,tiba2 ana terasa satu naluri yg amat kuat untuk menjaga insan2 ini..walaupun ana pun masih belum 'terjaga'..hehe...yg menjadi keanehannya,mereka seolah2 dapat membaca fikiran ana...lalu mereka akan menanyakan soalan ini." abg farhan,kalau saya nak ambil abg farhan jadi abang angkat saya,boleh x?"...acapkali say diajukan soalan ini,pasti saya mengucap panjang...kerana mereka seperti tahu niat ana...mereka ini pula bukanlah insan2 yg sentiasa gembira,..ada yg sudah mempunyai abang,tetapi tidak pernah merasai kasih sayang mereka...ada yg langsung tiada abg,dan tidak ada tempat mengadu sekiranya mempunyai masalah,dll
so,ana pun mengambil mereka sebagai adik angkat dgn hati yg ikhlas...maybe sudah ditakdirkan ketikamana ibu ana memberi nama ana "farhan" yg bermaksud "kegembiraan"....mungkin Allah SWT telah menetapkan ana untuk menggembirakan hati manusia..
Namun,setelah beberapa ketika mengenali mereka,pelbagai masalah yg ana jumpa...jadi,ana perlu menyusun masalah2 mereka ini mengikut kepentingan...ditambah pula dgn sikap ana yg bukanlah baik sgt..ana kuat cemburu,kuat merajuk,n cepat melenting..so,adik2 angkat inilah yg menjadi mangsa...yang membuatkan ana syg sgt kepada mereka ialah,mereka sabar dgn karenah ana...dgn alasan,mereka tidak mempunyai abg lain yg mereka syg...
ana sentiasa dihimpit dgn perasaan bersalah ini..."aku harus berubah",acapkali hati ana berbunyi...namun,proses berubah itu bukanlah satu perkara yg mudah...pelbagai pengorbanan harus dilakukan supaya kami saling mengenali dgn lebih dekat dan mendalam...
ana juga x boleh mengabaikan pelajaran dan juga hal2 lain yg lebih penting...ana harus selesaikan semuanya sedikit demi sedikit...ana sudah tidak mahu asyik berduka.,ramai kenalan2 ana yg bertanya,kenapa farhan yg sekarang sudah jauh berbeza dgn farhan yg sekarang?..kadang2,ana juga terfikir akan hal itu...jika difikirkan kembali,semasa ana kecil sehinggalah sekarang,walaupun banyak masalah yg datang,ana tetap gembira dan ceria...
namun,melangkah ke alam universiti telah banyak merubah ana dan juga sikap ana...kepada para pembaca,ana mohon kalian bersama ana ,mendoakan agar ana kembali bersemangat dan tabah menghadapi segala rintangan..amin...sekian sahaja,wasalam...