Tuesday, November 11, 2014

Aku Yang Sekarang, Bukan Yang Dulu

Assalamualaikum wbt.. 



Subhanallah..lama sungguh aku tak update blog kan? Viewer dah lari, pageview jatuh, SEO entah ke mana, dan aku mengaku, aku sendiri bukan yang jenis keep-in-touch, maafkan aku wahai rakan-rakan, aku memang tak pandai nak keep in touch tu, hehe.

Tadi tengah buat asssignment, tiba-tiba teringat pada TintaPenaku yang dah usang dan penuh habuk ni.Lama sungguh aku tinggal dunia blog, masuk dunia Android, tinggal dunia Android, masuk pelbagai 'dunia' dan bertukar minat.

Aku yang sekarang, masih belajar di UIAM Gombak dalam jurusan Computer Electronic and Information Engineering, tahun ketiga :) Tahun ketiga, ya.Time aku aktif blog dulu aku masih di UIA PJ buat foundation.That's 3 years before.Berkurun jugak la aku menyepi.

Kehidupan aku sekarang di UIA banyak yang berubah agaknya.Dan aku nak tekankan, setiap sem aku di sini, hidup aku tak sama.Ada sem yang aku bizi dgn bisnes Android, ada sem yang aku bizi dgn bisnes PC, ada sem yang aku hancur gara-gara cinta, ya aku ada sem sebegitu, ada sem yang aku penuhi hanya dgn terperuk dalam bilik , layan movie.

Petang tadi, aku baru saja selesai submit EIT Form, means Engineering Industrial Training.MasyaAllah nak submit pun bukan main susah. Program Coordinator untuk major aku tak ada di UIA selama 3 bulan .Nak minta sign sapa kan, partial transcript aku pun baru keluar sama hari dgn madam tu start cuti.Berkampung 2-3 jam di depan office sana sini di engine building, last-last baru dapat tau PC utk major aku daha da pengganti.Tak diupdate di website diorang.Hangin mmg hangin, tapi sabar je la, manusia punya kelemahan.Salah aku jugak last minute baru nak kelam kabut.

InsyaAllah, kalau diluluskan, Mei2015 aku akan start praktikal.Risau jugak memikirkan praktikal ni, maklumlah aku ni agak ketinggalan skarang ni, nak harap dgn additional skills je la nak g praktikal tu, hopefully dapat timba ilmu banyak-banyak la .

So, that's all maybe for today.Class dismissed..Wakaka..ayat yg plg student nak dengar dalam kelas..haha..InsyaAllah aku akan keep up to date blog aku.Bosan jugak kan dgr cerita aku ja. tapi depends la.Aku baca balik entry-entry aku yang dulu, dan aku sangat sangat malu.Betul kata org, kematangan adalah sesuatu yg misteri.Kita tgok balik diri kita yg dulu, seolah-olah kita tak kenal pun .

Moga Allah SWT merahmati kita semua. Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D